Thursday, January 6, 2011

bila anak anak ke sekolah

abg fuad dah masuk PRA sekulah. meriah betul berbaju ungu dengan penuh semangat. mnurut mama, malam sebelum skulah dh siap siap susun kasut beg smua depan pintu. takut lewat. dah besar dh adik aunty walau x tinggi tinggi! (cik, maaf eh curi gmbar dr blog kamu tnpa izin. eh dh nama pun curi, x kan la dgn izin pulak kn...?) nk mnitik air mata Aunty tgk Abg Fuad heret beg.. Aunty dah tua!!!!!! meeennnnnncccciiii.

 
Abg Faiq pulak dah sekulah Darjah 1. 1 Arif! pun macam adik Fuad, Abg Faiq sgt semangat nk ke sekolah. hari 1st abah n mama serta adik p hantar abang.. Aunty plak tertinggal kapal n sobs sobs terlepas la momen momen penting itu..rugi!

abah : seronok x skulah Abang?
abang : seronok! tapi cikgu asyik tukar tukar jek..

hahaha..sweet!

 

penuh dah name tag abang. adik fuad pun camni jugakla.. gara gara dapat ibu bapa tamak kalau boleh semua nama nak letak sekali. aunty pn sama!

bila anak anak ke sekolah....
.
.
.
.
.
.
.
.

.....aku juga sudah semakin tua!

Rasa cam baru semalam masuk Darjah 1. jadi anak murid tersayang Datin Hjh Che Jam.  Baru smalam Ayah n Umi hantar p Sek Ren Keb Haji Mohd Shariff. Baru semalam beratur ngn kawan kawan tepi lonkang diluar kelas untuk gosok gigi selepas rehat (budak zaman sekarang x merasa la indahnya pengalaman ni).

Baru semalam jugak rasanya bawa duit setabung tiap petang tepat jam 5 ke public fon untuk kol Ayah n Umi pastu nangis nangis homesick. ye. Homesick bukan setakat seminggu di sekolah asrama semasa tingkatan 1 malah sehingga tahun dua di UMS. Masih juga menangis menangis nak balik.

Gila babeng perangai manja! Dulu Tahun 96, pertama kali brmalam di asrama. nangis nangis tak boleh tido n bukan aku sorang je yg nangis. sebab malam tu, sbaik off light dengar dah soseh soseh bawah katil kiri dan kanan.

Kan biasa sebelum tdo kena cakap "selamat malam Ayah, selamat malam Umi" pastu salam salam, kiss kiss pipi baru Ayah htr masuk bilik dan tdo. bila masuk asrama tiba tiba nak cakap selamat malam dh tak boleh. terus meraung!! pastu G-mi membe bawah katil yang tgh sedu sedan baca AlQuran, panggil duduk dengan dia dan nangis sama sama. bukan selama seminggu je tau..selama lima tahun menangis nak balik.

bila sekulah wat peraturan boleh balik dua minggu sekali jek, terus rasa debush! demam pada hari khamis. terpaksa warden kol ayah, suruh datang amek anak dia yg demam. bila tiba tiba tak balik boleh warden sound "awak x balik mggu ni?" glamer ko.. tu belum lagi paksa paksa ayah datang time riadah supaya dapat makan macam macam. Bukan paksa ok..juz buat ayat "..ayah, lama yg x makan X, rindunya nak Y.." ok, 2 jam kmudian ayah pun smpai takut anak dia ni nangis n demam. sungguh mnyusahkan. ayah pulak jenis melayan. nasib la.. dah la jauh umah lebih 2 marhalah.

klu balik rumah, warden pesan datang asrama sebelum pukul 6 kerana pukul 6 ada rokol nak kira kira sape x datang kn..terus datang pukul 6 masuk rokol tapi Ayah setia tggu kat surau smpi anak dia ngantuk dapat tdo baru Ayah balik itupun hantar dengan linangan air mata siap hentak hentak kaki. betul!

hantar plak bukan setakat ayah masuk kereta aku terus lari masuk Dorm. TIDAK! akan berdiri di tengah jalan smpai nmpak kereta Ayah lalu depn jalan besar, Ayah bunyikan hon dan lambai lambai smpi hilang dari pandangan tunggu 5 minit dengan harapan ayah akan datang smula. Klu ayah x datang smula, akan smbung nangis nangis atas katil peluk teddy bear.
 kadang kadang ayah standby tepi jalan kat kedai jual pulut udang kot kot anak yg tak center ni kol smula suh patah balik ke asrama. Kadang kadang ayah patah balik intai intai tgk saya ok ke tak.. klu OK baru Ayah laju laju balik rumah. Sadis btul perangai.

Tingkatan Empat dapat masuk KISAS kerana dapat PMR cemerlang kn.. Alamak!!!!! jauh jauh. tak mau p. Tpi sebab kesian ayah teringin anak masuk KISAS kot kot jadi manusia berguna, p la jugak kan.. P jugak walau masih kekal ngn tradisi lama. sminggu Ayah Umi berkampung di Klang. Pastu tiap tiap petang duk tepi padang yng mngadap jalan raya tggu ayah datang. seminggu dua minggu akhirnya beli tiket flight sendiri, smpi Airpot Kepala Batas ngn baju skulah kol ayah sila datang ambil yang kt Airpot. terkejut Ayah gue!!! haha. Ayah hantar p asrama semula, demam demam akhirnya dinasihatkn tukar skulah sebab tak boleh belajar asyik nangis nangis... =)


..nti ah wat smbungan nangis nangis sebab pnjang lgi episode nangis nangis smpi tahun dua UMS ni. haha.
dasar anak melampau! o. rindu Ayah.




::post macam hape kan.. ko tajuk lain ko kesah lain.
::ada aku kesah??? haha.
 

2 comments:

  1. sekarang nanges2 rindu abang pulak kan??=P

    ReplyDelete
  2. haha..banyak lagi belen air mata, kekg x guna, trsumbat pulak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..