Tuesday, February 1, 2011

JUARA CARTA CINTA

Seharian mnghabiskn novel ni.. memang kategori TAK MAU LETAK, tpi kena gak la letak… x kan nk mngadap novel jek 24 jam kn…?

Memang BEST. Macam biasa Lynn Dayana (LD) tak pernah la menghampakan.. ke empat empat novel bliau sebelum ni pun mmg melekat dlm ingatan. Menurut Kak Lynn dalam blog bliau, JCC ditulis masa bliau tgh sakit... baru lepas operate! CAYALAHHHH Kak, sakit pn novel mantop gni, klu sihat segar bugar macamana la kan... akak memang BEST!! salute!

itu pun, slalu mngaku beliau penulis bilis.. eeeee, klu bilis boleh tulis novel begini, saya ni apa eh kak? tahi bilis mungkin... sedih sekejap!

JCC mengisahkan tentang Maya bersama tiga hero heronya.. Haqiem, Haikal dan Adnan. Watak Maya dlm JCC mcm real jek..mcm watak empunya penulis novel..=)) klu korg peminat LD korg pn akn rasa dekatnya Maya ngn LD. Ada Batu Pahat, ada Pizza Hut ada juga cendol SOGO.

Maya merupakan seorng novelis yg bertunang dengan Adnan tetapi terputus sebab Maya yang tak setia mnjalin cinta dengan Haqiem. Maya kemudian kembali solo setelah diputuskan Adnan dan ditinggalkan Haqiem.

Siapa sangka selepas itu, muncul Hakiem yang mnjadi kegilaan Mimi dan Adnan yang telah beristeri, mnjadi jiran kanan dan kiri Maya. Keduanya merebut cinta Maya. Dalam masa yg sama timbul Haikal yg juga merupakn peminat Maya.

Jalan cerita JCC memang ada class tersendiri. Tak Jemu dan menghiburkan. Memang akan gelak sorang sorang! Dan jangan tak tahu, JCC ada misteri tersendiri..Maya yang penah di ‘sambar’ kilat ketika berdating dgn Haikal mengalami beberapa siri mimpi misteri yang kemudian mmbawa Maya mnjadi penyelamat kepada misteri pembunuhan kejam yang berlaku.

Antara Adnan yg masih menagih kasih dan mahu berkahwin dua kerana isteri yang mandul, Hakiem jiran kiri yang begitu tergila gila dan Haikal peminat misteri yang juga sama ‘sengal’ sperti Maya, siapa akan mnjadi pilihan Maya?

Itu seperti biasa, wajib baca sendiri la kn.. nti hilang misteri cinta bersegi segi Maya.

Dan nk ulang ulang dan ulang ulang lagi, JCC memang BEST. Memang KENA BELI, memang WAJIB BACA, MEMANG!!




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..