Sunday, June 13, 2010

ira sudah kawen



ini saya dan ini ira.
beliau adalah kawan kesayangan saya sbb bliau sayang saya.nama penuh beliau adalah nurhaswani shahira awang aka semek aka jangok jr. beliau merupakan warganegara terengganu dan kini bekerja di johor bahru. saya mengenali bliau pada tahun 2001 di kolej matrikulasi pulau pinang.

kami adalah sekelas dan juga sebilik malah bliau tdo d sebelah katil saya dan ketika itu kadangkadang jugak saya tdo atas katil bliau. kami berkawan sangat baik ketika itu. pada waktu petang, kami bermain squash bersama sama dan dia selalu tidak menang tapi bliau tidak pernah putus asa. kadang dia menemani saya lepak dan menangis di astaka kerana rindukan keluarga saya. pernah juga kami disergah budak lelaki ketika berangan mahu menceroboh pagar kolej untuk ke sungai nenek.

pada waktu malam kami ke perpustakaan untuk menelaah bersama sama, kalau pada malam tersebut bliau harus berdating saya tidak akan ikut, penah jugak saya menemani bliau berdating, kalau saya pula harus berdating bliau pula tidak ikut saya atau menemani saya. ketika itu, bliau tidak suka pada boifren saya, sekarang, saya pun pelik, knapa saya suka boifren saya dulu, walhal si boifren dulu adalah senior yang hitam dan memakai minyak rambut dengan cermin mata yang besar. haishhhh.

kami juga pernah bergaduh kerana benda kecik yang sngaja dibesar2kan, kmudian kami akn mnulis surat. ketika bergaduh,kami tidak lagi berkongsi air di tupperware yang sama. kami saling mnjauhi. saya sedih. ira juga sedih. kami menangis bila tidur sbb saya boleh nmpak dia dari katil saya. selepas berutus surat, kami berdamai dan berjanji tidak kan bergaduh lagi.

sekarang ira sudah mahu kawen bersama kekasihnya fahmi yang telah bercinta 8 tahun! saya tidak akan mencontohi ira walaupun kami berkawan baik kerana saya tidak akan sabar mnunggu shingga 8 tahun baru berkawen, klu dia sayang dan cinta saya, saya mahu berkahwin tahun hadapan!



untuk sahabat saya ira, saya doakan awak akn selalu berbahagia..saya tahu awak sangat cintakan fahmi, bliau juga begitu, jadi kalau bergaduh, cepat2 belikan eskrem supaya dapat tersenyum smula..saya pun sayang awak tau..

sekian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..