konsepnya harini nak mngakui sesuatu yang pasti betul. yang tiada kaitan dengan tajuk pastinya. saya selalu sedar yang saya cepat JEMU.
JEMU dalam Rujukan Persuratan Melayu DBP bermaksud perasaan yang sudah tidak berkeinginan lagi (dan lagi dan lagi). JEMU itu BOSAN kah??
memang sekarang saya merasa Jemu. JEMU kerana apa yang saya lalui masih statik atau tiada peningkatan atau tidak berkeputusan. dan bila saya Jemu, selalu saya amek keputusan untuk tarik diri saja. saya bukan sesabar burung tempua.
orang kata orang yang nak berjaya tidak boleh JEMU. orang yang cemerlang tiada perkataan JEMU dalam hidupnya. Orang yang cepat JEMU adalah orang yang gagal. itu apa orang kata. Hidup saya adalah apa yang saya kata.
Dulu pernah bergelar pegawai kerajaan bertaraf tetap dan berpencen. Hampir DUA TAHUN, saya mula JEMU. saya tak nampak saya akan pergi jauh dengan cara kerjaya saya. kalau saya tidak membuat keputusan, saya akan "mati" di sana. Jadinya saya menarik diri!
Selepas itu saya buat sesuatu yang tiba tiba saya rasa saya suka. Hampir DUA TAHUN, saya tahu saya akan terus begini. hanya usia dan gaji akan bertambah tahun ke tahun. itupun jumlah yang boleh dikira jari. saya jemu memandu dari Semenyih ke Cheras hari hari. saya jemu bersesak sesak setiap pagi dan petang. saya jemu menatap warna yang sama, gaya yang sama, keadaan yang sama. cukup setahun tujuh bulan, saya hantar notis letak jawatan. saya JEMU!
saya sakit. tiap seminggu saya harus berfisioterapi. seminggu, sebulan tiga minggu saya bertahan. rutin yang sama. saya tak rasa saya akan baik. Dr cakap nak baik ambil masa bertahun tahun, saya perlu sabar. Tapi saya juga sudah Jemu. akhirnya saya berenti berfisioterapi. saya harap saya akn baik sendiri ;)
sekarang, sudah DUA TAHUN meanggur, dan saya sudah JEMU. saya teringin melakukan sesuatu. saya teringin pakai cantik cantik, bertumit tinggi, meredah jam, bersesak sesak dijalan raya. saya nak kerja! tapi saya tak suka kerja yang mengikat saya. kerana saya cepat jemu.
saya pernah jemu makan nasi jugak. dua tahun saya tak boleh tengok nasi. sampai sekarang saya jemu. tapi sebab janji seorang ayah, saya makan dan alhamdulilah, saya boleh terima. sekarang saya jemu makan udang, ayam, daging, sotong dan ikan.
dan sekarang, yang nyata, saya juga JEMU akan sesuatu. jemu dengan sesuatu yang statik, tiada peningkatan dan tiada keputusan. sungguh saya JEMU! saya mahu tarik diri.
dengan itu, terimalah dari kumpulan May, JEMU....
Jemu masa menyinta
Resah ku meronta
Aku telah sumpah setia namun sia
Jemu masa melangkah
Lepas dari dosa
Bangkit aku dari lamunan
Yang engkau kejutkan
Segala pintamu cuba ku turutkan
Segala janjiku peritku lunaskan
Mudah kau melepaskan
Kau yang menghancurkan
Lerai ikatan kau cipta seribu alasan
Yang kudendamkan Menjadi kemarahan
Kau selindung kesalahanmu
Kau singkap kesalahanku
:: semoga saya bukan orang yang gagal!
opppsssss...jemu ape nih??
ReplyDeletejangan laa jemu.cepat laa berkembang..
kami mahu makan nasi minyak..;-)
jangan dilayan sangat JEMU tu.. tak baikk..Gud luck
ReplyDeletekak. saya jemu pakai myv. saya jemu duduk cheras. saya jemu hawa panas. saya jemu cakap melayu. owh... kita sebenarnya sgt jemu untuk hidup
ReplyDeletedeena : tiada menu nasi minyak.. harap mklum :)
ReplyDeletekyan : tgh berusaha keras ni..
lyd : jum tukar kete!