HATI BERGETAR RINDU by DHIYA ZAFIRA
Sinopsis
Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita.
Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah perjuangan.
BERJUTA WARNA PELANGI by IRIS IXORA
Sinopsis
ANDREA menjadi yatim piatu dek musibah yang tidak terduga. Dia diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga kaya. Dia terpaksa akur pada nasib yang menimpanya. Berbekalkan semangat yang kental, dia berjaya ke Dublin untuk mengejar cita-citanya sebagai doktor. Namun dalam mengejar cita-cita, dia dikejar oleh cinta yang tidak diundang. Ketika berada di persimpangan antara cita-cita dan cinta, dia terpaksa memilih cinta. Andi amat mencintainya. Tepatkah pilihannya itu sedangkan Ricky sentiasa menggamit memori lama?
Ricky nekad untuk menjejaki Andrea kerana amat merindui gadis itu. Namun usahanya sia-sia. Dia pulang dalam kehampaan. Malang sekali, kepulangannya menjadikan dia lelaki tempang dan menderita sakit mental. Kenapakah begitu berat hukuman yang diterimanya hanya kerana menyimpan cinta terhadap Andrea?
Yuli pula menyimpan perasaan benci dan cemburu terhadap Andrea semenjak gadis itu dipelihara oleh papanya. Dia menuntut Andrea ganti rugi segala perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membiayai pengajiannya dan juga atas kematian papanya. Ganti rugi itu adalah anak perempuan dan suami Andrea. Sanggupkah Andrea melepaskan suaminya, Andi yang juga bekas kekasih Yuli dan anak mereka?
NIAN DI HATI by ELIN NADIA
Sinopsis
Amy atau Nur Amelia Sherina bagaikan layang-layang yang terputus tali apabila ayahnya dibunuh dan rumahnya dibakar. Ibunya yang terpisah sejak kecil pula tidak ditemui. Mujur ada sahabat yang baik hati. Hani dan abangnya, Arif mengajak Amy tinggal bersama di rumah keluarga mereka.
Namun ibu Hani, Datin Mastura tidak boleh menerima kehadiran Amy. Amy menjadi kuli tidak bergaji di rumah itu. Malah, dia dicemuh adik-beradik Hani dan Arif yang lain. Arif yang sepatutnya berkahwin dengan Shafiza melamar Amy sebagai isteri apabila Shafiza membatalkan perkahwinan mereka. Amy menerima Arif kerana lelaki itu bersungguh-sungguh mahu melindunginya daripada berterusan dibuli.
Perkahwinan yang dibina sentiasa dipukul ombak. Datin Mastura dan Shafiza tidak puas-puas mahu melihat Arif dan Amy menderita dan berpisah. Amy yang sarat mengandung keguguran akibat perbuatan ibu mertua sendiri. Air mata sentiasa menemaninya sepanjang masa. Entah bila deritanya akan berakhir. Doanya moga ada sinar kasih yang mencelah walau sedikit. Dia benar-benar ingin menikmati erti bahagia.
telahan dan sangkaan serta anggapan sebelum membaca.
cover semua wat aku terliur terliur nk p MPH laju laju.. plus semua penulis dh pernah menghasilkan novel with ALAF 21 n semua buku buku karya sebelum ini ada dalam simpanan. Karya Dhiya Zafira, memang tak boleh dipertikaikan la..BEST TAHAP SUPERSAYA. Jauh Kau Pergi Paling Melekat dalam hati. so harap harap novel kali ni juga memberansangkan.. Iris Ixora pn dah pernah ada dua buku with Alaf, Damai Hatiku juga Camar Yang Pergi.dan both adalah enjoyyyy.. Elin Nadia pernah ada satu buku dengan ALAF dua tahun yang lalu, which is Jika Kau Tiada which is BEST JUGAK!
ok, semua novel adalah best. ahaha. so cepat sila pergi beli, nti dah baca, kalau benar benar best, boleh wat review yang original.
dan dan tadi tadi seketika tadi ada org cakap dia rindu saya sangat! EGO dia lebih tinggi!!!! dan kalau dia mahu memenangkan egonya, saya sanggup beralah dan kalah kerana saya tahu yakin dan pasti, saya tidak salah.
No comments:
Post a Comment