Sunday, April 17, 2011

dunia yang jauh ditinggalkan


terkenang zaman remaja lama dulu dan sekarang rasa..
O!! PENUAAN SUDAH BERLAKU

ini zaman ketika bersekolah menengah rendah. sekitar tahun 1996 - 1998. nostalgia sangat.








bila belek belek album lama, rasa sangat rindu mahu kembali ke zaman itu. zaman yang dalam otak yang mengandungi 23 billion neuron hanya perlu memikirkan kerja sekolah. medula oblongata pulak duduk berehat sambil  tanda kalendar bila nak balik bercuti. dibantu serebrum yang peratus penggunaan adalah sangat sedikit.

indah kan zaman tu... zaman yang hanya bangun pagi, mandi, pegi surau solat jemaah, dengar tazkirah, breakfast, pergi sekolah, balik sekolah, solat zohor jemaah, makan tengahari, pastu prep dan masa prep boleh tido simpan tenaga untuk riadah selepas minum petang dan solat asar.

dah penat main mandi dan makan lagi pastu solat maghrib dan isyak secara jemaah sementara tunggu masuk isyak berzanji marhaban, tazkirah, baca Yassin, baca Quran pastu siap siap pergi study bila dah cukup time balik minum malam dan baca Al-Mulk kemudian tidur. mudah kan?

dan tiba tiba saya mengharapkan kewujudan Doraemon..


 


3 comments:

  1. 1996-1998... masa ni sekolah rendah lagi... =)

    ReplyDelete
  2. alaahai i pun tetiba terkenang zaman sekolah, sedih pun yea, gembira pun yea,.. =)

    ReplyDelete
  3. kannnn...mudah seperti ABC...

    skang??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..