Friday, April 15, 2011

mas kahwin VS hantaran



mas kahwin:
sesuatu yang WAJIB dibayar oleh suami kepada isteri semasa akad nikah samada secara hutang atau tunai atau sesuatu yang dapat dinilai dengan Ringgit.

“Berikanlah kepada orang perempuan itu mas kahwin mereka.” (An-Nisa : 4)

Sabda Rasulullah SAW “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.”

jadi mas kahwin tidak semestinya dalam bentuk RM. Mas kahwin boleh dijadikan dalam bentuk seperti Al - Quran, cincin, beras pun boleh kot kan.. asalkan berguna dan dipersetujui oleh pihak perempuan. kan da cerita zaman Nabi, pasangan dinikahkan dengan bermas kahwin beberapa potong ayat Al-Quran. kita pun boleh buat kan..

ada certain negeri yang telah metetapkan jumlah Mas Kahwin kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. dan jumlah Mas kahwin ni berbeza ikut negeri kan. saya pun tak faham kenapa perlu dibezakan, sebagai contoh, mas kahwin di Johor dan Pahang adalah RM22.50, Penang ( RM24), Perak (RM101) dan Sarawak (RM 120). sungguh tak SATU MALAYSIA kan.

ada pulak yang beza ikut samada dara atau janda, dah macam jual ayam kan? ayam pencen atau ayam kampung ;) maybe, dah sampai masa nilai mas kahwin dikaji dan diselaraskan. ehem.

bukan nak menambah beban pihak lelaki, cuma kalau ikut kefahaman asas yang tak berapa nak pandai hukum hakam ni, mas kahwin adalah sesuatu yang perlu mudah dan dibayar sekali je kot seumur hidup. mudah bukan bermakna MURAH ye. kalau bakal suami kita bergaji RM4000 sebulan, tidakkah cukup mudah untuk beliau mengeluarkan mas kahwin bernilai RM1000 sekali seumur hidup?? tukar rim 17" empat lima ribu pun sanggup kan?

mas kahwin bukan ukuran nilai seorang perempuan. sebab kalau nak nilai saya dari saat keluar perut my datin umi sampai saat sekarang, adalah tidak ternilai. kan?

itu cuma tanda yang pihak lelaki dengan senang hati nak bertanggungjawab atas kita. kalau dia sayang kita, gembira nk mengahwini kita, tak kan nilai kegembiraan itu adalah dua puluh dua hengget setengah kan? nilai kegembiraan tu juga tak ternilai. kan?

so mas kahwin adalah hadiah kepada isteri. dah tu? tak kan nak bagi hadiah RM22.50? p pasar malam pun habih lima puluh hengget tau sehari. jadi berpatut berpada. yang penting dua dua gembira. kan?

dan dan mas kahwin adalah hak milik MUTLAK pengantin perempuan. tiada sesiapa boleh ambil walau sesen tanpa izin isteri. ayah pengantin tak boleh, suami pun tak boleh!!!

settel bab mas kahwin, so kalau ikut yang wajib, sudah tiada bebanan disitu. dah terus boleh kahwin kan. yang lelaki pulak, kalau mas kahwin lapan puluh hengget, dua bulan lagi, boleh kawen baru pulak. yang menjadi isu dan beban sekarang adalah ADAT!! sebagai contoh, hantaran adalah adat. adat yang tiba tiba seperti menjadi perkara wajib bagi kita.

apa eh yang menjadi ukuran nilai hantaran?
- BINTI siapa?
- tebal clear holder?
- tinggi bangunan sekolah?
- tahap kecomelan wajah?
- ketebalan penyata akaun?
- kelajuan speedometer?
- CC kereta?
- butik membeli belah kegemaran?
- makanan kesukaan?

tepuk dada tanya iman....
kahwin secara aman atau meninggalkan beban?



tanya saya,
saya mahukan perkahwinan yang dilakukan di Masjid sebelum solat Jumaat dan selepas Jumaat semua jemaah boleh datang makan makan. pastu duit bajet untuk kawen yang juta juta tu, saya boleh bersukaria di SCANDINAVIA. oh dunia!!!




4 comments:

  1. buat masjid around cheras lah yer..senang i nak datang makan..=)

    ReplyDelete
  2. nak mas kawen tinggi2 boley tak??? hahahaha *gurau*

    ReplyDelete
  3. whoaaa.. entri ni giler menarik! yess saya suka. terbaekk!!

    ReplyDelete
  4. Nabi SAW bersabda : Setinggi-tinggi keberkatan seorang wanita itu ialah mudahnya maharnya .
    mahar(mas kahwin) perempuan islam

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..