Friday, April 29, 2011

update laju laju


hai kawan kawan. eheh.
macam dah amat lama hilang mood nak menulis.
mari mengupdate laju laju perkara yang berjaya dibuat minggu ini.

perkara satu
Isnin lepas saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Kalau p Pesta buku kena la beli buku kan, dan yezza, saya beli banyak buku dalam keadaan sangat sangat terkawal. dan saya berjaya kawal diri saya sendiri. dari 32 biji novel, saya berjaya bawa pulang 17 sahaja. dan ada tambahan few buku ilmiah. lega dapat salurkan nafsu ikut saluran yang betul.

perkara dua
saya pergi bercuti selama 2 hari. cuti ditempat yang xde line BB mahupun line internet. bawa diri kununya.. dan cuti saya, tak la seronok sangat...

perkara tiga
harini saya menservey cincin di Habib D Curve dan saya tak jumpa yang WOW! faktor WOW sangat penting bagi saya sebab saya memang jenis tak tengok barang dua tiga kali. sekali tengok bila WOW maksudnya sila beli pastu tengok yang lain lagi. hahah. kalau tiada faktor WOW di awalan maka sia sia la usaha memujuk saya. tak kan berhasil.

(cari saya)

perkara empat
sebagai persediaan membeli cincin, harini saya ke kedai sental basuh kuku kaki dan tangan. rasa tangan cantik seketika. baru best nak cuba cuba cincin kan...?

perkara kelima
saya belum decide baju untuk bertandang dan saya rasa nak pakai songket. tapi MOH macam suruh pakai something yang boleh dipakai lagi dan lagi. macam baju kurung modern yang tak brapa nak pengantin. belum decide.



4 comments:

  1. nak pinjam novel satu boleh?... banyaknya 17... rasa nak pergi lagi je pesta buku tu...

    yezza.. faktor WOW sangat penting... sebab cantik di mata kita, berkenan di hati kita... =)

    ReplyDelete
  2. jum pergi lagi esok.. las round ni.. eheh..

    ReplyDelete
  3. waa..yati..sampai 17 novel awak beli..pinjam satu...hehe...
    yati,baju kurung moden ok gak, tp heavy beads la..mesti cantik.. =)

    ReplyDelete
  4. nida : saya memang gila novel nida... meh rumah, pnjam..

    pk cmtu jugak.. tpi teringin nk bersongket.. baru perantin.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..