Thursday, April 7, 2011

tuan rumah perlu bagi apa dan tetamu nak hadiah apa?


selalu kan dan musim musim sekarang kalau pergi kenduri mesti tunggu apa yang nak dibawa pulang kan.. dasar tetamu tak malu. selalu juga bab ni yang paling memeningkan kepala otak tuan rumah and the gang.

ye, perihal cenderahati untuk tetamu. (eh, saya sedang bercakap pasal kenduri kahwin. bukan birthday party or baby shower ye.) selalu jugak kita dapat beg yang berisi segala macam kuih (bahulu, meniram, kerepek, rempenyek) dan juga cenderamata yang pelbagai such as sudu garfu yang melekat di sapu tangan yang digulung serta diikat reben, ada tuala kecik yang mmbalut sabun May, ada kotak kotak menkuang yang bermacam saiz dan macam macam la. u name it! and.. semua ini adalah COST dan boleh mencecah RM4 untuk setiap beg. formulanya:
beg kertas : RM 1.00
kuih muih : RM 1.50
cenderamata : RM 1.00

ini perkiraan paling mudah dan murah. ada yang murah hati lagi, letak pulak gula gula, lolipop, ballon, siap bereben segala dan semua ni memerlukan bajet yang bukan sedikit.

Dah apa masalah kau? kau tak nak bagi, sudah, kedekut! Apa yang menjadi masalah dan persoalan kat sini adalah PEMBAZIRAN dan PENGHASILAN SISA PEPEJAL ye adik adik. Ye sampah. Beg singgit yang kita bagi dengan penuh kasih sayang tu, akan dibuang tanpa sebarang perasaan sebaik saja meninggalkan khemah kenduri. pilih pilih mana berkenan, yang lain, buang! ye dop? tu blom dikira pelbagai cenderahati yang kegunaan sangat terhad tu.

ni masalah trend perkahwinan zaman sekarang, zaman dulu tiada semua ni kan? bagi telur rebus jek. so clasic and of coz tak membazir. perut kenyang lagi.

benda ni sebenarnya sangat subjektif. kita selaku tuan rumah kalau boleh nak tetamu menghargai apa yang kita buat. nak tetamu senang hati, nak tetamu rasa diraikan. tapi tetapi kalau sampai berlaku pembaziran, itu tidak baik. kan?

jadinya menjelang hari itu, marilah kita sama sama berfikir apakah method paling efektif untuk membuat tetamu senang hati dan tiada pembaziran disamping meminimakan penghasilan sisa pepejal.


tuan rumah perlu bagi apa dan tetamu nak hadiah apa?









4 comments:

  1. nora pun suka tren bagib telur tuuuuuuuuuuu dah lama xde kan :)

    ReplyDelete
  2. bila nak kawin?? sila buat statement

    ReplyDelete
  3. haah...skang ni 1 goodie bag tu, kos dia smpai rm4,nida nnti wat simple je kot..bagi mug kecik, n telur, letak dlm bekas organza..kos dlm rm 2 hingga rm2.50 cm tu je..lgpon, duit bnyk lg nk guna untk after wedding..

    ReplyDelete
  4. anaztasias : tu la pasal, rsa nak kembali ke zaman retro dulu. nak buat la!

    azie : bila nak kawen? bila bila dari sekarang n i tggu u.. hahah

    nida : klu mug tu akan berjasa, mmg very good idea la. kalau duit habis wat DG jek, camne nk honeymoon korea kan...?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..