Wednesday, January 30, 2013

BUMBO SEAT YANG BERFAEDAH SILAP TAK BELI AWAL-AWAL

Semenjak ada Bumbo Seat
kerja jadi mudah. hihi
kalau dulu bila tinggal Aisy, sekejap sekejap bunyi
mula mula baring, japgi menerap pusing pusing pastu bosan,
merengek.

Aisy pulak dah tanak duduk dalam rocker,
sebab tak boleh nak melasak.
kalau duduk pun, dia dah tanak baring2, dah nak duduk macam toddler gitu walau masih bayi..

KINI TIDAK LAGI...hihi
mommy boleh wat kerja, mandi, masak dan makan dengan agak tenang. boleh tengok tv sama sama lagi.
letak dalam bumbo, buka ipad, layannnnn
bertahan la dalam tu...

bila mommy tak berapa mempunyai masa nak berflashcard, mommy on application,
but not so good untuk baby sebab methodnya tak sama macam method flashcard klasik tu
tapi better than none la.

kalau nak lagi layan bukak HUTOS.
Nado the superman!!!!
tersengih sengih, terjerit-jerit.
pastu on lagu i know i know listen to me, i know i know everything
ara ara bo bo ara bobo
ara know everything, i know!!!
konfem sengih sampai menjejeh air liur.
suka sangat!!

boleh teman mommy masak kat dapur. ni part paling best.
bahaya. jadi memang tak tinggalkan dia sorang sorang atas tu. 

flashcard lagi

nado the superman again again n again

layan abang main game.
lebih selamat duduk dengan abang macam ni
sebab kalau adik berguling kat bawah,
abang pun sibuk berguling sampai naik atas adik.

so momies out there yang belum beli, nak beli tapi teragak agak,
sila la p beli laju laju.
konfem tak nyesal!!!
pastu beli kaler hijau, sebab i macam termenyesal beli kaler biru. agak dull warnanya, hijau lebih ceria.





Monday, January 14, 2013

pengalaman berbaby wearing

Being a new mom, semua benda berkaitan anak boleh menyebabkan ketagihan.

Setiap minggu spent duit beli itu ini untuk anak. Babies don’t come cheap katanya….

Menyesal?
Tak la menyesal, cuma pernah bila pandang barang Aisy, then terfikir, “asal la beli ni dulu, patut beli yang tu” haha. Sama jek konsepnya membeli jugak.

Sekarang tengah ketagih berbaby wearing. STYLO amat rasa. Haha

Sebenarnya mak dah beli Ergo sejak anak dalam perut lagi. Masa tu beli tak study. Tengok Julia roberts pakai rasa wuhoooooo. Sungguh mengancam. Bajet aku boleh jadi mcm dia la kalau berERGO.  Si Ayahnya pun bajet kot kot boleh jadi sehensem Orlando Bloom dengan Ergo.  Hahahaharapannnn kan. Bila survey2 telan air liur jugak tengok harga. Ergo memang semart wehhhh!!! Stylo habeh. Tapi harganya SOBS SOBS…
ini adalah idaman yang harus dilupakan.
mampu berangan saja -.-

Tapi sebab excitement yang memang tak kan pernah pudar, tanamkan tekad diam diam kumpul duit tabung sehari seringgit. Biar mak tak pakai bonia idaman, asal anak ada Ergo. Bila Aisy dalam perut masuk bulan ke enam, mak dapat Ergo dalam tangan. Mak beli, Ayah pilih design sebab ayah janji nak kendong anak hari hari. So mak korbankan Mystic Purple idaman sebab Ayah hanya nak carry kalau baby carrier tu kaler hitam. Pasrah.

TETAPI…..
sampai sekarang Aisy dah empat bulan, sekali pun kami tak pernah guna ERGO tu. Pernah try tapi Aisy macam x suka. Then baca sana sini, ada pendapat baby memang x sesuai or tak berapa suka SSC. Jadi???? Simpan lah ergo. Tunggu Aisy besar sikit.

Aisy tenggelam dalam Ergo. sepatutnya kena letak rolled tower dalam tu, tapi belum sempat try n error banyak kali, Aisy merengek x suka. mungkin sebab kainnya tak selembut wrap.

Dan Sekarang, mari berwrap.
Sumpah best. Hahah

dalam rumah berwrap sambil sapu sampah. sambil sidai kain. easy peasy!!!

Nampak tak contoh penyesalan..kenapala dulu beli tak study. Kalau tak, mesti dah berbaby wrap sejak dalam pantang kehulu kehilir dengan penuh stylo. Haha.

Sumpah best dan sumpah senang. Aisy pun sgt suka senang dan tenang la duk dalam tu. Agaknya dia rasa macam duk dalam perut mommy lagi. mommy pun seronok sebab bila kendong Aisy camni, rasa ringan. anakku dah la sedia ringan kan... sekurangnya lambat la mommy nak dikunjungi PID lagi..hihi

Dan mommymu sekarang anakku, tengah lap air mata lagi. Sungguh mommy suka semua kaler2 wrap ni, tapi apa daya… mommy tak kerja sayang. Jadi mommy beli 1 je dulu k. harap Aisy suka dan terus suka. Sebab mommy bukan kaya nak beli wrap hari hari. Nak beli satu ni pun, mommy tak usulkan pada ayah. Sebab tau. Konfem ayah geleng kepala tak cakap apa apa. Konfem! Jadi beli saja la. 


agak-agaknya, yang mana berjaya membuat mommy terkenang kenang.. hihi.

harap mommy tak kecundang tak gagal dan tak hangat hangat tahi ayam la anak ye.. ye la sebab dari segi kerenyahan, agak renyah la berbanding berjalan pakai stroller yg easy to fold n unfold tu kan. tapi nanti nak travel, tak yah bawa stroller dah kan.. gantung je anak. anak selesa gembira, ibu pun suka.




Wednesday, January 9, 2013

malas la nak review maxi cosi, biar gambar berbicara





ianya sungguh empuk, berupaya mengalirkan udara dengan baik, mempunyai daya serapan hentakan yang tinggi, pendek kata seselesa seperti berada atas tilam sendiri... 
Aisy, 2012



:)

Thursday, January 3, 2013

masa yang berlalu dan baru

2012 dah berlalu. banyak pahit, banyak manis, banyak tawar, banyak masam dan pedas. apapun 2012 wajib dikenang sebagai tahun terpaling awesome sebab berjaya beranak. hahha. dulu macam tak terfikir camne nak beranak. sekarang dah ada tecik cinonet depan mata. dah empat bulan pun! *bagaimana masa terbang*

tahun baru 2013 dimulakan dengan sambutan hari lahir anak tersayang yang ke empat bulan. SHE IS FOUR!!!! cepat sungguh masa.

Mari nak kongsikan ragam sitiga bulan yang lalu.

dah kenal orang.
yang ni mommy notice seawal Aisy 2m. bila malam memang nak ngn mmy saja. even ayah pun Aisy x sudi. kalau ayah o nenek pegang, sekejap saja bertahan. akan cari mmy juga. bagus anak bagus. kena sayang mmy smpi bila bila kannnn... dan paling tak ku duga ada certain people yang Aisy macam x nak. haha. kesian opah bisa dik.. opah buat camne pun Aisy x layan. kalau opah angkat, terus nangis. kesian!

dah boleh pusing badan lalu tertiarap tanpa sengaja.


suka nak makan
sekarang kalau mommy ayah or siapa siapa nak makan, dah tak boleh makan depan anak dara. anak dara dah pandai cecap cecap mulut, kumat kamit lidah, dan angkat tangan nak amek makanan. selalu sampai meleleh leleh air liur tengok makanan. terteleng teleng kepala mencari. sabar ye nak, lagi sebulan plus plus mommy kasi makan ok. sekarang sila makan jari, siku, owl, hanfon dulu :P


mainan paling kesukaan adalah diri sendiri
suka explore diri sendiri depan cermin. kalau letak hadap kecermin, terkekeh kekeh suka, ternganga nganga! siap nak pegang pegang lagi diri sendiri dalam cerminan tu.

dan of cos sangat suka bejalan, asal berjalan jek tido nyenyak. kalau masuk shopping mall, super nyenyak jadinya. bagus sebab mommy boleh rehat dan boleh shopping relaks relaks.


itu jek yang mommy sempat ingat.
bye.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..