Showing posts with label darihati. Show all posts
Showing posts with label darihati. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

bakal imam



untuk kamu bakal imamku:

aku hanya mahu kita sama sama terselamat dari NERAKA.






Wednesday, August 3, 2011

selain musim buah...



...kita juga ada musim PUTUS TUNANG.


K.E.T.A.K.U.T.A.N.




semoga selamat segalanya.
AMIN AAAMIN AAAAAAAAAMIIINN




Wednesday, July 27, 2011

doa buat kekasih



Ya-Rabbul Ariffin 
Tuhanku,
Seandainya telah kau takdirkan dia milikku tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Tuhanku Rabbul Quddus
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.




Saturday, April 23, 2011

main suap suap pisang



entry yang berbaur kemarahan diluar akal fikiran.
jeles mungkin?

apa pendapat u ols kalau cintahati, kekasih, en tunang, en bakal suami, Mr Right u ols yang baru balik berPARTY jabatan pada jam 1250pagi bgtau..

"tadi abang main suap suap pisang pada pasangan sambil mata diikat"

adakah soalan pertama korang,
"eh, ye.. abang menang ke kalah?"

atau korang macam aku,
"sape pasangan abang?"

dan apa perasaan korang kalau jawapanya,
"abang suap Yanie..."

rasa nak marah tak? boleh jeles tak?

sumpah marah kot.. katalah aku kolot ke, tak reti berparti ke, tapi memang aku tak involve parti liar camtu.

aku tak kerja ke?
eh, Hello. dulu i pegawai kerajaan jugak tau. dua tahun. i penah keje ngn kompeni kafir dua tahun jugak after that, takde la i main suap suap pisang masa annual dinner office i. tak penah tau. memang tak penah ada game macam tu walau kompeni i tu invite penari separa bogel. takde jugak game intim intim camni.
eh, ke biasa saja...?

i tak tau, derang ni xde sensitiviti o apa. dinner jabatan kerajaan jek kot, perlu ke nak main intim intim gitu? apa eh perasaan suami orang yang isteri dia kena suap pisang ngn laki lain? smbil tutup tutup mata bergalak sakan atas pentas tu? damn! emo.

gembira sambil tepuk tangan mungkin?!

aku tak SEPORTING macam tu!

dan aku jugak tak kolot sangat nk jeles tak tentu pasal.

kalau kau menyuap itu, namanya Syafiq, sumpah aku tak jeles dan tak marah.



kalau macamni pun aku tak marah..



ini seropa ini...
bayangkan ... bayangkan..


tapi bukan camni tau keadaan yang perlu dibayangkan.
bayangkan perempuan duduk atas kerusi, lelaki berdiri dengan mata tertutup sambil mnyuap pisang. penuh gelak tawa tersipu sipu.
ROMANTIK gila kan..?


BOLEH MARAH TAK??

aku tak rasional dan emosional mungkin..

kalau korang, korang marah tak? jeles tak??





Tuesday, April 19, 2011

sayang la oiiii!!!




Ku cintainya kerana cara dia
Sungguh berbeda dari yang telah ku jumpa
Renungan dia tulus merasuk jiwa
Hingga terasa terus ke hati
Ku cintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percayakan janjinya

Ku akui aku menggilainya
Ku akui aku menyintainya
Kisahku kisah dia
Cerita yang sama
Setiap detik hanya dia

Ku akui aku mengaguminya
Ku akui aku menyayanginya
Sungguhnya ku akui ku perlukan dia
Segalanya kuserah kepada dia
Cintai dia bersama mimpi-mimpinya
Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia hanya dia

untuk cintahati yang terasa hati..
saya sayang kamu.
dulu kini dan selamanya.

walau abang suka konfuse.
walau nak ke kanan atau kiri pun abang suka tanya.
walau benda sebesar zarah pun abang nak mencerita.
walau abang suka lupa.
walau abang suka malas baca signboard bila bawa kereta.
walau bagaimana pun abang
selama abang akan sayang saya
saya pun akan sayang abang.




ok. geli. ambil baldi masing masing.
sila muntah!





Monday, April 18, 2011

tarik diri saat hampir akhir


penah tak korang rasa tiba tiba nak tarik diri? tiba tiba ada perasaan kuat mengatakan Dia bukan lelaki itu.

sekarang saya tgh kuat merasakan dan tgh kuat melawan perasaan itu. bercakap dengan mereka terdekat yang lebih pakar, katanya perasaan itu normal kalau hari yang dirancang makin dekat. hari yang dirancang memang makin mendekat. masa bergerak. tapi saya masih statik.

dan sekarang, rasa nak berundur kebelakang.

saya selalu memikirkan satu hal yang saya sendiri tak tahu kenapa saya perlu berfikiran begitu.

tiba tiba saya merasakan dia bukan yang terbaik. saya cari semua kelemahanya dan saya buat punca pergaduhan. saya mengharapkan dia akan kuat dengan saya. saya harapkan dengan sebenar benar harap dia akan bertahan dengan saya.

saya ungkit semua cerita silam dan saya kaitkan dengan kisah kami. saya takut kisah silam itu, akan terjadi pada saya. saya takut dia akan mengulanginya.

saya tiba tiba begitu rindu pada encik kekasut. saya bandingkan dia dan encik kekasut dan sampai sekarang, encik kekasut sentiasa menang dihati dan dimata saya.

saya mengharapkan dia seperti encik kekasut saya, tapi saya juga sedar dia yang saya kenal lewat dua tahun yang lalu, mustahil menjadi begitu.

saya berharap dia akan memujuk saya berkali kali dengan cara yang paling romantis. saya berharap dia melaungkan pada saya kata kata cinta supaya saya bertahan. saya berharap dia akan terus memegang tangan saya walau saya meronta minta dilepaskan. saya sentiasa berharap dia ada dengan saya saat ini...

dan saya akan menangis kalau apa yang saya harap tinggal harapan..

dan sekarang saya takut mhu bergerak. kedepan atau kebelakang..





Friday, April 15, 2011

mas kahwin VS hantaran



mas kahwin:
sesuatu yang WAJIB dibayar oleh suami kepada isteri semasa akad nikah samada secara hutang atau tunai atau sesuatu yang dapat dinilai dengan Ringgit.

“Berikanlah kepada orang perempuan itu mas kahwin mereka.” (An-Nisa : 4)

Sabda Rasulullah SAW “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.”

jadi mas kahwin tidak semestinya dalam bentuk RM. Mas kahwin boleh dijadikan dalam bentuk seperti Al - Quran, cincin, beras pun boleh kot kan.. asalkan berguna dan dipersetujui oleh pihak perempuan. kan da cerita zaman Nabi, pasangan dinikahkan dengan bermas kahwin beberapa potong ayat Al-Quran. kita pun boleh buat kan..

ada certain negeri yang telah metetapkan jumlah Mas Kahwin kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. dan jumlah Mas kahwin ni berbeza ikut negeri kan. saya pun tak faham kenapa perlu dibezakan, sebagai contoh, mas kahwin di Johor dan Pahang adalah RM22.50, Penang ( RM24), Perak (RM101) dan Sarawak (RM 120). sungguh tak SATU MALAYSIA kan.

ada pulak yang beza ikut samada dara atau janda, dah macam jual ayam kan? ayam pencen atau ayam kampung ;) maybe, dah sampai masa nilai mas kahwin dikaji dan diselaraskan. ehem.

bukan nak menambah beban pihak lelaki, cuma kalau ikut kefahaman asas yang tak berapa nak pandai hukum hakam ni, mas kahwin adalah sesuatu yang perlu mudah dan dibayar sekali je kot seumur hidup. mudah bukan bermakna MURAH ye. kalau bakal suami kita bergaji RM4000 sebulan, tidakkah cukup mudah untuk beliau mengeluarkan mas kahwin bernilai RM1000 sekali seumur hidup?? tukar rim 17" empat lima ribu pun sanggup kan?

mas kahwin bukan ukuran nilai seorang perempuan. sebab kalau nak nilai saya dari saat keluar perut my datin umi sampai saat sekarang, adalah tidak ternilai. kan?

itu cuma tanda yang pihak lelaki dengan senang hati nak bertanggungjawab atas kita. kalau dia sayang kita, gembira nk mengahwini kita, tak kan nilai kegembiraan itu adalah dua puluh dua hengget setengah kan? nilai kegembiraan tu juga tak ternilai. kan?

so mas kahwin adalah hadiah kepada isteri. dah tu? tak kan nak bagi hadiah RM22.50? p pasar malam pun habih lima puluh hengget tau sehari. jadi berpatut berpada. yang penting dua dua gembira. kan?

dan dan mas kahwin adalah hak milik MUTLAK pengantin perempuan. tiada sesiapa boleh ambil walau sesen tanpa izin isteri. ayah pengantin tak boleh, suami pun tak boleh!!!

settel bab mas kahwin, so kalau ikut yang wajib, sudah tiada bebanan disitu. dah terus boleh kahwin kan. yang lelaki pulak, kalau mas kahwin lapan puluh hengget, dua bulan lagi, boleh kawen baru pulak. yang menjadi isu dan beban sekarang adalah ADAT!! sebagai contoh, hantaran adalah adat. adat yang tiba tiba seperti menjadi perkara wajib bagi kita.

apa eh yang menjadi ukuran nilai hantaran?
- BINTI siapa?
- tebal clear holder?
- tinggi bangunan sekolah?
- tahap kecomelan wajah?
- ketebalan penyata akaun?
- kelajuan speedometer?
- CC kereta?
- butik membeli belah kegemaran?
- makanan kesukaan?

tepuk dada tanya iman....
kahwin secara aman atau meninggalkan beban?



tanya saya,
saya mahukan perkahwinan yang dilakukan di Masjid sebelum solat Jumaat dan selepas Jumaat semua jemaah boleh datang makan makan. pastu duit bajet untuk kawen yang juta juta tu, saya boleh bersukaria di SCANDINAVIA. oh dunia!!!




Monday, April 11, 2011

isi plastik beg


CH selalu kunun kunun blakon jadi atok menceritakan kepada cucu-cucunya perihal kisah cinta kami. saya la si nenek yg jadi pendengar dan penggelak setia. tahap tak tahan punya imaginasi.  hari ni cucu cucu skalian mari nenda cerita ini kisah.

...ye cucu, atok kamu memang sgt romantik. SANGAT ye. Nenda ulang SANGAT! cucu mahukan bukti? ingatkah cucu pada kisah plastik merah?  itu bukti kelapan keromantisan atok kau! (tiba tiba nenda EMO).

nenda suka sangat isi dalam tu. memang kegemaran nenda. tapi nenda lagi suka kalau atok kau bagi benda alah tu seperti benda tu adalah beharga. bukan main passing plastik merah aje.

ye, memang nenda bencikan pembaziran dan penghasilan sisa pepejal, nenda bukan suruh balut cantik cantik isi dalam kotak mahal siap bereben segala. TAK. tapi xde la nenda boleh membayangkan serupa itu cara pemberiannya.

romantik tak atok kau??? kalau nenda cakap harus dinafikan. kau pk la sendiri cucu.


nah, ini isi dalam plastik tu. yg ditangan kiri.


suka tak suka tak
nenda suka sangatttttt cucu sekalian!!


 
dan...nenda besyukur.....

:)








Sunday, April 10, 2011

kerana... harus besyukur dalam apa jua keadaan




...nantikan kemunculannya yg ntah bila...

sekarang malas mau ulas panjang panjang kerana sudah pagi esok kena bangun awal.

apapun terima kasih CINTA.


:)






Friday, April 8, 2011

hanya SEHARI


hanya SEHARI..
pejam mata rapat rapat
tarik nafas dalam dalam panjang panjang
lepas perlahan lahan
biar otak dan hati sama bertenang

berbaloikah menghabiskan RM X0,000 untuk hanya sehari
tanya akal tanya hati (nafsu sila diam!)

jadinya keputusan dibuat
saya pilih yang seminggu!

terima kasih penaja.





Monday, March 28, 2011

jatuh


saya jatuh
terduduk terlentang
kesakitan yang mendalam

mahu nangis kuat kuat!!




HMM



"Sampai masa tibanya waktu, redup hati kamu berdua,
bila dua jasad menjadi satu, hidup mati jadi bersama"


Friday, March 25, 2011

bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah


konsepnya harini nak mngakui sesuatu yang pasti betul. yang tiada kaitan dengan tajuk pastinya. saya selalu sedar yang saya cepat JEMU.

JEMU dalam Rujukan Persuratan Melayu DBP bermaksud perasaan yang sudah tidak berkeinginan lagi (dan lagi dan lagi). JEMU itu BOSAN kah??

memang sekarang saya merasa Jemu. JEMU kerana apa yang saya lalui masih statik atau tiada peningkatan atau tidak berkeputusan. dan bila saya Jemu, selalu saya amek keputusan untuk tarik diri saja. saya bukan sesabar burung tempua.

orang kata orang yang nak berjaya tidak boleh JEMU. orang yang cemerlang tiada perkataan JEMU dalam hidupnya. Orang yang cepat JEMU adalah orang yang gagal. itu apa orang kata. Hidup saya adalah apa yang saya kata.

Dulu pernah bergelar pegawai kerajaan bertaraf tetap dan berpencen. Hampir DUA TAHUN, saya mula JEMU. saya tak nampak saya akan pergi jauh dengan cara kerjaya saya. kalau saya tidak membuat keputusan, saya akan "mati" di sana. Jadinya saya menarik diri!

Selepas itu saya buat sesuatu yang tiba tiba saya rasa saya suka. Hampir DUA TAHUN, saya tahu saya akan terus begini. hanya usia dan gaji akan bertambah tahun ke tahun. itupun jumlah yang boleh dikira jari. saya jemu memandu dari Semenyih ke Cheras hari hari. saya jemu bersesak sesak setiap pagi dan petang. saya jemu menatap warna yang sama, gaya yang sama, keadaan yang sama. cukup setahun tujuh bulan, saya hantar notis letak jawatan. saya JEMU!

saya sakit. tiap seminggu saya harus berfisioterapi. seminggu, sebulan tiga minggu saya bertahan. rutin yang sama. saya tak rasa saya akan baik. Dr cakap nak baik ambil masa bertahun tahun, saya perlu sabar. Tapi saya juga sudah Jemu. akhirnya saya berenti berfisioterapi. saya harap saya akn baik sendiri ;)

sekarang, sudah DUA TAHUN meanggur, dan saya sudah JEMU. saya teringin melakukan sesuatu. saya teringin pakai cantik cantik, bertumit tinggi, meredah jam, bersesak sesak dijalan raya. saya nak kerja! tapi saya tak suka kerja yang mengikat saya. kerana saya cepat jemu.

saya pernah jemu makan nasi jugak. dua tahun saya tak boleh tengok nasi. sampai sekarang saya jemu. tapi sebab janji seorang ayah, saya makan dan alhamdulilah, saya boleh terima. sekarang saya jemu makan udang, ayam, daging, sotong dan ikan.

dan sekarang, yang nyata, saya juga JEMU akan sesuatu. jemu dengan sesuatu yang statik, tiada peningkatan dan tiada keputusan. sungguh saya JEMU! saya mahu tarik diri.


dengan itu, terimalah dari kumpulan May, JEMU....

Jemu masa menyinta
Resah ku meronta
Aku telah sumpah setia namun sia

Jemu masa melangkah
Lepas dari dosa
Bangkit aku dari lamunan
Yang engkau kejutkan

Segala pintamu  cuba ku turutkan
Segala janjiku  peritku lunaskan
Mudah kau melepaskan

Kau yang menghancurkan
Lerai ikatan kau cipta seribu alasan
Yang kudendamkan  Menjadi kemarahan 
Kau selindung kesalahanmu
Kau singkap kesalahanku





 :: semoga saya bukan orang yang gagal!




Thursday, March 24, 2011

demam


saya memang garang dua tiga hari ni
saya memang tiada mood mahu manja manja
jiwa saya tengah kacau

tapi
TETAPI

saya tak mahu awak demam
cepat sembuh dan sihat selalu


 JANGAN DEMAM
xoxoxo



Tuesday, March 22, 2011

jepun kejam sebab tu kena tsunami


tiga empat menjak ni kecoh FB org duk post video ikan paus n Jepun. pastu siap komen komen yang membina kemarahan.

"patutla la kna tsunami, kejam sangat.."
"tuhan bayar cash"
"tu tuhan tunjuk baru sket, padan muka"
bla bla bla yg konklusinya Jepun mmg layak dapat bencana.

HEBAT MANUSIA!

dan yang post n komen tu of kos Malaysian sbb tulis in Malay kan. dia lupa dimana dia berpijak agaknya. kisah Ikan paus di Jepun jadi ukuran kekejaman Jepun.

Melayu atau Malaysia mudah lupa yang masyarakatnya lebih kejam.

klu Jepun bunuh paus untuk makan, Malaysia bunuh bayi untuk apa?
Malaysia hanyutkan bayi dalam plastik untuk apa?
tak kejam bila Malaysia flush bayi dlm toilet?
tak cukup kejam bila Malaysia potong budak masuk beg kain?
lihat sekeliling dan fikir...
berhati mulia sangatkan Malaysia hingga terlindung dari malapetaka?

lupa diri bila bercakap dan mnjatuhkan hukum.
tggu smpi bencana mngunjungi kamu.

kalau Jepun kafir tuhan bayar cash,kamu yg Islam???

kamu fikir dulu baru cakap boleh....?????




ingat selagi bergelar MANUSIA, kita semua adalah sama. TIADA HAK MENGHUKUM kerana KUN FAYAKUN adalah milik DIA...





tiga hari tiga malam


terima kasih
..kerana temankan saya tiga hari tiga malam..
..sangup bersesak sesak hujan panas di Fiesta 2011.
..layankan saya dengan Adam yg demam berjalan.
..belanja saya makan makan makan.
..repairkan basikal saya.
..kerana sentiasa bersama saya dihari hari tersebut..

dan..

TERIMA KASIH
..kerana 'kesini' setelah sekian lama

TERIMA KASIH
..mengalah untuk saya dan kita

TERIMA KASIH
..untuk isnin yang singkat!





TERIMA KASIH KEKASIH!!







Friday, March 18, 2011

berusaha untuk tidur


i am very determined to go to sleep
yes.. i am!!!
nak tidur pun perlu berazam dan berusaha keras.

macam macam dah petua saya ikut.

kalau kira bintang atau biri biri lompat pagar,
saya bilang 1, 2, 3, 4, 5,6,....785, ....,....
eh eh. brpa dh tdi eh..kira semula lgi dan lgi!

ada suruh dengar lagu,
saya dengar smbil turut mnyanyi siap ulang ulang.

kalau baca buku,
lagi saya fail. saya boleh habihkan sebuah novel sehari semalam. sebab tu sekarang dh lama saya tak bca novel....

positifnya,
tak tidur boleh buat Qiamulail, baca quran
..mungkin saya akn mngantuk?..

ada orang marah saya tak tidur
saya jugak marah dia sebab asyik tidur.
begini pun, saya yakin dia akan tidur..

saya atau dia yg tidak normal?

kalau dengan ayah, sebelum tidur ayah akan usap ubun ubun. itu buat saya lali, dan tdo nyenyak nyenyak
sekarang...
SIAPA MAHU USAP UBUN UBUN SAYA???

dan selalunya saya ditinggalkan begini.

ada orang tak pernah mahu faham
bukan saya sengaja tidak tidur
saya jugak penat, mata saya penat
tapi hati dan otak tidak sekata

satu yg saya sangat yakin....
saya tidur nyenyak bila hati saya tenang!!
saya tidur nyenyak bila hati saya seronok!!


boleh saya tidur sekarang...?









mak saya pesan..

..untuk diri yg selalu lupa..


Tuesday, March 15, 2011

JAPAN


Jepun kna Tsunami dan sgt mnyedihkn kn? juga menakutkan. serta menginsafkan. semua orang tahu, apa BH selaku akhbar utama kita buat tentang kjadian ini. saya marah betul betul marah. haritu kbetulan saya suruh CH bli paper. FYI, saya dh lama x baca paper. saya x suka tgk berita jam 8 jugak. kecuali kalau ada berita yang saya perlu atau sangat ingin tahu.

baca berita, saya maki cukup cukup BH dan yang jadi mngsa harusla CH. bliau gelakkan saya yg EMO tak tentu pasal.

Ye saya EMO SANGAT! bnda camtu pun buat main.
**#%^*&#***#$*** faham?
dan saya warganegara MALAYSIA mngaku yg saya sangat adore dgn JAPAN.
SANGAT!!!!
dulu saya suka Japan sbb saya suka Mickey.
kemudian saya suka Japan sbb saya suka VAIO.
masa keje saya suka Japan  sbb Japan ada incinerator.
Japan juga negara yang sgt bersih dan berperaturan.

kecik kecik berangan nk kawen ngn Japanese.
habih SPM saya apply Jepun U. dpt pergi intiview tpi Ayah saya x benarkan saya pergi.
saya pun x berani nk pergi sebab kalau kt KISAS saya demam tahap nk mati.
macamna Jepun? saya tak yakin ngn dri sndiri.
buktinya di Sabah, saya balik stiap kali cuti. saya x kuat.
tapi semangat saya tetap tinggi.
masuk U saya belajar bahasa Jepun. saya pastikan saya jdi kesayangan sensei sbb dlm kelas hya saya Melayu. tiap sem saya cemerlang Bahasa Jepun. saya ikut pertukaran pelajar ke Jepun, tapi masa tu ada masalah, jadi saya tak boleh pergi.

Tahun 2005 saya start berjalan.
saya aim nak pergi Jepun jumpa Mickey. saya usahakan macam macam supaya saya dapat pergi. tapi akhirnya permohonan saya ditolak atas alasan
SAYA BELUM KERJA!!!
tensen!

Tahun 2006 bila dh keje, saya apply lagi. umi suruh buat Umrah dulu. tapi saya mahu ke Jepun dulu. saya Apply lagi dan lagi dan lagi. sekali lagi ditolak sebab
SAYA BELUM KAWEN!!!!
double tensen.
ikut kata umi, saya pergi Umrah dulu.

Dua ribu lapan, sekali lagi saya memohon.
ikut agen, katanya agak longgar ke Jepun  masa tu.
cuma ada few pro yg mmg sakit kpala termasuk surat pengakuan bujang  dan pengesahan majikan serta bank statment yg harus ada more than 15K dalam bank. bla bla bla sbb saya seorang tnpa muhrim. susah.
saya ikut semua tu baik baik dan

AKHIRNYA.....





tiga thun menanti dan hasilnya berbaloi.
saya jumpa live ngn Mickey setelah 3 jam beratur.
saya dapat tgk incinerator depan mata.
saya menginap di hotel yg mngadap Fujiyama.
tapi nihongo saya sudah tinggal 10 patah sahaja masa ni.
saya SERONOK!





sekarang,
saya sangat simpati dengan Jepun.






dan sekarang juga..
saya rasa nk g Jepun sekali lagi =)




 

Sunday, March 6, 2011

baru saya faham...


saya dah sampai Tioman.
penat letih dan mabuk laut.
bau laut melekat lekat kt hidung. tambah sesak.

tadi pegi dinner ngn pnduduk Tioman.
biasa kalau jejak Tioman, insyaALLAH semua beres.
makan macam macam ramai ramai.
sembang sembang gelak gelak usik usik.

meriah bising hingar.
tapi saya sunyi sendiri.

saya sedar sesuatu.
benda yang saya rasa kian hilang.
yang saya cuba elakkan.
saya RINDU.

ternyata beramai ramai bersama mereka
tak sama walau hanya berdua dengan dia.

saya jauh melarikan diri kunun mahu bersendiri
kunun mahu menguji diri
ternyata yang ada di hati sentiasa di hati
saya RINDU
saya RINDU


..saya rindu awak..



~esok nk pegi salang dan genting~







ps : kt Tioman, xbo pakai BB. xd internet service. boring!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..