Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Tuesday, October 8, 2013

Taba Thailand Tanpa Buku Merah

Assalamualaikum Semua
Aunties dan Uncles yang serba gojes

Harini Aisy nak bawa aunty n uncle semua ke Taba Thailand.

Jom ikut Aisy..

Sejak dok kota bharu (wakaf bharu, spesifiknya) tempat belibur aisy dah berubah 270 darjah. Dulu dulu dulu Aisy ke jusco ke danga city ke angsana ke ikea ke OU ke UO ke pusat membeli belah yang berhawa dingin sekarang tidak lagi.. sekarang kalau ujung minggu mommy sama ayah bawa aisy ke wakaf che yeh ke rantau panjang ke pengkalan kubur dan ke Taba pada sabtu yang lalu. 

Taba.
Dah semua orang asyik asyik suruh pergi taba macam tempat wajib perhi kalau melawat Kelantan so bagi tak menghampakan permintaan marilah kita ke Taba.

Ada tiga pilihan cara untuk sampai keseberang sana. Empat kalau teror berenang! Dua pilihan yang sah dan halal serta satu pilihan yang tak berapa nak halal.

1. Naik bot ikut jeti yang disediakan. 
2. Naik sampan secara haram.
3. Naik feri bawa kereta.

Pergi ke Taba secara halal adalah renyah tau. Kena ada ic kena tunggu Q kena tunggu feri penuh bla bla berperaturan. Kiki.

Naik sampan biru.

Kami pilih pilihan kedua sebab kami tiga beranak takde ic. Ic hilang dah 3 bulan lebih tak buat buat lagi. Suami ku bizi melampau dan ntah kt mana JPN Kota Bharu ntah. Malas btoi nak google. Malas jugak nak p. Malas nak amek gambar ic sebab muka tgh gemok boleh dakk???

Dan kalau pergi secara pilihan kedua tak payah bawa buku merah. Bawa yang tamat tempoh pun tiada masalah.

Kena bayar dua ringgit satu kepala sehala. Kepala yang ada mata dua. Kalau kepala bahu dan kepala lutut tak kira. Kalau takde kepala??? Takutnya hoi kalau xde kepala pastu naik sampan...

Perjalanan nak ke seberang sana nun tak sampai pun 10 minit.. kejap amat jek. Takdan nak bergambar dah sampai. 

Kena pakai life jaket tapi ayah malas pakai. Mommy pakai siap ikat ketat ketat sebab takut.

Sebelum naik bot make sure korang singgah dulu pengkalan kubur untuk beli ais krim baba yang enak.

Aiskrim dua ringgit yang sedap la hai...
Bole request tanak agar agar nak jagung lebih kacang lebih pulut lebih roti lebih eskrem lebih takmau susu semua boleh request. Bayarnya tetap la ringgit malaysia dua sahaja. Ada few pot yang jual ais krim ni tapi pakcik yang jual paling depan kat kedai besar yang jual corelle tu paling bersih n paling baik dan paling ramah mesra.

ok kembali ke Taba.
dah sampai seberang setelah menaiki bot kira kira 6 7 minit apa yang dijumpai adalah.....


Kedai yang 92%dah tutup dan jalan yang lengang. Haha. Lambat sangat sampainya pun... menurut orang ramai nak ke Taba mesti berpagi pagi baru meriah. Ni pergi dah hampir jam 6. Kedai tutup dah la.. 

Basically apa yang ada di Taba sama jek macam yang ada kat pengkalan kubor wakaf che yeh rantau panjang cuma mungkin lebih murah. Mungkin kalau anda bijak menawar dan pergi pada musim yang sesuai. Sebab kami beli asam sepuluh hengget untuk 4 bekas sama jek harga macam kt kedai nun..

Oleh kerana kedai dah tutup mari kita jalan jalan amek gambar feeling feeling melancong dan pulang.




Dan bila orang tanya dapat apa ke Taba??
Boleh la jawab "dapat penat je..."
:))





Thursday, June 20, 2013

Hari Ayah Tanpa Ayah

Khamis lepas kami Aisy + Mommy + Nenek + Abg Adam ke Gold Coast Morib dengan niat dihati mommy nak suprisekan ayah celebrate father day kat sana. Ayah masih di KB so kununnya nanti Ayah sampai airport kul12 malam boleh potong kek.


Tapi kami hanya mampu merancang.

Pukul 1040 malam Ayah kol bgtau ayah dah smpai epot. Lima minit kemudian ayah kol lagi.. kami dah siap siap excited nak g Airport, sekali ayah kol ayah tak boleh masuk hall. Padahal flight 1115 dan dh siap check in pagi tadi tinggal nak print boarding pass jek. Tapi yang jaga kaunter tetap tak bagi masuk. 

Tak paham btoi sistem air asia ni. Kan bila kita mobile check in dia bagi barcode yang kunun bertindak sebagai boarding pass. Ingat dah setel. Rupanya barcode tu kena scan kat kaunter check in untuk dapatkan boarding pass. Ntah hape punya konsep ntah..bpastu lansung tak tolerate. Padahal pasengger dah check in. Nak masuk jek. Tetap jugak tak bagi. Perayuran yang x sistematik dan menyusahkan.

sudahnya ayah tak naik flight dan mommy menahan amarah sorg diri dalam bilik hotel sambil makan kek. Mujur beli kek sepotong jek. Kalau beli kek sekilo. Jenuh frust..

Paling sedih pastinya Aisy sebab dia dari petang dah penat mandi kolam pun tahan mata tanak tdo tunggu ayah balik. Aisy faham agaknya sebab mommy hari hari mengira hari dengan Aisy. Masa nak tdo bgtau Aisy esok ayah balik esok ayah balik. Pujuk dia ajak tdo masih jugak nak bergalak. 
Abang dah tidur dia buat operasi kacau abang
siap kuak lentang atas abang


 Bila dh konfem ayah kena tinggal pujuk pujuk suruh tdo.
Bisik kat telinga "adik pejam mata tdo tauuu.. esok buka mata ayah dah ada" :)
Alhamdulilah ada tiket pukul 8 pagi esoknya. Terubat rindu dihati adik. Hati mommy pun la...

bila datang hal hal macamni la yang datang perasaan tak sanggup nak duduk jauh. Tapi kena sabar kena sabar. 






Selagi belum jumpa rumah.... 

Thursday, June 13, 2013

aktiviti malam malam

Entry Dalam Kenangan

dah xde depan mata baru sibok nak kenangan kenangan kannnnnn...huhu


suatu ketika dulu..
Aktiviti malam malam kami anak beranak yang mak suka, anak pun suka, mak lagi suka. hihi. lepak lepak. jalan jalan. makan makan.

kat JB, macam macam tempat boleh g malam malam. Jarang jarang pergi bazar karat sebab tempat tu berkepol asap rokok. Tak sanggup nak biar Aisy bernafas kat situ.. Selalunya 2 kali seminggu kami anak beranak lepak danga bay tengok prawn, tengok fish, naik horse. dan biasanya kami laki bini suka bejalan masa orang lain tak berapa nk berjalan. bukan malam minggu la maksudnya.

Aisy pun macam dah kenal sangat dengan danga bay. muka seindah suria kalau bawak berjalan sini. siap terlompat lompat.
ni ayah dan ini anak kesayangan. gini gaya ayah dukung anak walau dah bape kali mommy cakap anak tu perempuan, ayah tetap jugakla suka dokong camni. haishhhh.
"Pakcik, Aisy nak naik horse besar, horse kecik, train, duck, dan semua semua la.."
tiap kali datang sini, ayah bajet sepuluh ringgit saja. tak boleh lebih. hihi. Kalau lebih mommy lak belanja..

bukan anak jek, mommy pun tumpang sekaki. dari dulu suka eh naik benda alahni. tapi selalu segan. ni dah ada anak, tetiba dapat alasan untuk naik horse pusing pusing.

layan horse kecik pulak. yang ni mommy x muat nak naik. kikiki.
suka tau tanak bagi ayah pegang. ayah ngeri ngeri jek tunggu kat sebelah. dia boleh wat aksi seronok lepas tangan.






Naik swan, naik elephant pastu pusing pusing tengok pantai agak agak Aisy dah ngantuk, balik... senang kerja tdo kan dia kalau dia dah ngntuk. Kurang la sket pergantungan tu.







itu dulu............

Sekarang no more bazar karat. No more danga bay. No more dataran steamboat...







Welcome to wakaf che yeh..
:)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..