Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

RAYA 2013

Salam 20 Syawal.
ada lagi belen 10 hari nak raya.
Tapi mood makan ketupat lemang rendang semua dah habis. Bukan sebab nak jaga badan. Sebab badan dah sedia terjaga (cukup makan : gemok)

Alhamdulillah
Semalam n harini kesihatan Aisy dah kembali. 
Senyum manja Aisy dah kembali.
Aisy dah kembali macam dulu.
Sihat. Syukur.

Tahun ni raya pertama di Kuantan Pahang. Patut giliran Kota Bharu. since kamiorang dh pindah KB. So no more raya kat KB. Tahun depan dan tahun tahun tahun seterusnya selagi tak pindah dari Kelantan giliran pertama raya di rumah saya.



Raya tak berapa nk raya sebab umi tak sihat. Salam salam pun atas katil jek. Tapi syukur jugak.

Raya ketiga petang dah gerak balik KB. Tak la sedih sebab angkut umi sekali. Kalau tak angkut umi balik KB. Mau raya kelapan baru smpai KB. Kahkahkah. Jalan jam gila kot.. 12 jam baru smpi KB. Hati dah la x seronok. Jalan lak jam. Boleh la bayangkan betapa stressnya perjalanan 12 jam tu. 



 Balik KB takde la beraya pun. Balik umah FIL jek. Pastu dok rumah mngemas. Rumah tak siap siap kemas ni. Takde aura lansung nk kemas rumah. Duduk la asal bole masak bole tidur bole lepak ngan anak anak. Pasrah sungguh.

Raya kelapan malam kamiorang gerak balik kedah pulak. Baru semangat nak beraya datang balik. Ai is drive smpi Baling. Bagi husben tdo rehat. Tak rasa letih tak rasa ngantok sebab semangat nak balik kg tu lain macam sikit.hihi. Kul 11 gerak dari KB kul 5pgi dah smpi KB (Kepala Batas, Kedah)


Raya kedua belas pulang semula ke KB dengan hati yg berat bagai dirantai rantai.  Haha. Perut pun dah memberat. Poket pun. Kahkahkah.

Sampai KB esoknya Aisy demam panas 39. Malam esoknya 39.4. Tiga hari Aisy demam. Aisy hilang senyum. Aisy tak ketawa. Aisy hilang jiwa. Dan mommy terus buat kesimpulan Aisy tak sesuai dok Kota Bharu. Sama macam mommy. Hilang jiwa. Lara. Haha.


Ni yg buat poket mommy berat ni. Ahhaha
Hasil kutipan Aisy di lapan hari raya.

ayah tak bagi lagi sebab ayah kata nnti ayah nk genapkan.... nenek pun. Hihi.

Korang korang yang dekat KB. Sila la mari derak rumah deh. Open gate sokmo sokmo.




Monday, August 27, 2012

PERTAMA DAN TERAKHIR BERDUA

SELAMAT HARI RAYA SEMUA SEMUA

Harini dah 39W... ALHAMDULILAH!!! Sungguh tak sabar nak peluk baby sendiri. Tipa hari ajak baby keluar. haishhhh.

Tahun ni pertama kali menyambut raya berdua sebagai husben n wife dan INSYAALLAH mungkin yang terakhir jugak sebab tahun depan dah ada baby A.. hihi. BEST!!!

Dan entry pendek ini untuk semua yang menunggu dengan sabar gambar mak yang memberat 64kg.. percayalah, sungguh tiada nafsu mahu bergambar.. Tapi sebab ni yang pertama, ku gagahi jua...



kenapa ntah gmbar tak boleh rotate.. belasah jek la..
kesimpulannya, dua dua pun gumuksss. haha

Monday, August 29, 2011

ESOK RAYA


bermakna...
Ramadhan sudah berlalu. dan kecewa lagi.
Quran gagal dikhatamkan dan dah dua tahun x khatam Quran. bertambah kecewa bila Tarawih juga berlubang lubang.. lubang besar lak tu. sayg sibuk uruskan anak sekecil Adam yang selalu nak berdukung dan bila saya sembahyang dia suka tarik telekung, kadang kadang melentang ditempat sujud atas sejadah ajak main cikucak aaaa ngan dia. kadang kadang bila saya tahiyat akhir dia duduk atas riba baca buku dan sempat conteng kain telekung. tapi Adam x bersalah. yang bersalah adalah saya yang Malas dan kurang sabar. Cuba lagi tahun depan dan saya sangat berharap ini bukan Ramadhan terakhir saya...

 R A Y A
saya belum ada baju raya enam pasang macam tahun lepas. belum ada kasut Raya mahupun tudung raya yang lengkap. sebab jiwa mak mak yang kuat, saya sempurnakan bahagian Adam dulu. ada bahagian Ulfah dan AnNaufal di Labuan juga. 
saya punya? ini petang pergi cari..

beli baju raya budak memang best kn.. rasa nk amek semua masuk troli. tapi sebab belakang rumah tiada pokok duit, jadi wajib memilih. dalam memilih pun masih kena perli dgn bonda. Haishhh esok anak saya (jika berezeki) mahu saya shoping hari hari beli baju raya. ketagihan yang teruk.

akhir dari saya

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN





ps: ada peristiwa maha penting raya keempat. 
Doakan dipermudah segala.






Friday, August 26, 2011

kad raya paaaaaaaaaaling best



tahun ni dapat baaaaaanyak kad raya.
sangat excited sebab dah lama tak dapat kad raya.
dapat kad raya yang Pakcik Posmen hantar, perasaan adalah sangat berbeza berbanding dapat kad raya secara maya mahupun SMS mahupun d FB. kan kan??


dan dalam banyak banyak tu.. ini yang paaaaaaaaling best smpi mengalirkan air mata. touching sungguh jiwa raga. kad dari cintahati saya. 


nak tayang cerita tu jek.
bye.



ps : cepatnya Ramadhan berlalu...


Tuesday, August 9, 2011

sedondon sepapan

selamat berpuasa semua.
update laju laju nak tayang baju raya sedondon.
dan sepapan.
;))

walaupun dah 2 tahun sedondon tapi tak kawen kawen kali ni excited lain macam sikit.
cintahati yang pilih kain n pilih kaler n pilih design.
dan kebaya tu sangat merisaukan saya.
masa ukur berat 45kg sahaja, harini sudah 48kg.
takut ketat sendat tak muat.
nangis la x dapat pakai baju raya sedondon.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..