Showing posts with label wed. Show all posts
Showing posts with label wed. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

Bertandang sambil mabuk


Settel sudah majlis bertandang ahad yang lalu.. Tamat dah episod pening pening kepala pk hal hal kenduri kendara. Majlis selesai walau tak berapa nak sempurna seperti yang dirancang.. Penyebab majlis tak berapa sempurna adalah pengantinperempuan sendiri. Ye, saya yang salah...

Kesilapan yang saya tak sengajakan...

Memandangkan bertandang adalah bersifat beregu, saya sepatutnya smpi rumah pengantin jam 2, tapi tapi jam 2 pengantin masih muntah2 habih comot makeup, pukul 245 baru bergerak ke rumah mertuaku.. Dan dan sampi pengantin lagi satu pun sampi... Ribut!

Makan beradap jugak tak penuh dengan adab sebab bride asyik nak pengsan kepanasan, makan smpi peluh2 tahan nak muntah.. Hazab!

Lepas makan beradap pengantin terus masuk bilik air muntah dan cuci makeup. Bila tetamu datang cari pengantin, pengantin sedap bergolek atas katil. Penyiksaan!

Alahan saya, masih ditahap selamat kalau nak dicompare dengan sesetengah orang.. Tapi saya rasa hazab sangat..smpi dah tercakap ngan encik suami ini adalah anak tunggal kami. Segera berharap supaya baby adalah kembar 3.. Jadi lepasni tak payah mengandung lagi... Teruk!!

Sepanjang minggu saya asyik makan muntah tidur makan muntah muntah tidur. Makanan saya hanya roti bakar dan nesvita nestum. Itu je yang saya lalu selang seli dengan air buah. Nasi? Muntah! Selalu terjaga malam sebab lapar dua tiga kali. Bukan saya je yang tak tidur, encik suami jugak. Kadang2 dia urut2 sambil pejam mata. Saya tahu dia ngntuk. Hihi.

Lusa atau lusa selepas lusa, cadangnya nk scan baby.. Dah 2 bulan.. Dah boleh scan kan? Saya risau nak terbang jauh sebenarnya.. Harap sangat yang baby adalah super kuat tak macam saya..

Sekian update rojak bermacam rasa dari saya yang tgh tunggu encik suami bangun nak balik JB smbil layan Mann.


Saturday, November 19, 2011

saya izinkan ayah...




"AYAH,  saya izinkan ayah menikahkan saya dengan Nasrul Azam Awang dengan mas kahwen seribu ringgit tunai.."


saat ni lebih sebak berbanding sangat mendengar perkataan SAH.

saya menangis dan ayah juga menangis

saya tahu ayah sangat sayangkan saya walau saya tak berjaya menjadi anak yang ayah impikan






Tuesday, November 8, 2011

dugaan kategori berat


esok malam nak pakai inai dan malam ni jari jadi cmni..


habis jari runcing ku. tapi... tak boleh nangis.
cepat google cari petua nak hilangkan dakwat printer pada jari.

atau esok kena ubah plan, pakai inai kaler hitam!!!!




Friday, November 4, 2011

ENAM



lagi ENAM hari
  • baju tak siap lagi
  • kasut belum beli
  • bunga tangan masih tak sempurna kejadian
  • surat kebenaran berkahwin tak ambil lagi
  • doorgift huru hara
  • mata dah jadi panda
  • migrain makin menjadi jadi

cepatlah masa berlalu, dah tak mau pening pening lagi dah. lepas ni nak kehidupan aman damai jek..




AMIN!!!!!!

Friday, October 14, 2011

sebelum hari yang kedua puluh lapan


insyaALLAH dengan izin ALLAH, tinggal 27 hari lagi saya membujang. semoga DIA mempermudahkan segalanya.

Akad nikah pada 11.11 insyaALLAH akan berlaku di tempat permainan semasa kecil, Kepala Batas, Kedah. Kalau sebelum ni, saya berangan angan nk adakan open kenduri di tepian air terjun, nah, sekarang saya terpaksa lupakan hasrat yang satu tu. saya merancang dan perancangan Allah melebihi segalanya.. Akad Nikah akan menjadi satu majlis yang "tertutup". sedih. saya hanya akan menjemput kawan kawan yang betul betul tidur sebantal sekatil dengan saya sahaja. saya kena hormati keputusan mereka yang bertanggungjawab ke atas saya. nanti kalau lawan jadi anak derhaka lansung tak boleh kawen kan. laaagi seksa. kan? ok pasrah.

borang borang nikah, Alhamdullilah, semua dah setel.. tggu masa nak dihantar ke PPN Kedah. walau sedikit rumit jugak pada permualaan, yang kat Johor tu la susah. nak ambil borang pun harus tggu giliran lama lama.  dah la kena beli, kalau selangor boleh download free je kan. mudah. pastu time nak hantar pun camtu, siap ada temuduga mcm temuduga kerja. kebetulan masa other half saya hantar borang, yang jaga kaunter adalah kakak perempuan yang banyak tanya. kena la baca doa qunut, mengucap, al fatihah, rukun nikah, pastu ajak sembang sembang tanggujawab suami isteri, lama juga la. mungkin sebab dh petang.. kakak tu dah boring nak balik, jadi ajak bercerita macam macam. tapi Alhamdulilah... dah dapat surat kebenaran kahwin.

yang lain lain pun dah settel. Alhamdulilah.


dan sekarang masa untuk penuhkan ilmu rumahtangga didada =)

sebab encik bakal suami sekarang sebelum tidur dah pandai nak baca kisah tanggungjawab isteri.






Tuesday, September 13, 2011

JEMPUTAN


Dengan Nama ALLAH Yang Memegang Sekeping Hati, Dia Yang Mencipta Cinta..

saya dengan seikhlas hati menjemput semua dari anda untuk sama sama memeriahkan Hari Saya yang akan diadakan pada :











:)





ok, saya tipu. bukan nk jemput lagi sebab mana ada print kad lagi kn..

tapi saya tengah bermain matematik dan psikologi mengira dengan jari berapa kad saya nk print.. siapa saya nak jemput ekslusifly dengan kad. sebab saya dengan konsep mesra alam memang malas nk print kad banyak banyak and at the end kad saya jadi penyumbang kepadatan tapak pelupusan sisa pepejal kat bukit tagar or kat Kapar.. klu boleh recycle saya seronok jugak. boleh mendatangkan duit walau sedikit kn.

dan saya jumpa ini di Google


sangat bagus boleh wat tips menjemput tetamu, terus rasa lega bila tak payah pk banyak banyak lagi. tapi InsyaALLAH, majlis saya nanti saya mungkin akan hantar kad dengan kadar sangat terhad tapi saya sangat suka untuk menjemput SEMUA ANDA ke majlis saya. SEMUA orang boleh datang sebab majlis saya nanti insyaALLAH akan berkonsepkan Open Air House di Kaki Gunung Jerai.. Kalau x muat kerusi meja, kita boleh ramai ramai makan bersila di Air Terjun Titi Hayun, Yan, Kedah. Kalau sudi nak bersila dengan saya, datanglah tau....




=)





Thursday, June 9, 2011

rambang mata / mata jahat


nak salahkan mata yang rambang atau hati yang tamak..
ke nak salahkan cincin yang bikin hati tak senang duduk sejak semalam.

dah lama sebenarnya hunting for cincin, dari yang berjenama smpai kedai ceruk belakang semenyih nun, semua nak terjah. pantang berjalan masuk shoping complex mesti tinjau tinjau cari cincin. tapi takde satu pun yang berjaya membuat saya WOW WOW CANTIKNYA!!!!!!! dan pulang dengan sukacita.

dua hari lepas, tanpa ditemani cintahati, saya jumpa cincin yang WOW pada pandangan pertama dan kedua. terus paksa kakak buat pilihan sebab ada dua cincin yang wow pada pandangan pertama. dan saya suka sebab mata kakak seperti mata saya.

betul betul yakin, saya mms gambar cincin tiga bentuk pada cintahati. kenapa tiga? supaya beliau lebih keliru dan ternyata beliau jugak suka apa yang saya suka walau harga sedikit melarikan bajet beliau. dan kenapa kena mms? tahukah korang, BB tidak cukup best dan tak boleh ber3G. heeeee. xbest kan. selalu tak boleh live dating.. ok, soal cincin, setelah yakin dan mengenangkan puas dah menjejak cincin, saya beli dan bayar tanpa ragu ragu. siap tidur malam bermimpikan cincin.

tetapi semalam.... saya jalan jalan dan saya masuk tengok cincin lagi, saya tiba tiba " eh, cantik! dan lebih murah..." menyesalkah saya. terus keluar kedai dan kuatkan hati supaya BERTABAHLAH... dan tadi bila tengok cincin miss sunshine terus perasaan nak buat couple ring jugak. dulu bila saya tanya cintahati, beliau cakap takyah belikan cincin baru sebab dah ada. dan yang dulu pun saya belikan jugak.

sekarang hati sudah bersimpang siur.. nak tempah, masih ada masa tak. membazir kan cincin yang sedia ada? tapi emas x membazir kan.. beli banyak banyak wt simpanan. boleh gitu kan...


yang pertama dan kedua tu jelmaan cincin saya. saya suka yang simple yang batu sebiji tak payah nak kerawang bagai. dan yang ketiga dan keempat, saya bercadang nak hasut encik cintahati buat couple ring dan tulis nama besar besar supaya orang tau dia saya punya.. haha.

boleh tak ada cincin sampai empat...?




Wednesday, June 8, 2011

Friday, April 29, 2011

update laju laju


hai kawan kawan. eheh.
macam dah amat lama hilang mood nak menulis.
mari mengupdate laju laju perkara yang berjaya dibuat minggu ini.

perkara satu
Isnin lepas saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Kalau p Pesta buku kena la beli buku kan, dan yezza, saya beli banyak buku dalam keadaan sangat sangat terkawal. dan saya berjaya kawal diri saya sendiri. dari 32 biji novel, saya berjaya bawa pulang 17 sahaja. dan ada tambahan few buku ilmiah. lega dapat salurkan nafsu ikut saluran yang betul.

perkara dua
saya pergi bercuti selama 2 hari. cuti ditempat yang xde line BB mahupun line internet. bawa diri kununya.. dan cuti saya, tak la seronok sangat...

perkara tiga
harini saya menservey cincin di Habib D Curve dan saya tak jumpa yang WOW! faktor WOW sangat penting bagi saya sebab saya memang jenis tak tengok barang dua tiga kali. sekali tengok bila WOW maksudnya sila beli pastu tengok yang lain lagi. hahah. kalau tiada faktor WOW di awalan maka sia sia la usaha memujuk saya. tak kan berhasil.

(cari saya)

perkara empat
sebagai persediaan membeli cincin, harini saya ke kedai sental basuh kuku kaki dan tangan. rasa tangan cantik seketika. baru best nak cuba cuba cincin kan...?

perkara kelima
saya belum decide baju untuk bertandang dan saya rasa nak pakai songket. tapi MOH macam suruh pakai something yang boleh dipakai lagi dan lagi. macam baju kurung modern yang tak brapa nak pengantin. belum decide.



Monday, April 25, 2011

christian louboutin la sangat kan..


semangat berkobar kobar bila tengok Kina dah tempah kasut. sangat proper la persiapan beliau. kalau ikut perancangan, date i n Kina, beza sebulan jek. tapi bliau dah menggigih macam macam dan saya, masih tunggu the other half free untuk pergi kursus kahwin. frustated. xde buat apa apa pun tau.

theme dah decide, tpi blom final lagi sebab saya adalah bagai lalang ditiup angin, mata cepat bertukar selera. tapi stakat ni, untuk pihak saya, memang dah tetap cuma tunggu kalau kalau nafsu tak dapat stick pada pilihan untuk bertandang.

as for now, we vote for this.


(the perfect palette)

susah tau duk jauh jauh ni. mahu bershoping pun harus tunggu ada kelapangan. padahal JB - KL xde la jauh sangat kan. tapi susah juga la.

jadi menunggu my other half pulang sempena hari pekerja nanti, we all dah decide nak ready apa yang sepatutnya dah ready.

1. nak p cari cincin, sebab cincin asyik naik harga. jadi beli siap siap, nanti mahal, budget lari. plus minggu ni still ada lagi Pesta Habib near Ampang Point sampai 2 Mei kan. why not grab the chance kan..

2. nak p tempah kasut gak kat Gavy jugak la.
tapi yang ni macam masalah la kan, saya tak boleh pakai high heel.  hati berbunga teringin nak pakai kasut tinggi supaya ketinggian bertambah pada hari kejadian. tapi serius tak berani la. dah almost dua tahun saya tak sentuh high heel. kasut rasmi saya sejak operation dulu adalah scholl.

saya suka ini.



dan ini jugak



kalau pakai songket pastu kasut begini, ok?

:)


tapi saya risau, dan saya yakin,
kalau tya my other half saya pasti dia lagi akan suka pilihan saya yang ini.


atau yang ini... FRUST again!

tak pengantin la kalau pakai kasut camni kan..


tapi kalau saya perlu pilih antara cantik dan sakit, saya pilih untuk tidak sakit la.


3. pastu minggu ni nak jugak pergi beli kain untuk pihak disana. untuk saya, ada yang uruskan.


semoga perancangan saya dipermudahkan.







Tuesday, April 19, 2011

permohonan perkahwinan

harini study prosedur permohonan perkahwinan. awal lagi kan... tapi bak kata hati, buat jek awal awal. bukan rugi. boleh jadi panduan pada masa akan datang kan..

ni hasil soal selidik dari kawan kawan dari negeri berkaitan. harap harap ini boleh dijadikan rujukan untuk B2B dari Kelantan dan Kedah pastinya.


untuk tambahan, jangan lupa bawa yang asal dan salinan dokumen berkaitan untuk dilampirkan.
untuk pengantin bujang, beragama islam dan warganegara. sila bawa ni :

a) Kad pengenalan pemohon, wali dan saksi
b) Surat pengesahan status bujang dari majikan
c) Surat pengesahan maustatin dari Ketua Kampung / Imam masjid
d) Borang HIV
e) Sijil kursus pra perkahwinan

Highlight:
borang mesti dihantar SATU BULAN DARI TARIKH PERKAHWINAN, jadi tak payah buat awal awal.

sertakan wang RM 44. RM4 untuk beli borang permohonan dan RM40 untuk kad pengenalan perkahwinan. Kalau di Kelantan, kad ni Berharga RM 50. buat kat kedah la kan. jimat RM10.

sediakan gambar berukuran pasport.


itu je kot... nanti kalau ada penambahan update lagi. mungkin B2B dari kedah boleh tolong..








Habib depan Ampang Point ada Pesta


jum sape yang nak tengok koleksi dari Habib.
ada Pesta bulan Berlian sampai 2 Mei.

ada banyak koleksi baru. ahad lepas dh pegi menjenguk. silau bilau bijik mata. tapi seperti biasa... kena tunggu kekasih dari seberang selatan balik baru decide sama sama. sebab kalau saya yang mendecide, memang saya ikut hati jek, lupa dah kat poket.

ada few days lagi.. JOM!!




Saturday, April 16, 2011

bapak mahal!!




ini bukan cincin saya.
sekadar dipinggiran gambar hiasan yang saya save as dari google.
tadi sementara menunggu my datin umi, saya jalan jalan wat bancian secara pukal. tengok tengok apa yang patut. boleh tengok jek la. as CH tiada disisi. jadi xde makna nak shopping. bunyi macam i shoping pakai duit u kan CH? heh.

saya mencari cincin untuk CH. saya cari platinum dan saya jumpa cincin seperti gambar di atas. saya bajet below 1K jek tau untuk dia. dan gila oih terkejut. cincin sesimple diatas mencecah 3.5K. simple jek kan. kalau 3.5K, u x payah pakai cincin la CH. tarik bajet bagi saya. kan?

kalau ambil couple ring bajet dah almost 10K dan saya rasa saya tak mau la beli cincin tu.

adakah itu normal atau saya yang cewi, perak macam rusa masuk kampung tak tahu menahu cincin lelaki mahal? aihhh.. saya memikirkan alternatif lain.. wujudkah cincin tanpa emas selain platinum yang lebih murah?









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..