Showing posts with label b2b. Show all posts
Showing posts with label b2b. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

permohonan perkahwinan

harini study prosedur permohonan perkahwinan. awal lagi kan... tapi bak kata hati, buat jek awal awal. bukan rugi. boleh jadi panduan pada masa akan datang kan..

ni hasil soal selidik dari kawan kawan dari negeri berkaitan. harap harap ini boleh dijadikan rujukan untuk B2B dari Kelantan dan Kedah pastinya.


untuk tambahan, jangan lupa bawa yang asal dan salinan dokumen berkaitan untuk dilampirkan.
untuk pengantin bujang, beragama islam dan warganegara. sila bawa ni :

a) Kad pengenalan pemohon, wali dan saksi
b) Surat pengesahan status bujang dari majikan
c) Surat pengesahan maustatin dari Ketua Kampung / Imam masjid
d) Borang HIV
e) Sijil kursus pra perkahwinan

Highlight:
borang mesti dihantar SATU BULAN DARI TARIKH PERKAHWINAN, jadi tak payah buat awal awal.

sertakan wang RM 44. RM4 untuk beli borang permohonan dan RM40 untuk kad pengenalan perkahwinan. Kalau di Kelantan, kad ni Berharga RM 50. buat kat kedah la kan. jimat RM10.

sediakan gambar berukuran pasport.


itu je kot... nanti kalau ada penambahan update lagi. mungkin B2B dari kedah boleh tolong..








Friday, April 15, 2011

mas kahwin VS hantaran



mas kahwin:
sesuatu yang WAJIB dibayar oleh suami kepada isteri semasa akad nikah samada secara hutang atau tunai atau sesuatu yang dapat dinilai dengan Ringgit.

“Berikanlah kepada orang perempuan itu mas kahwin mereka.” (An-Nisa : 4)

Sabda Rasulullah SAW “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.”

jadi mas kahwin tidak semestinya dalam bentuk RM. Mas kahwin boleh dijadikan dalam bentuk seperti Al - Quran, cincin, beras pun boleh kot kan.. asalkan berguna dan dipersetujui oleh pihak perempuan. kan da cerita zaman Nabi, pasangan dinikahkan dengan bermas kahwin beberapa potong ayat Al-Quran. kita pun boleh buat kan..

ada certain negeri yang telah metetapkan jumlah Mas Kahwin kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. dan jumlah Mas kahwin ni berbeza ikut negeri kan. saya pun tak faham kenapa perlu dibezakan, sebagai contoh, mas kahwin di Johor dan Pahang adalah RM22.50, Penang ( RM24), Perak (RM101) dan Sarawak (RM 120). sungguh tak SATU MALAYSIA kan.

ada pulak yang beza ikut samada dara atau janda, dah macam jual ayam kan? ayam pencen atau ayam kampung ;) maybe, dah sampai masa nilai mas kahwin dikaji dan diselaraskan. ehem.

bukan nak menambah beban pihak lelaki, cuma kalau ikut kefahaman asas yang tak berapa nak pandai hukum hakam ni, mas kahwin adalah sesuatu yang perlu mudah dan dibayar sekali je kot seumur hidup. mudah bukan bermakna MURAH ye. kalau bakal suami kita bergaji RM4000 sebulan, tidakkah cukup mudah untuk beliau mengeluarkan mas kahwin bernilai RM1000 sekali seumur hidup?? tukar rim 17" empat lima ribu pun sanggup kan?

mas kahwin bukan ukuran nilai seorang perempuan. sebab kalau nak nilai saya dari saat keluar perut my datin umi sampai saat sekarang, adalah tidak ternilai. kan?

itu cuma tanda yang pihak lelaki dengan senang hati nak bertanggungjawab atas kita. kalau dia sayang kita, gembira nk mengahwini kita, tak kan nilai kegembiraan itu adalah dua puluh dua hengget setengah kan? nilai kegembiraan tu juga tak ternilai. kan?

so mas kahwin adalah hadiah kepada isteri. dah tu? tak kan nak bagi hadiah RM22.50? p pasar malam pun habih lima puluh hengget tau sehari. jadi berpatut berpada. yang penting dua dua gembira. kan?

dan dan mas kahwin adalah hak milik MUTLAK pengantin perempuan. tiada sesiapa boleh ambil walau sesen tanpa izin isteri. ayah pengantin tak boleh, suami pun tak boleh!!!

settel bab mas kahwin, so kalau ikut yang wajib, sudah tiada bebanan disitu. dah terus boleh kahwin kan. yang lelaki pulak, kalau mas kahwin lapan puluh hengget, dua bulan lagi, boleh kawen baru pulak. yang menjadi isu dan beban sekarang adalah ADAT!! sebagai contoh, hantaran adalah adat. adat yang tiba tiba seperti menjadi perkara wajib bagi kita.

apa eh yang menjadi ukuran nilai hantaran?
- BINTI siapa?
- tebal clear holder?
- tinggi bangunan sekolah?
- tahap kecomelan wajah?
- ketebalan penyata akaun?
- kelajuan speedometer?
- CC kereta?
- butik membeli belah kegemaran?
- makanan kesukaan?

tepuk dada tanya iman....
kahwin secara aman atau meninggalkan beban?



tanya saya,
saya mahukan perkahwinan yang dilakukan di Masjid sebelum solat Jumaat dan selepas Jumaat semua jemaah boleh datang makan makan. pastu duit bajet untuk kawen yang juta juta tu, saya boleh bersukaria di SCANDINAVIA. oh dunia!!!




Wednesday, April 13, 2011

sentap



"perkahwinan yang paling berkat
adalah yang paling sedikit belanjanya"



: )







Friday, April 8, 2011

hanya SEHARI


hanya SEHARI..
pejam mata rapat rapat
tarik nafas dalam dalam panjang panjang
lepas perlahan lahan
biar otak dan hati sama bertenang

berbaloikah menghabiskan RM X0,000 untuk hanya sehari
tanya akal tanya hati (nafsu sila diam!)

jadinya keputusan dibuat
saya pilih yang seminggu!

terima kasih penaja.





Thursday, April 7, 2011

tuan rumah perlu bagi apa dan tetamu nak hadiah apa?


selalu kan dan musim musim sekarang kalau pergi kenduri mesti tunggu apa yang nak dibawa pulang kan.. dasar tetamu tak malu. selalu juga bab ni yang paling memeningkan kepala otak tuan rumah and the gang.

ye, perihal cenderahati untuk tetamu. (eh, saya sedang bercakap pasal kenduri kahwin. bukan birthday party or baby shower ye.) selalu jugak kita dapat beg yang berisi segala macam kuih (bahulu, meniram, kerepek, rempenyek) dan juga cenderamata yang pelbagai such as sudu garfu yang melekat di sapu tangan yang digulung serta diikat reben, ada tuala kecik yang mmbalut sabun May, ada kotak kotak menkuang yang bermacam saiz dan macam macam la. u name it! and.. semua ini adalah COST dan boleh mencecah RM4 untuk setiap beg. formulanya:
beg kertas : RM 1.00
kuih muih : RM 1.50
cenderamata : RM 1.00

ini perkiraan paling mudah dan murah. ada yang murah hati lagi, letak pulak gula gula, lolipop, ballon, siap bereben segala dan semua ni memerlukan bajet yang bukan sedikit.

Dah apa masalah kau? kau tak nak bagi, sudah, kedekut! Apa yang menjadi masalah dan persoalan kat sini adalah PEMBAZIRAN dan PENGHASILAN SISA PEPEJAL ye adik adik. Ye sampah. Beg singgit yang kita bagi dengan penuh kasih sayang tu, akan dibuang tanpa sebarang perasaan sebaik saja meninggalkan khemah kenduri. pilih pilih mana berkenan, yang lain, buang! ye dop? tu blom dikira pelbagai cenderahati yang kegunaan sangat terhad tu.

ni masalah trend perkahwinan zaman sekarang, zaman dulu tiada semua ni kan? bagi telur rebus jek. so clasic and of coz tak membazir. perut kenyang lagi.

benda ni sebenarnya sangat subjektif. kita selaku tuan rumah kalau boleh nak tetamu menghargai apa yang kita buat. nak tetamu senang hati, nak tetamu rasa diraikan. tapi tetapi kalau sampai berlaku pembaziran, itu tidak baik. kan?

jadinya menjelang hari itu, marilah kita sama sama berfikir apakah method paling efektif untuk membuat tetamu senang hati dan tiada pembaziran disamping meminimakan penghasilan sisa pepejal.


tuan rumah perlu bagi apa dan tetamu nak hadiah apa?









Friday, April 1, 2011

kekeliruan tahap satu



..PENING..
semua adalah cantik dan boleh buat mata berpinar pinar

semua nak semua nak
BOLEH?


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..