Showing posts with label live@KB. Show all posts
Showing posts with label live@KB. Show all posts

Tuesday, October 8, 2013

Taba Thailand Tanpa Buku Merah

Assalamualaikum Semua
Aunties dan Uncles yang serba gojes

Harini Aisy nak bawa aunty n uncle semua ke Taba Thailand.

Jom ikut Aisy..

Sejak dok kota bharu (wakaf bharu, spesifiknya) tempat belibur aisy dah berubah 270 darjah. Dulu dulu dulu Aisy ke jusco ke danga city ke angsana ke ikea ke OU ke UO ke pusat membeli belah yang berhawa dingin sekarang tidak lagi.. sekarang kalau ujung minggu mommy sama ayah bawa aisy ke wakaf che yeh ke rantau panjang ke pengkalan kubur dan ke Taba pada sabtu yang lalu. 

Taba.
Dah semua orang asyik asyik suruh pergi taba macam tempat wajib perhi kalau melawat Kelantan so bagi tak menghampakan permintaan marilah kita ke Taba.

Ada tiga pilihan cara untuk sampai keseberang sana. Empat kalau teror berenang! Dua pilihan yang sah dan halal serta satu pilihan yang tak berapa nak halal.

1. Naik bot ikut jeti yang disediakan. 
2. Naik sampan secara haram.
3. Naik feri bawa kereta.

Pergi ke Taba secara halal adalah renyah tau. Kena ada ic kena tunggu Q kena tunggu feri penuh bla bla berperaturan. Kiki.

Naik sampan biru.

Kami pilih pilihan kedua sebab kami tiga beranak takde ic. Ic hilang dah 3 bulan lebih tak buat buat lagi. Suami ku bizi melampau dan ntah kt mana JPN Kota Bharu ntah. Malas btoi nak google. Malas jugak nak p. Malas nak amek gambar ic sebab muka tgh gemok boleh dakk???

Dan kalau pergi secara pilihan kedua tak payah bawa buku merah. Bawa yang tamat tempoh pun tiada masalah.

Kena bayar dua ringgit satu kepala sehala. Kepala yang ada mata dua. Kalau kepala bahu dan kepala lutut tak kira. Kalau takde kepala??? Takutnya hoi kalau xde kepala pastu naik sampan...

Perjalanan nak ke seberang sana nun tak sampai pun 10 minit.. kejap amat jek. Takdan nak bergambar dah sampai. 

Kena pakai life jaket tapi ayah malas pakai. Mommy pakai siap ikat ketat ketat sebab takut.

Sebelum naik bot make sure korang singgah dulu pengkalan kubur untuk beli ais krim baba yang enak.

Aiskrim dua ringgit yang sedap la hai...
Bole request tanak agar agar nak jagung lebih kacang lebih pulut lebih roti lebih eskrem lebih takmau susu semua boleh request. Bayarnya tetap la ringgit malaysia dua sahaja. Ada few pot yang jual ais krim ni tapi pakcik yang jual paling depan kat kedai besar yang jual corelle tu paling bersih n paling baik dan paling ramah mesra.

ok kembali ke Taba.
dah sampai seberang setelah menaiki bot kira kira 6 7 minit apa yang dijumpai adalah.....


Kedai yang 92%dah tutup dan jalan yang lengang. Haha. Lambat sangat sampainya pun... menurut orang ramai nak ke Taba mesti berpagi pagi baru meriah. Ni pergi dah hampir jam 6. Kedai tutup dah la.. 

Basically apa yang ada di Taba sama jek macam yang ada kat pengkalan kubor wakaf che yeh rantau panjang cuma mungkin lebih murah. Mungkin kalau anda bijak menawar dan pergi pada musim yang sesuai. Sebab kami beli asam sepuluh hengget untuk 4 bekas sama jek harga macam kt kedai nun..

Oleh kerana kedai dah tutup mari kita jalan jalan amek gambar feeling feeling melancong dan pulang.




Dan bila orang tanya dapat apa ke Taba??
Boleh la jawab "dapat penat je..."
:))





Tuesday, July 23, 2013

belum pasal raya

Sebab baju raya Aisy yang mak beli dri awal tahun dengan konsep sikit sikit lama lama jadi bukit memang dah membukit di johor tu. Belum bawa naik lori pulang kota bahru lagi.. lori insyaallah hujung bulan ni gerak. Nak cari lori murah, haruslah banyak songeh kan... so sabar jek la..

Barang kat Johor dah settel kemas dan banyak barang dah berjaya jual. Tinggal barang sangat beharga macam katil mak ayah dan rak buku limited edition dan rak kasut ikea dan washing machine dan peti ais dan meja study dari zaman upm dan koleksi tupperware dari zaman bujang dan koleksi pinggan mangkuk dan novel jiwang berkotak koyak dan banyak juga sebenarnya hoiii.

barang kat semenyih tak setel kemas lagi. Kt cni lagi la banyak amat barang dan memang semua sayang nak jual kecuali meja makan memang nak kena jual. Meja makan bulat 8 kerusi yang besar gila dan konfem memang xde space nak letak kat rumah baru. Tengok la nti bole jual pada makcik pakcik separuh harga.

Haritu memang terniat nk jual meja makan bulat ni sebab daku dah admire sgt ngn meja makan empat segi lapan kerusi kaler hitam macamni. Terliur ok.



Tapi buat masa sekarang memang tak boleh nak beli jugaklah.. ruang rumah baru tak cukup besar. So nanti mungkin kena beli meja empat segi empat kerusi jek.. yg comel comel gitu.. kesian daku oiii.. ni yg buat tak sabar nak buat rumah sendiri ni..

Masalah bila bincang isu nk buat rumah adalah suami nk buat rumah di kota bahru isteri tanak. Isteri nak duduk kuantan suami tak berapa setuju. Jadi percakapan hal tu selalunya takde penyelesaian malah membawa kepada pergaduhan. Aci tak buat rumah masing masing. Sapa siap dulu dia menang. Kahkahkah. Banyak duit kan bole lumba lumba buat rumah....

pasal rumah tak habis habis pening kepala. Aisy dh berjalan 8meter tanpa jatuh pada ramadhan kedua. Tak sempat nk update. Aisy dah x makan blended food jugak. Gigi pun dah ada 2 kat bawah. Kt atas ada dua jugak. Rasa tajam tapi belum muncul.

tu jek la nak cerita.

bye.

selamat berbuka u olsss. 
Ai is berbuka rumah mil. So tayah masak.





Wednesday, June 5, 2013

Bukan tanak susah sama sama...

Assalamualaikum
julung kalinya.. bersiaran secara lansung dari Kg Bechah Mulong Peringat Kota Bahru.
ni dah hari ke empat disini dan rumah untuk diduduki masih gagal kutemui. Rumah banyak kosong tapi xde tulis untuk sewa ke untuk jual ke untuk drobohkan ke. Penuh lalang. Boleh dak kalau daku suka rumah yg berlalang tu daku bersihkan dan daku menginap je kat situ baik baik. Nanti bila tuanya muncul daku bayar la sewa. Backdated.

Rumah area KB mostly hrga 1k n above. Macam kt belakang mydin tu sewa 1800. Mahai eh. cari rumah area Panji. Rumah kecik je 3r2b tapi sewa 800. Berbaloi dop??

Orang kata nk sewa murah g area pasir pekan n wakaf bahru..weh la jgn tak tau org pasir pekan sejak ada flyover ni, dh pndai demand sewa tau.. pastu pemandangan lak tak menyeronokan.. daku x mampu eh nak buka mata n buka tingkap pagi pagi tengok hutan keliling rumah.

PENING
sekarang misi dari mencari rumah yang selesa dan mendamaikan dan mampu milik dah mnemui jalan buntu. Daku putus asa. cari je la rumah buat letak barang. Pastu pelan pelan cari tanah n mari buat rumah sendiri. puas hati.

DAN
Untuk masa ini, tindakan paling drastik yang bakal diambil adalah berPJJ dengan husben. Terpaksa sebab daku x mampu nk melepak goyang kaki kt umah in laws lelama. Baik goyang kaki dirumah mak sendiri. Dengan nk kena bertudung litup sopan sopan kt rumah yg pnassssnya haiii. Dah alang2 btudung sopan baik dok parkson. Ye dop? Hihi.

Kalau ikut ahti dh lama daku cabut dri cni. Tp bila tgk mata anak tgk mata si ayah. Perati gelagat meraka, I know i x boleh fisshhhyyyy!!!

Biarpun sesekali rasa nk balas dendam kat husben sebab dia yang gataiiii sangat isi borang tukar KB. Bio la dia pindah sorang. Buat keputusan tak bincang n x pk panjang. Tapi bila susah camni, daku diheret sama. Geram lahaiii.. dah 300 x dah sound kat hubby "abg nk sangat pindah KB. Abang pindah sorang. Abang dok la dengan keluarga abang. Saya dok dengan mak saya" sungguh menderhaka bunyi tu. Tapi sakit ahti tau!!!

KESIMPULANYA
Selagi belum jumpa rumah kita dok la rumah masing masing.
malas dah nak bersusah payah sebab sendiri cari penyakit.
Harapnya daku tak bertindak kejam.

MORAL OF THE STORY
nak buat apa pun dlm rumah tangga hatta nak beli jenis pewangi rumah pun. Berbincangla dengan pasangan. Jangan ikut hidung awak sorang jek sbb dia pun ada deria bau dan nk bernafas dalam rumah tu. Kalau dia x selesa n dia rasa nk pindah rumah, jangan kecik hati lak..


Sekian




Eh eh ada lagi

Terimalah.....Dara Pujaan




Reason kenapa Mommy senyum tiap masa


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..