Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

TITLE : TIADA IDEA


EHEH. sudah sebulan tidak berblog. ntah kenapa. swing swing sentiasa. tiap hari BW baca crta kawan2.. tapi mood mahu mnulis NON HADA plus TAK TAHU NAK CERITA APA plus sekarang rasa sangat mahu memencilkan diri.

awal Julai, saya nun di KEDAH DARUL AMAN, pesta makan buah dan segala macam makanan. dan berita GUMBIRA, selama hampir 2 minggu disana, saya berjaya diternak oleh Kak Long sehingga mencapai berat badan ideal 50kg. hahahahaaampeh. saya balik dengan berat 44.6kg dan kembali dengan berat 50.1kg. sekarang, saya berusaha untuk mengempiskan perut smula.

kemudian saya di kuantan. ke Kuantan khas untuk jahit baju raya. dh lama saya x jahit baju, biasa beli yg ready made. tapi sbb tahun ni mahu sedondon bsama CintaHati, kena la hantar jahit. yang ready made pasti menyusul nanti... penduduk Kuantan, saya sgt mengesyorkan OSAKA TAILOR yg terletak di Jalan Besar depan Shell, atas KFC. cantik dan cepat jahitannya... Harga, saya tempah sepasang kebaya dengan harga RM150 dan sepasang kurung pesak dengan harga RM130. dan memang sedap pakai. Layanan pun superb.

dan perkara paling penting
RAMADHAN SANGAT HAMPIR.
tahun lepas sy mnyesal mlalui Ramadhan dengan sia sia.
azam saya untuk jadikan Ramadhan ini yang Terbaik.
saya Takut dan Risau kalau kalau ini Ramadhan yang terakhir....

dan
doa saya sentiasa....
semoga segala perancangan saya untuk tahun ini direstui Dia....


















Saturday, April 23, 2011

rindu makan di JB tak rindu orang JB..


kenapa saya suka JOHOR?

SATU


saya memang peminat tegar koteow goreng dan ini memang sedap. kalau pergi JB kena makan koteow plaza larkin. pedas pedas ye kak.
TERLIUR!!


DUA


nasi ayam penyet tapi yang ni tak boleh lawan dengan yang di BBU. paling lazat. wang solo pun tak boleh bertanding. makan samapi meleleh air hidung. panas dan pedas.
TERLIUR!


TIGA


ABC Kg Melayu Majidee. Limpahan Coklat yang memamng manaikan nafsu selera. order dua, pastu curi aiskrim dan coklat dari CH. dia suka marah. katanya kalau nak makan eskrem, order la eskrem. watpe order ABC? sesungguhnya bliau tak tahu rasa keenakan eskrem didalam mangkuk ABC.
TERLIUR!!



EMPAT


ABC tepi balai bomba larkin, juga meleleh leleh air mata tahan keinginan.
TERLIUR LAGIIII!!!!

seminggu saya di JB, saya boleh makan ni ulang ulang ulang kali. memang tak bosan la. siap susun aturcara supaya hanya dapat makan kat sini.

dan eh, asam pedas kedai depan kat Plaza Larkin bersama Ikan Pari Bakar juga lumayan!




bila saya boleh ke JB lagi...?









Saturday, June 19, 2010

penghujung cinta



Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Monday, March 8, 2010

cerita kayap

info kayap:
(warning: sila jgn baca klu ada perasaan nk muntah, ini adalah entry sgt panjang, tp bagus untuk mereka2 yg ingin tahu)


sekadar gambar hiasan, bukan kayap kpunyaan aku


Penyakit ini sebenarnya menyerang manusia tanpa memilih usia, dari kanak-kanak hinggalah kepada orang dewasa. Penyakit ini berbentuk kudis yang melecur berwarna kemerah-merahan yang rasanya gatal dan merenyam. Biasanya kayap jenis ini digelar oleh orang Melayu sebagai 'kayap ular' yang merebak dari tengah belakang hingga ke bahagian depan, tidak ubah bagaikan ular yang melenggar mengelilingi tubuh badan. Ada juga kepercayaan mengatakan bila 'kayap ular' ini bertemu di bahagian depan, pengidapnya akan mati. Bagaimanapun dari pengalaman doktor perkara ini jarang berlaku.

Kuman yang menyebabkan kayap ular atau kayap 'zoster' ini adalah sama bentuknya dengan kuman yang menyebabkan penyakit cacar air. Adalah dipercayai, yang kayap ular ini terjadi akibat daripada kuman cacar air yang mula aktif setelah tertinggal dalam urat saraf 'rasa' (urat saraf 'rasa' adalah urat saraf yang boleh membuat seseorang itu merasa sesuatu) setelah diserang penyakit cacar air.

Kayap ular boleh menyerang seseorang dewasa sebaik-baik setelah tiga hingga lima hari dia terdedah kepada penyakit cacar air. Penyakit ini juga boleh merosakkan urat saraf 'rasa' seseorang seperti juga disebabkan oleh penyakit batuk kering, barah dan leukemia.Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf 'rasa' dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.

Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf 'rasa' yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf 'rasa' berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf 'rasa'.

Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.

Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja. Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf 'rasa' di bahagian' mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata. Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan 'conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf 'rasa' akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf 'rasa'.

Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sembuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit. Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat.

Kesakitan ini digelar 'Post-Herpetic Neuralgia' dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini. Dari penyakit ini telah timbul berbagai kepercayaan dan juga aneka jenis rawatan yang disyorkan.

Ramai juga yakin bahawa kayap ular ini boleh dirawat cara tradisional. Sebenarnya, kayap ular ini mempunyai proses yang natural, setelah menyerang kulit, akhirnya ia akan sembuh juga walaupun memakan masa yang panjang. Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang berbentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku. Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur. Rawatan untuk kayap di mata pula hanya memerlukan ubat mata khas yang diberikan oleh doktor.

source : http://promote5.blogspirit.com

kayap yang beraiskrim



ye..harini lepas gian.
siket jek, wat lepas kempunan.
hadiah from my cintahati sempena kena kayap.

d positif side or kayap:
makan adlh sgt2 kena pantang, mcm org bersalin.
jadi markah bonus disitu adalah saya boleh berdiet.
ini tidak brmaksud saya mahu b'kayap pada masa depan.
kerana kayap adalah sangat bisa.sakit.pedih.nangis.nangis.nangis.


p/s:errr..org berpantang boleh mkn eskrem ke???

Sunday, March 7, 2010

kasihan aku



ye kasihan
saya djangkiti kayap
sgt susah hati
bukan kerana sakit
tp krana esok adlh klas prtama di semester baru
mesti P hangin nti.mesti.konfem.
tp nk wat cane
bukan aku yg mntak pn
dh virus ni suka nk stay dlm tulang blakang aku
aku nk x nk kena la terima kn..
sakit la
kulit ku kena hembusan angin pun sakit
sabar jek la
penyakit datang dan pergi sesuka hati skrg ni

~~alhamdullilah..kifarah dosa yg membukit~~

Wednesday, March 3, 2010

hey lelaki berserban aku benci ko..SUPERB!!



ok, aku dh mula jadi NEGATIVE
smuanya disebabkan lelaki berserban itu.
klu dh keje dia asyik cari slah aku n org2 lain.
x sabar gak kak..

untuk lelaki berserban

ko mmg gila kuasa kn??!!!
ko igt ngn tambahan rm400, aku heran?
ko cari salah org mcm ko banyak bagus.
mcm ko akn dpt tmbahan rm100 atas stiap kesalahan yg ko jmpa.
yg ko berjaya adukan.
yg ko brjaya war2kan.
hey lelaki berserban.
plzzz laaa...aku tau la.
ko yg kunun2 suh org punctual tu.
ko pun sama mkn gaji buta.
ko yg kunun2 suh org speaking ala2 brada d oxford,
ko pun berBM kn?
ko lupa ke yg aku, mereka temasuk ko yg berserban brada d MALAYSIA?
ko lelaki berserban perlu blajar mghormati org.
jgn kerana kau lebih sejengkal d depan.
ko lupa yg ko juga sama seperi aku dan mereka.
ko prlu sedar yg ko x kn kaya dngan usaha ko mjatuhkn org lain.
ko prlu sedar yg ko bukan komited dlm btugas.
ko mnganiya kawan sekerja yang lain.
dan ko lelaki beserban,
tolong ingat yg DUNIA ADALAH BULAT!
serius ko adalah gila kuasa!!

mari makan madu

smalam dpt madu dari k'long. 2 box k'long poskn, jadi aku harusla rajin smpi habis...

sejak berpenyakit ni, aku beriltizam untuk amalkan pmakanan madu. smua org pn tahu, byk khasiat madu ni..Khasiat madu lebah tlah disebutkan dalam Al-Quran, di mana Allah berfirman:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan” (surat An Nahl ayat 68-69).

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda, maksudnya:

"Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."

byk klu bercakap pasal madu, nk story pasal habbatus sawda a.k.a biji hitam

seperti madu, HS juga dipercayai dan diyakini dpt mgatasi segala macam jenis pyakit..bukan aku yg kata, terdapat banyak kajian perubatan lama dan moden telah dibuat untuk mencari sejauh mana kebenaran kenyataan ini. Di dalam Kitab At Tibbun Nabawi (Pengubatan Cara Nabi yang ditulis oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah), menyebut bahawa HS dapat mengubati 50 jenis penyakit tanpa memberi kesan sampingan.

Dari kitab As Shahihain dari Abu Salamah RA dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “gunakan Habbah Sauda kerana di dalamnya terdapat ubat dari segala macam jenis penyakit kecuali As sam (maut)” HR Bukhari.

so mulai pagi tadi, aku start minum madu yang bercampur HS, moga aku terus rajin la nk amalkannya..

klu sape2 nk tau pasal madu ni, boleh link ke:

http://otaimadu.blogspot.com
http://www.madusawda.com
http://www.rahsiamadu.com


nota dari aku : aku x jual madu tau..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..