Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Monday, July 8, 2013

Melaka. Aisy Singgah



Singgah jek sebab dari johor nak balik semenyih lalu Melaka.Singgah jek amek amek gambar sebagai kenangan Aisy dah pernah sampai Melaka.Singgah jek sebab pasni dah dok KB macam jauh jek nak berjalan Melaka.

Alang alang dah lalu mari la singgah. Singgah naik beca pusing A Famosa. Lalu menara taming sari. Singgah lalu taman buaya. Singgah buat syarat.



Dalam dua minggu lagi insyaallah akan bermaustatin di Kota Bahru. Doakan yag baik baik saja la ye. 



Wednesday, March 9, 2011

bershopping di Pulau

masih kat Pulau tapi x mandi laut sbb x boleh burn.
ngada ngada kan.
tapi dah semggu memang dah berbelang dah.
esok mahu pulang sudah.

tiba tiba.

di zaman yg penuh pancaroba ni. mmg sungguh sungguh mncabar.
sekarang, keiginan bershopping sangat sangat tercabar.
walaupun kat Tioman ni takde shoping complex, internet pn jadi.
SANGAT MENCABAR NAFSU !
online pun habih ratus ratusan jugak.
dunia yang x selamat btol la.

semalam beli novel online.
diam diam transfer almos RM250 jugak.
harini MILKADEAL punya pasal, terpengaruh jugak.
TAPI TAPI TETAPI
memang murah murah amat.
macam oh! sangat rugi amat kalau dilepaskan.

sape sape nk join mnguji ketahanan tahan nafsu beshopping, meh klik SINI.
kalau tak terbeli, memang anda terer.

saya?
saya tak terer.
antara akal dan nafsu saya.
mereka selalu SERI.
selari la kan..?

saya rasa berbaloi.






Sunday, March 6, 2011

perkara satu dua dan seterusnya

perkara satu untuk mereka yang tak mahu percaya. sila percaya sekarang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


OK, SUDAH PERCAYA SEKARANG!??
sudah almost smpi target ye.
tapi yg pelik, kalau berat naik, mesti perut ikut naik. muka lambat baru nak naik.
aduh!


 
Perkara kedua sambungan cuti Melaka.
malam malam makan steamboat kt Pantai Klebang.
not exact Pantai Klebang sebenarnya.. sumwer around la.
Spesel steamboat ni sebab ada burung, ketam, ayam, sotong dan udang goreng.
Goreng yang rangup dan lazat. yang lain sama jek macam kt tempat lain kot.
dia bukak malam around 8pm smpi pagi.
Kalau p near Pntai Klebang, cari ni. mesti cuba tau.

sape nk tempah, sila kol, sms pun boleh kot.
sementara tggu tokei mgemas, Adam pun sibuk kemas jugak.

ni kalau buat port dating best kot. aha.



sekian carutan karutan harini. pening.
ni dah kat kuantan, esok pagi pagi mahu ke TIOMAN.
so off for couple of day.
.bye n nite.




Saturday, March 5, 2011

percutian urgent - Melaka Wonderland


Semalam p Melaka
(sungguh straight to d point punya intro)
kan nak uji tahap kesihatan diri
BERJAYA la sesungguhnya
walaupun harini badan lebam lebam kejang sana sini.


kalini membuang masa di Melaka Wonderland.
kalau yang x pernah tahu, theme park ni newly open, x smpi setahun lagi. and senang jek kt nk p,
dekat dekat jek ngn Taman Buaya, Zoo dan segalanya di Ayer Keroh.

saya kn bercuti dikala orang semua tgh sibuk bekerja kan.
jadi tak timbul soal kena line up untuk tiket.
tiket on Weekdays adalah RM26 (dewasa) &  RM20 (kekanak) kalau Weekends RM30 dewasa and RM25 kekanak. ok la kot.. Adam masuk FOC! dan dibuka from 10am - 7pm.

Rides dalam tu pun ok ok la untuk manusia ngeri macam saya ni. semua permainan saya cuba. maklumlah tak de orang kan, jadi boleh buat macam taman air sendiri. facilities pun lengkap dan yang penting bersih! cafe pun harga takde la cekik darah.

ni untuk kanak kanak, since takde kanak kanak kt situ,
mak kanak kanak join sekaki la
tapi leceh sebab xde sewa pelampung kecik
jadi Adam, sila tumpang aunty la

kemain seronok. 1st time ni buat prangai pelik pelik cengini.
nampak sangat tertekan kan..haha.
mula mula naik gayat jerit jeit smpi habih suara
dah masuk kali ketiga boleh gelak gelak dah.

adam tumpang lagi

ini part paling best, naik ni kena guna softboard.
dua kali naik, dua kali lekat! mula mula lekat kat puncak atas sana, mujur ada adik safety tolong tolak bila dh turun, lekat lak kt puncak kedua. hahaha.. panic asalnya,
tapi bila tgok adik dah bantai gelak sakan, lnsung x jadi nk nangis. gelak jugak. kuat kuat! pastu wat muka selmba tahan malu, turun jalan kaki bawak board.
adik safety kata "akak ringan sangat, p makan dulu, nti naik lagi"
hampeh ko adik!

yang sebelah bulat bulat tu tak boleh naik
katanya untuk yg paki swimming suit jek


yg ni pun best.. seram pertama n kedua kali jek.
pastu dah takde rasa.


 ini paling maut. sungguh. sumpah tak naik dah.
memang takut jerit jerit jerit smpi bawah trus nangis!
duk bertapa kt atas tuh, ada 10 minit.
tak mau turun. tapi nak gak rasa.
adik kata mmbazir tak naik. jadi kena cuba la.
umi pun suruh turun, tak payah main ni.
tapi nk gak rasa, so cabar diri sndiri.
time naik ni, ada 8 org dak safety duk tggu kt bawah nk tolong gelakkan. kitaorg smpi nangis nangis, derang bntai gelak!
hampeh kan.

overall best la kot.. lama jugak spent masa situ smpi nk tutup kedai dh. yang lecehnya, nk kena jalan jauh jauh naik tangga.. terbakar kalori tau!

since kalori dah terbakar, balik singgah Taman Kota Laksamana. drang kata, kt sini ada Asam Pedas Melaka yang best ever. kalau penduduk Melaka, drang mmg suggest sini.
here. Hajjah Mona Asam Pedas

kedai kecik jek, tapi orang punya ramai. siap ada yang mnggu untuk duduk. kedai ni dalam umah corner lot jek. dibuka from 5 pm - 5am.

 asam pedas ikan parang dan ikan pari.
nasi putih dihidang bersama taugeh n telur asin.
sedap ke? macam asam pedas umi lagi sedap bnyak jek!
mungkin di Melaka begini Asam Pedasnya. kalau begini, saya tak makan dh la lain kali.
tapi, Sate dia sedap. harga pun boleh tahan la. murah!

Balik, Adam yang bawak kereta sbb Aunty dah capek!



selesai Day 1 kat Melaka.
Enjoy la walau letih amat.
nak wat smbungan Melaka Part II.
tapi kena tggu, sekarang nk tdo sbb dh pagi.
esok nk rehat since Lusa nk p TIOMAN!!!






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..