Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Saturday, April 30, 2011

TRIONOVEL MEI



ok esok kena p Pesta Buku lagi sebab


TRIONOVEL MEI


tiba tiba kluar awal la pulak kan.

kena p beli masa pesta buku sebab memang murah. jimat 20 hengget jugak tau. berbaloi baloi.

tiba tiba tersedar dah lama tak baca novel. minggu ni dah berjaya habiskan Sayangku Merajuk dan sekarang Tujuh Hari Mencintaiku is on the way. THM by Siti Rosmizah. biasanya buku beliau memang mengalirkan air mata kan.


baca Sayangku Merajuk dan dan bayangkan dapat husband macam Shahir. sweet. sebab tu kena kurangkan pembacaan novel sekarang ni. mood berangan tinggi sangat. nanti mula la nak mintak bukan bukan.

minggu lepas dah habiskan SEANDAINYA dan memang superb la. boleh tak baca novel pastu nangis nangis dan terbawa bawa ke alam realiti? sebab kisah tu macam kisah kita. kena feeling lelebih la...

kalau dulu boleh penuh konsentrasi baca novel, sehari sebuah pun boleh habis.  sejak dah ada anak nama Adam, kena banyak mengalah ngan beliau.

ini Adam


sekarang Adam demam. badan panas muntah muntah.
Esok Adik sila sihat k, kita p pesta buku ok.




 

Friday, April 22, 2011

TAK DAPAT PERGI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011



harini dah start pesta buku. since februari duk tunggu tunggu wat countdown siap serta list buku version wajib dibeli. alih alih, harini, tak boleh pergi. kita merancang kan, but who can predict the weather..?

ni sebab semalam adalah sakit kepala stage II yang sekaligus menyebabkan muntah muntah dan lembek seperti kain alas kaki. jadi harini, tak berani la nak berlasak lasak. migrain pun dah lama tak menyerang hendap, jadi tak nak cari pasal.

CH suruh tunggu dia sebab memang dah janji nak pergi sama sama sebab kalau takde bliau, sape la nak usung bakul buku saya? dah la kali ni, list lebih panjang dari biasa.. teruja tau nak beli buku macam macam demi nak memenuhi AZAM 2011 saya.


(azam saya nak penuhkan rak ni..)


tapi last minitnya, CH tak boleh balik minggu ni, kena kuarantin sampai 30. bliau on kol meyh! jadi saya memang dah set mind, pujuk hati dan bertekad nak pergi tanpa dia. demi buku, sanggup!

kalau tunggu dia balik baru nak buat semua, tak sempat la sayang.. dua hari saja! haritu janji balik nak cari kain nak cari barang barang lain kan...? so yang mana boleh buat sniri, kna la buat dulu. bujang pun bujang la...

jadi, isnin la baru berpesta buku. sabtu dan ahad saya memang tak berjalan sorang sorang, crowded. jadi penanggur yang banyak masa lain, sila pergi hari orang tengah bekerja. kurangkan kesesakan lalulintas.

eh, pastu harini kunun nak p makan KFC tak jadi sebab daya tarikan sardin bersama telur dadar lebih kuat.





Wednesday, March 23, 2011

kesayangan saya


untuk KAK CHIK sila bertenang. : )
bukan niat nk tayang tayang, saja saja nk simpan jadi kenangan. jadi kak chik, sila jangn kerah abg mi p beli novel esok ye.. Tarik nafas dalam dalam..sila!

INI antara KESAYANGAN SAYA
ye, yang di rak juga yang di depan rak.
hasil koleksi selama lebih kurang dua tahun.

tak la sebanyak mana..
cukup untuk penuhi keinginan nafsu hati buat pengisi masa senggang.
cukup untuk buat KAKCHIK bengang!!


::koleksi AISYA SOFEA::

::ALEYA ANESSA::
..pada sesiapa yg ada pegang JANJIKU BERSAMAMU dan KASIH ANTARA KITA, tolongla pulangkan. dah tak cukup gang dah ni..


::ANIS AYUNI::

:: DAMYA HANNA ::

:: DHIYA ZAFIRA ::

:: EKA FAHARA ::

:: EMMA MAIZURA ::
buku NILAI CINTAMU dan KABUS KASIH pun ada yang pinjam buat hak milik ni.

:: LYNN DAYANA ::

:: MEEN ZULAIKHA ::

:: TRIOLOGI FAUZIAH ASHARI ::
Triologi ni bakap ditayangkan di ASTRO soooon. dan watak Izzah, Maya Karin yang pegang. saya betol betol tak faham, kenapa Maya sedangkan Izzah dalam Triologi ni dibayangkan sebagai gadis kampung yang tak berdosa. Maya gadis kampungkah?? eeeeeeiii tidak secocok la! sepatutnya pengarah, tya peminat novel sebelum ambil pelakon kan...? :p

:: MURNI AQILA & AYU EMELDA ::

:: HAIZA NAJWA & HEZZY AZRA & MARIA ALINA ::

:: NORZAILINA NORDIN ::

:: AIDA ADRIANI & HANI FAZUHA ::

:: BUKU PRIMA ::
Andai Itu Takdirnya sangat best.. lepasni kena beli semua karya Siti Rosmizah.
Hingga Ke Akhirnya adalah sambungan cerita Akhir Sebuah Cinta.


:: MACAM MACAM ADA ::

:: KAKI NOVEL::

:: NORHAYATI BERAHIM ::

:: ROSE HARISSA & RYANA ADRINA ::

:: MIMIE AFINIE ::

tiba tiba sangat tak sabar tggu PESTA BUKU ANTARABANGSA KL di PWTC pada 22 APRIL nnti. sangat berazam mahu melengkapkan semua koleksi termasuk membeli buku buku TRIONOVEL MAC + BONUS dan seangkatan.

ada segelintir buku saya balut (boleh eh guna segelintir..?), kebanyakkn tak berbaju. biasa yg saya balut bila saya sangat suka buku tersebut. jadi balut canti canti sebab nak ulang baca. masa tu saya sedikit rajin. sekarang, kerajinan di tahap negatif ya. kalau la ada yang nk menerima upah mmbalut buku... (saya bahagia!)

saya belum cukup rajin dan taat macam KAK LIN. novel beliau sangat bermake up cantik cantik tau. mmg kerajinan yang luar biasa. nnti kalau saya rajin, saya pun nk pakaikn baju cantik cantik untuk kesayangan saya. saya nk nomborkan cantik cantik juga. sekarang, klu dikira, koleksi ini (baru / sudah) mencecah angka 2++. banyak lagi boleh dibeli kaedahnya....

semoga nnti bila tua, saya ada harta untuk diwariskan pada anak anak dan cucu cicit.
ye, sebab buku warisan ilmu :)


semoga saya rajin!!!
dan sekali lagi, saya rasa sangat lambat mahu 22 April!!!


(CH.. jgn lupa save d date!!! kalu tak, siapa mahu usung bakul bakul buku saya...?)




bila nafsu gagal dikunci


berhenti wat report.
ada benda panazzz perlu d war war kan =)

saya dapat ni tadi, panas dri ladang ni.

apa dalam ni?

dah spoloh hari tggu baru smpi. katanya Pos dh hantar kt rumah seminggu lalu, tapi xde orang. dah tu apa kekdahnya ada no fon kat situ? tak beguna ke? ntah. biar org pejabat pos jawab.

dan dan, dalam ni ada...

tujuh buah KAKI novel.

pestime ni beli kaki novel secara sengaja. dlu pernah la TAK SENGAJA beli, dan macam mengecewakan. ini beli hasil recomendation from MIMI, member LOVE NOVEL. harap harap Lumayan la.


..tujuh sahaja sebab satu out of stock..

Sepupuku Suamiku by Lynn Allyna dah pernah baca, pnjam SIL punya, disebabkan BEST, beli la untuk koleksi. Coke n Sundae pun dh baca masa lepak lepak MPH. tapi separuh jek. nama pun lepak lepak kan..

TETAPI  xsuka beli kt MPH sbb MPH xnk bg diskaun, suka lepak lepak sahaja. Kalau Popular, dapat gak ten percent. Besar ye ten percent, klu sebuah buku jimat dua hengget, spoloh buku dah boleh beli novel sebijik lagi tau. macam buy ten free one. Berkira oh!

sekarang ni, payah kan kehidupan. dah malas drive bagai, ada lak online online ni. duduk depan PC pun boleh habih ratus ratus lemon jugak. dh la kalau beli online lagi senang. murah pun murah. tak payah berpanas berhujan berjammed, tetiba kehendak nafsu hati dapat dipuaskan.

sekarang, tggu ketibaan kedua lak. order dari kak shidah baharuddin. nak belajar beli buku 2nd lak. berdasarkan pengalaman lepas org lain, buku 2nd ni cantik cantik lagi. cuma empunya buku xde nafsu nak mmbuat koleksi, jadi lepas baca, trus jual. ok gak la kan.. cuba dlu. klu tak memuaskan, jgn beli dah. sebab perangai tak suka buku bermuka buruk. dan dan rasa nk beli baru pulak!

sekian, jum Membaca.
Membaca Jambatan Ilmu.


adehhh, lmbat la nk tggu dua puluh dua April!!!




Wednesday, March 2, 2011

konfem bukan hanya saya yang gila

ramai yg cakap saya gila bila tengok ni


bla jiran bertandang, mereka terkejut tgk koleksi saya
yg nk pinjam, umi tolong jawabkan bagi pihak
bukan KEDEKUT tapi sayang.
kalau berani JAMIN akan dpulangkan seperti sediakala
ambil la.. saya tak kisah......

dulu dulu masa saya masih remaja remaja
masa zaman beli novel pakai duit mak bapak
(mcm skrg paki duit sniri kn...?ahaha)
kami tiga beradik semua suka baca novel.
habih baca, bg kawan kawan pinjam dan akibatnya
buku rosak, lipat lipat buat telinga kucing,
kena bekas air, jadi kembang,
adik conteng dan ada yang buat harta

jadi sekarang, bila dah besar dan tinggi
saya mahu jaga novel saya dengan sangat baik
saya start kumpul semua ni secara serius tahun 2008
ada yang saya berjaya balut
ada yang gagal
balut buku adalah bukan kesukaan
dulu zama sekolah, upah Yasmin tolng balutkan buku
sekarang, ada sesiapa mahu diupah mmbalut buku?
sila angkat tangan tinggi.

koleksi saya tidak seberapa, blum pun mcapai 300 buah
ada dua rak yang saya mahu penuhkan sempena 2011
kebanyakkan novel saya dari ALAF kerana ALAF jarang menhampakan saya
bukan saya tak baca dari penerbit yang lain
baca, cuma saya selalu bertanya sebelum beli
kalau novel ALAF saya beli tanpa soalan


agak agak tercapai tak azam nnti..?


tapi bila saya tgok ni
saya rasa WOW dan WOW
bukan saya sorang je yang gila dan TERBUKTI
mereka mereka lebih gila dari saya!!!


(buku bukuan kak atie dari group giler novel)

(hak milik mimie juga dari group giler novel)


(kak lida colection juga from giler novel)
ini rak istimewa hadiah dari hubby beliau.
seronok la kalau dapat suami suportif camni.
riang ria dunia rumah tangga..


dan ini paling istimewa tak tahu mana dapat kerajinan tahap superb camni
CANTIK dan COMEL kan?


(kak lin yg rajin pengasas group giler novel)


dan dan saya rasa dunia novel saya makin meriah.
dan dan saya rasa nk balut upah org balut novel saya
dan dan saya rasa nak sayang novel saya lebih!





kak atie, mimi, kak lida, n kak lin, saya curi gambar tanpa izin.
maafkan saya...eeeeeeewwwww.





Tuesday, March 1, 2011

TRIONOVEL MAC pulak!


HATI BERGETAR RINDU by DHIYA ZAFIRA

Sinopsis

Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita.

Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah perjuangan.



BERJUTA WARNA PELANGI by IRIS IXORA

Sinopsis

ANDREA menjadi yatim piatu dek musibah yang tidak terduga. Dia diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga kaya. Dia terpaksa akur pada nasib yang menimpanya. Berbekalkan semangat yang kental, dia berjaya ke Dublin untuk mengejar cita-citanya sebagai doktor. Namun dalam mengejar cita-cita, dia dikejar oleh cinta yang tidak diundang. Ketika berada di persimpangan antara cita-cita dan cinta, dia terpaksa memilih cinta. Andi amat mencintainya. Tepatkah pilihannya itu sedangkan Ricky sentiasa menggamit memori lama?

Ricky nekad untuk menjejaki Andrea kerana amat merindui gadis itu. Namun usahanya sia-sia. Dia pulang dalam kehampaan. Malang sekali, kepulangannya menjadikan dia lelaki tempang dan menderita sakit mental. Kenapakah begitu berat hukuman yang diterimanya hanya kerana menyimpan cinta terhadap Andrea?

Yuli pula menyimpan perasaan benci dan cemburu terhadap Andrea semenjak gadis itu dipelihara oleh papanya. Dia menuntut Andrea ganti rugi segala perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membiayai pengajiannya dan juga atas kematian papanya. Ganti rugi itu adalah anak perempuan dan suami Andrea. Sanggupkah Andrea melepaskan suaminya, Andi yang juga bekas kekasih Yuli dan anak mereka?


NIAN DI HATI by ELIN NADIA

Sinopsis

Amy atau Nur Amelia Sherina bagaikan layang-layang yang terputus tali apabila ayahnya dibunuh dan rumahnya dibakar. Ibunya yang terpisah sejak kecil pula tidak ditemui. Mujur ada sahabat yang baik hati. Hani dan abangnya, Arif mengajak Amy tinggal bersama di rumah keluarga mereka.

Namun ibu Hani, Datin Mastura tidak boleh menerima kehadiran Amy. Amy menjadi kuli tidak bergaji di rumah itu. Malah, dia dicemuh adik-beradik Hani dan Arif yang lain. Arif yang sepatutnya berkahwin dengan Shafiza melamar Amy sebagai isteri apabila Shafiza membatalkan perkahwinan mereka. Amy menerima Arif kerana lelaki itu bersungguh-sungguh mahu melindunginya daripada berterusan dibuli.

Perkahwinan yang dibina sentiasa dipukul ombak. Datin Mastura dan Shafiza tidak puas-puas mahu melihat Arif dan Amy menderita dan berpisah. Amy yang sarat mengandung keguguran akibat perbuatan ibu mertua sendiri. Air mata sentiasa menemaninya sepanjang masa. Entah bila deritanya akan berakhir. Doanya moga ada sinar kasih yang mencelah walau sedikit. Dia benar-benar ingin menikmati erti bahagia.


telahan dan sangkaan serta anggapan sebelum membaca.

cover semua wat aku terliur terliur nk p MPH laju laju.. plus semua penulis dh pernah menghasilkan novel with ALAF 21 n semua buku buku karya sebelum ini ada dalam simpanan. Karya Dhiya Zafira, memang tak boleh dipertikaikan la..BEST TAHAP SUPERSAYA. Jauh Kau Pergi Paling Melekat dalam hati. so harap harap novel kali ni juga memberansangkan.. Iris Ixora pn dah pernah ada dua buku with Alaf, Damai Hatiku juga Camar Yang Pergi.dan both adalah enjoyyyy.. Elin Nadia pernah ada satu buku dengan ALAF dua tahun yang lalu, which is Jika Kau Tiada which is BEST JUGAK!

ok, semua novel adalah best. ahaha. so cepat sila pergi beli, nti dah baca, kalau benar benar best, boleh wat review yang original.






dan dan tadi tadi seketika tadi ada org cakap dia rindu saya sangat! EGO dia lebih tinggi!!!! dan kalau dia mahu memenangkan egonya, saya sanggup beralah dan kalah kerana saya tahu yakin dan pasti, saya tidak salah.



Saturday, February 5, 2011

TRIONOVEL FEBRUARI 2011

tengok tengok.. camne i nak tahan nafsu kalu begini lah putaran kehidupan.. kan baru beli belah enam belas buah buku seminggu yang lalu, baru tiga buah berjaya habis dibaca dan kini, dan kini, telah kuar lagi tiga buah buku. Mesti la, MESTI la kena beli lagi kn...? masuk list dulu k... nti ada kelapangan, mari kita beli mari..

Biar Jadi Kaktus by Iffa Zalia

Sinopsis

Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato' Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!
 
 
Irama Semalam by Yatie Atiqa
 
Sinopsis

Menerima seorang lelaki yang tidak dicintai sebagai suami, perkara yang paling tidak disukai seorang gadis. Apa yang mampu Sara lakukan andai ibu dan ayah memilih Azry sebagai calon menantu dan merestui pernikahan mereka? Dia terpaksa redha. Melayari bahtera rumah tangga bersama Azry yang dulu pernah menjadi teman sepermainan tidak pernah dia fikirkan. Mereka bahagia. Memang benar kata orang, cinta selepas berkahwin indahnya sukar diungkap dengan kata-kata.

Namun kehadiran Irfan, kekasih yang pernah menghancurkan hati Sara membuatkan dia kembali mengingati cinta lamanya itu. Sanggupkah dia meninggalkan Azry dan berlari mendapatkan Irfan yang pernah membuatkan hidupnya tidak keruan dan menangis siang malam? Azry pula mula berubah, tidak seperti di awal perkahwinan mereka. Tiada lagi rasa manisnya cinta. Sara buntu. Dia mengharapkan ketulusan dalam sebuah cinta. Masih adakah lagi cinta sejati dalam dunia ini?


Nyanyian Syahdu by Weeda Airiza

Sinopsis

Kasih yang bertaut di antara Khazrul dan Shazrin di zaman remaja terlerai begitu sahaja apabila Khazrul nekad mengejar cita-citanya dalam bidang hiburan penuh glamor. Perwatakan Khazrul yang seakan bermain tarik tali meresahkan jiwa Shazrin.

Sementara itu, perkenalan tanpa sengaja dengan seorang wartawan kacak, telah mula mengelirukan makna cinta dan kasih di hati Shazrin. Di saat mahu belajar menerima hakikat bahawa cintanya perlu diberikan kepada yang lebih berhak, Khazrul datang merayu cintanya. Mampukah Khazrul berjuang mendapatkan cintanya semula dan sanggupkah Shazrin menduakan cinta barunya untuk lelaki itu dalam percintaan penuh egoistik ini? 


Macam best kn... tajuk nyummy nyummy, cover mengocak perasaan, sinopsis melonjak nafsu.. tapi kena sabar. tggu skali kluar dengan bonus, baru lazat mahu membeli.. lengkap set.





::sekarang, tiada nafsu mahu berblog, walau macam macam jadi, hati adalah tidak bermaya..



Thursday, February 3, 2011

lagi lagi novel... CINTAMU NADIKU


Haritu p Karnival Karangkraf, sempat jumpa, amek otograf n bgambar ngn Norzailina Nordin. Bliau memang masih cun la.. cantik. Dah la pndai masak, pndai mnulis, comel, lembut jek… cukup ciri perempuan idaman Malaya. Ni petikan novel terbaru beliau iaitu Cintamu Nadiku. Novel ketujuh beliau dengan Alaf.

"ADA banyak istilah tentang cinta. Manusia juga mudah keliru dengan cinta, antara cinta dan nafsu, antara kasih dan kasihan. Karmila menerima lamaran Wazif bukanlah berdasarkan cinta yang sempurna. Dia bersetuju kerana mereka sudah saling mempercayai.

Setelah berkahwin, Wazif mula berubah hati. Berada di sisi Wazif terasa lebih sepi daripada dia bersendirian. Namun, Karmila sedar lelaki dan perempuan yang bercinta pasti akan menemui halangan sebelum mengecapi kebahagiaan. Mungkin inilah kisah percintaan hakiki yang menuntut seribu pengorbanan.

Tetapi semakin hari, hidupnya disulami rentetan peristiwa ganjil. Karmila kaget bila diberitahu kemelut rumah tangganya mungkin angkara sihir. Dia tidak mampu melawannya kecuali berdoa kepada ILAHI. Mengapa dan siapakah yang iri hati dengan impiannya untuk merasai hikmah bercinta dan dibuai keasyikan perasaan?"


Best novel ni! Novel ni mengisahkan tiga sahabat iaitu Mila, Wasif dan Mustaza. Mustaza yg lebih dahulu menyatakan cinta kepada Mila tetapi Mila berkahwin dengan Wasif tang melamarnya bukan kerana cinta. Pengorbanan seorang sahabat.

Aku suka watak Yasmin, mentua yg banyak muslihat dalam kelembutan. Watak Mila juga menarik. Mila tak digambarkan secara keterlaluan.. kn selalu heroin kn, mesti paaaaling cantik, paaaling anggun, paaaaaling hebat, tapi Mila x digambarkn macamtu.. Mila heroin yg sedang sedang sahaja. Tapi menarik.

Ayat dalam novel juga mudah, macam dialog seharian, pembacaan sangat santai la pendek kata. Untuk novel Cintamu Nadiku ni aku bagi 4.80 bintang. Tak cukup 0.20 sbb tak puas hati Nik Fazwan x jumpa jodoh! Pasni boleh x kak NN wat novel smbung kisah Nik Fazwan lak… Nik fazwan ngn Yana! Boleh gitu…? Untuk peminat novel yg belum beli novel ni lagi, P BELI P!!!




Tuesday, February 1, 2011

JUARA CARTA CINTA

Seharian mnghabiskn novel ni.. memang kategori TAK MAU LETAK, tpi kena gak la letak… x kan nk mngadap novel jek 24 jam kn…?

Memang BEST. Macam biasa Lynn Dayana (LD) tak pernah la menghampakan.. ke empat empat novel bliau sebelum ni pun mmg melekat dlm ingatan. Menurut Kak Lynn dalam blog bliau, JCC ditulis masa bliau tgh sakit... baru lepas operate! CAYALAHHHH Kak, sakit pn novel mantop gni, klu sihat segar bugar macamana la kan... akak memang BEST!! salute!

itu pun, slalu mngaku beliau penulis bilis.. eeeee, klu bilis boleh tulis novel begini, saya ni apa eh kak? tahi bilis mungkin... sedih sekejap!

JCC mengisahkan tentang Maya bersama tiga hero heronya.. Haqiem, Haikal dan Adnan. Watak Maya dlm JCC mcm real jek..mcm watak empunya penulis novel..=)) klu korg peminat LD korg pn akn rasa dekatnya Maya ngn LD. Ada Batu Pahat, ada Pizza Hut ada juga cendol SOGO.

Maya merupakan seorng novelis yg bertunang dengan Adnan tetapi terputus sebab Maya yang tak setia mnjalin cinta dengan Haqiem. Maya kemudian kembali solo setelah diputuskan Adnan dan ditinggalkan Haqiem.

Siapa sangka selepas itu, muncul Hakiem yang mnjadi kegilaan Mimi dan Adnan yang telah beristeri, mnjadi jiran kanan dan kiri Maya. Keduanya merebut cinta Maya. Dalam masa yg sama timbul Haikal yg juga merupakn peminat Maya.

Jalan cerita JCC memang ada class tersendiri. Tak Jemu dan menghiburkan. Memang akan gelak sorang sorang! Dan jangan tak tahu, JCC ada misteri tersendiri..Maya yang penah di ‘sambar’ kilat ketika berdating dgn Haikal mengalami beberapa siri mimpi misteri yang kemudian mmbawa Maya mnjadi penyelamat kepada misteri pembunuhan kejam yang berlaku.

Antara Adnan yg masih menagih kasih dan mahu berkahwin dua kerana isteri yang mandul, Hakiem jiran kiri yang begitu tergila gila dan Haikal peminat misteri yang juga sama ‘sengal’ sperti Maya, siapa akan mnjadi pilihan Maya?

Itu seperti biasa, wajib baca sendiri la kn.. nti hilang misteri cinta bersegi segi Maya.

Dan nk ulang ulang dan ulang ulang lagi, JCC memang BEST. Memang KENA BELI, memang WAJIB BACA, MEMANG!!




Thursday, January 13, 2011

Trionovel Januari ALAF 21

Jeng Jeng Jeng
Ni Diaaaaa...
Tiga biji novel untuk Januari 2011 juga sudah keluar.
cekidout meh..

Astana Kasih - Hashim Salleh
Jangan bilang benci - Muna Mahira
Kubawa Hati Ini - Elis Mokhtar

Jum p Karnival Karangkraf hujung bulan ni dan jum beli.





ps : cover jugak cantik mengudang ketidaksabaran hati ..




Monday, January 10, 2011

Trionovel Disember 2010 by ALAF 21

EDISI WAJIB BELI.


(source: ALAF 21)

Trionovel Disember 2010
Harga Sebuah Cinta - Hani Fazuha
Rindu Di Awan Biru - Meen Zulaikha
Kau Pertama Aku Kedua - Fitri Hussin

So, selain tiga untuk Trionovel Disember, ada tiga tambahan untuk Trionovel November (Akan Kutunggu by Sania Yasmin, Cinta Akan Indah by Rini Shanira dan Cinta Usah Dinanti by Aimi Husna) dan dua untuk Trionovel Oktober (Kembali Untuk Cinta by Angela Engkuab dan Puncak Kasih Kita by Intan Arnida) menjadikan jumlahnya lapan buah. blum lagi trinovel Januari kan.

OHHHH sungguh seronok!! 




 ~saya suka semua cover Trionovel Disember. C.U.T.E. tak sabar mahu beli dan baca.

yang ditunggu tunggu sudah datang

Dia datang..
Dengan lenggang lenggoknya..
Dia datang..
Dengan senyum simpulnya..
Dia datang..
Dengan senyum manisnya..


DIA DATANG LAGI!!!!!!!!

sungguh weh gembira setelah gila lama tak memborong novel. memborong bermaksud membeli dengan banyak. sebab kalau kata lama tak membeli macam pelik kerana setiap bulan mesti beli jugak walau hanya dua buah buat pengisi masa senggang yang amat lapang.

NI DIA KARNIVAL KARANGKRAF yang bakal diadakan di KOMPLEKS KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SHAH ALAM.

PADA 28 hingga 30 JANUARI 2011


(punca gambar and detail here)


mari mari..kita ramai ramai pergi.
eh, japg kena wat final list apa yg belum beli lagi padahal haritu bulan 11 sudah buat list meriah meriah. kena kasi hapdate supaya tidak menyesal kemudian tak berguna. sekarang nk hapdate payah sebab blog ALAF 21 masih under construction plus masih baru bagi aku.. duk godek godek cari list novel tak jumpa jumpa. aku ke yang terkial kial atau blog baru ni tak semesra blog dulu?? takpe..nanti kita terjah semula.. =))




 notakakisatu : ada sesapa rajin nak balik jauh jauh untuk teman saya menovel?? jum. please please please...
notakakidua: wajib pergi ni..sila jgn hampakan saya..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..