Showing posts with label cerita cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita cerita. Show all posts

Friday, April 29, 2011

update laju laju


hai kawan kawan. eheh.
macam dah amat lama hilang mood nak menulis.
mari mengupdate laju laju perkara yang berjaya dibuat minggu ini.

perkara satu
Isnin lepas saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Kalau p Pesta buku kena la beli buku kan, dan yezza, saya beli banyak buku dalam keadaan sangat sangat terkawal. dan saya berjaya kawal diri saya sendiri. dari 32 biji novel, saya berjaya bawa pulang 17 sahaja. dan ada tambahan few buku ilmiah. lega dapat salurkan nafsu ikut saluran yang betul.

perkara dua
saya pergi bercuti selama 2 hari. cuti ditempat yang xde line BB mahupun line internet. bawa diri kununya.. dan cuti saya, tak la seronok sangat...

perkara tiga
harini saya menservey cincin di Habib D Curve dan saya tak jumpa yang WOW! faktor WOW sangat penting bagi saya sebab saya memang jenis tak tengok barang dua tiga kali. sekali tengok bila WOW maksudnya sila beli pastu tengok yang lain lagi. hahah. kalau tiada faktor WOW di awalan maka sia sia la usaha memujuk saya. tak kan berhasil.

(cari saya)

perkara empat
sebagai persediaan membeli cincin, harini saya ke kedai sental basuh kuku kaki dan tangan. rasa tangan cantik seketika. baru best nak cuba cuba cincin kan...?

perkara kelima
saya belum decide baju untuk bertandang dan saya rasa nak pakai songket. tapi MOH macam suruh pakai something yang boleh dipakai lagi dan lagi. macam baju kurung modern yang tak brapa nak pengantin. belum decide.



Friday, April 22, 2011

TAK DAPAT PERGI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011



harini dah start pesta buku. since februari duk tunggu tunggu wat countdown siap serta list buku version wajib dibeli. alih alih, harini, tak boleh pergi. kita merancang kan, but who can predict the weather..?

ni sebab semalam adalah sakit kepala stage II yang sekaligus menyebabkan muntah muntah dan lembek seperti kain alas kaki. jadi harini, tak berani la nak berlasak lasak. migrain pun dah lama tak menyerang hendap, jadi tak nak cari pasal.

CH suruh tunggu dia sebab memang dah janji nak pergi sama sama sebab kalau takde bliau, sape la nak usung bakul buku saya? dah la kali ni, list lebih panjang dari biasa.. teruja tau nak beli buku macam macam demi nak memenuhi AZAM 2011 saya.


(azam saya nak penuhkan rak ni..)


tapi last minitnya, CH tak boleh balik minggu ni, kena kuarantin sampai 30. bliau on kol meyh! jadi saya memang dah set mind, pujuk hati dan bertekad nak pergi tanpa dia. demi buku, sanggup!

kalau tunggu dia balik baru nak buat semua, tak sempat la sayang.. dua hari saja! haritu janji balik nak cari kain nak cari barang barang lain kan...? so yang mana boleh buat sniri, kna la buat dulu. bujang pun bujang la...

jadi, isnin la baru berpesta buku. sabtu dan ahad saya memang tak berjalan sorang sorang, crowded. jadi penanggur yang banyak masa lain, sila pergi hari orang tengah bekerja. kurangkan kesesakan lalulintas.

eh, pastu harini kunun nak p makan KFC tak jadi sebab daya tarikan sardin bersama telur dadar lebih kuat.





Wednesday, April 20, 2011

Wednesday, April 13, 2011

melantak hujung minggu - steambot ANTARABANGSA


update hampir basi.
but still ok. kan consider used as kenangan masa akan datang kan. so as a reminder yg kita pernah berseronok disini. mana tahu sejarah tak berulang.

sabtu yang lepas berjimba jimba di SOGO. niat hati nk cari langsir untuk bilik and smbil smbil ke Semua House nak cari bahan untuk DIY. but soooo upset Semua House sgt crowded sampai tahap takde selera nak mencelah kaki masuk sekali.

InsyaALLAH, bila orang lain sibuk bekerja saya akan kembali. masalahnya tak rajin nak bejalan sorang sorang. nak jugak tunggu driver. masalah bila tunggu driver, kena la tunggu weekend.

after letih berjimba bagai di SOGO, malamnya ke Bangi. niat hati nak cari ayam Penyet tapi Datin Umi mengidam steambot. lalu sebagai anak mithali, haruslah mendahulukan bonda kan.. lalu mencari pasal di steamboat Antarabangsa sebelah je ngan Wang Solo (Ayam Penyet).

kat sini, makannya buffet ye adik adik and the price consider ok la. RM22 (adult) and RM15 (children) tapi saya lagi suka Johnnys kot... Plus bak kata opah segala, membazir bawa saya makan buffet. Kerugian yang nyata. boleh jek nak order Ala Carte jugak.

buffet range pun ok la. kuantiti cukup makan kalau tamak pun tapi i guess kena buat banyak peningkatan dari segi kualiti terutamanya. ada macam macam smpai silau bijik mata. tapi tapi, kalau tamak kan selalu rugi. the best in here, kalau tak habis makan, u kena bayar sisa tu. RM 10 untuk setiap 100gram. jadi jangan membazir. rasanya almos buffet style ada rules macamni kan..



kategori : yang sedang sedang saja. yang penting kenyang.


the end.




Sunday, April 3, 2011

menabung amalan mulia..


ini tabung Adam.
dapat duit, masukkan dalam tabung. YEAY.

ni tabung Uncle ( to be..)

 ni tabung Aunty


agak agak bila penuh, boleh wat duit hantaran tak?

=)









Wednesday, March 23, 2011

dan tiba tiba


untuk kamu kamu dan kamu


TSUNAMI bukan disebabkan Climate Change atau Green House Effect.


Sekian. Ambil Tahu tolong. jangan cakap ikut suka hati bikin malu!


ikhlas,
rakyat prihatin : )


dan kenapa..
tiba tiba harga ayam naik disebabkan TSUNAMI?
wehhhhhh, sejak bila import ayam dari Jepun ni?!!!!!

dan kerana itu, harga KFC juga kan naik kah?


Monday, March 14, 2011

bukan rojak asma

pertamanya, n3 tiada kaitan ngn resepi.

keduanya, sekarang sudah seminggu selamat balik dari Tioman. sekarang kalau  p Tioman mesti ambil gmbar kat cni.. tba tba Tioman skrg ada mercu tanda.. TIONGMAN. masa balik haritu, ombak menggila dan menakutkan.. tapi Alhamdulilah.. xd la muntah pun. EKSEN seh sekarang. dulu setengah jam before boarding mesti makan ubat vomit yang mnyebabkan ketiduran. sekarang sudah tiada lagi. siap boleh relaks relasks baca novel. peningkatan kehidupan.

..yg kt belakang tu, mercutanda Tioman, yg kt depan tu pekerja Tioman..


sekarang dh pandai berdikari kn, balik dri Tioman ke kuantan naik bus lompat lompat. faham apa itu bus lompat lompat. act, b4 kuar dh tya bus Trans, ada bus kul 1 n kul 5 dari Mersing ke Kuantan, kunun nk catch bus kul 1, tpi sebab Feri delay n ombak melambatkan perjalanan, bla smpi bus dh jalan, bus kul 5 lak, tiket dh habih. walhal tadi masa kol, akak tiket kata x yah book sebab tiket banyak lagi. jahano la! jadi terpaksa naik bus lompat lompat. bus buruk je, asal smpai.

ketiganya, kat Rompin, ada seorang mamat naik n duduk krusi sebelah. mamat ni sangat menarik perhatian. sepanjang perjalanan dari Rompin ke Kuantan, asyik membaca novel. bersungguh tau. saya kat sebelah, rasa ada pesaing jek.  saya snap pic 3 4 kali pn bliau tak perasaan. heee... dengan pakaianya, cara duduknya, siapa sangka dia mengamalkan budaya mmbaca dimana jua. sebab tu, jgn hukum buku bedasarkan kulit ye tuan puan.

..tgk mamat ni. memang x sangka boleh setekun itu baca novel..


keempatnya, haritu p cek kesihatan tulang. dan mari lihat keputusan. T=1.8 ie berisiko rendah.. mesin tipu ke apa? haha.. walhal saya adalah pesakit tulang belakang. o, ini adalah kndungan kalsium dlm tulang.. lihat lihat, tulang saya sihat. berisiko rendah untuk osteoporosis gayanya.


kelimanya, hari minggu saya dan dia layan RANGO. sementara tggu wayang, saya dan dia p cek berat sama body fat dan terus rasa nk nagis.. berat x berat la, sudah turun sekilo lagi.. tapi TAPI TAPI body fat index sangat macam nk sakit jantung. sket lagi nk melepasi paras normal. bahaya! CH yg kat sebelah dah melepasi paras normal dh pun. buncit! bila nk kurus seperti dua tahun lalu ntah la..

..si gemuk satu dan dua..

natijahnya, atas kesedaran, saya galakkan dia berenang. galakkan berenang bukan galakkan bergalak ye!kami menuju pergi beli swimming trunk untuk dia. sebab saya yang x pandai berenang ni dh ada satu set. pilih pilih memunggah tiga department, beli satu set. geli SEKSI haha.

jgn pki depan bukan muhrim, takut ada yg konfuse dgn dugong, itu pesan saya . walhal saya risau dia berseksi seksi di swimming pool tnpa saya. sila pergi berenang dengan abg zul dengan faiz dengan abg azrul sahaja ye! pasni, kalau dia ada duit, mahu beli basikal pulak katanya... saya pun ada basikal, tapi sekarang tersadai sebab tuanya sakit tulang. ksian basikal berehat letih. CH, sila berusaha untuk kurus kembali!



lepas tu lepas tu CH belikan saya ni! sebagai ganti. nak beli HUGO PURPLE xde kmampuan dan lagi HUGO PURPLE sudah ada yang berjanji nk beli untuk harijadi Mei nnti. dan CH janji nak bagi APPLE kn kn kn.. haha. sayang awak leeeeeebih!

pastu semalam saya potong rambut lagi dan sekali lagi saya menyesal. knpa bila kt kedai cantik balik rumah bertukar buruk? sedih!!

perkara ketujuh, saya rsa saya sekarang sungguh tiada kemahuan mahu menulis tapi saya tetap mahu berblog sbb blog macam diari. nnti bila gaduh ngn CH saya boleh bukak blog dan tunjukan bukti segala kejadian lupa, saya boleh bukak dan cek n3 dalam blog. boleh kn macam tu....

sekian.




Wednesday, March 2, 2011

dah lama dah..

selamat sore!

dah 2 March eh harini..
masa ni bejalan ke belari ikut kelajuan cahaya?
sangat laju.

saya terperasankn sesuatu..
dah lama kan tak sakit belakang smpi tak boleh gerak?
dah lama kan tak sakit lutut dan kaki ?
dah lama kan tak migrain smpi hantuk hantuk kepala?
 ye dah lama saya tak betul betul sakit.
sakit sikit sikit adalah biasa setiap hari.
kerana saya sudah terbiasa dan lali.

adakah itu bermakna saya dah boleh bekerja berjalan?
i vote for YES!!!
sila jalan laju laju..


 
untuk percubaan, mari ke Melaka esok!
kalau berjaya mari ke USS mggu depan!

ada orang ajak ke hentian
tapi tapi
saya benci pulau
saya benci laut
pulau laut buat saya sedih
buat saya menangis

ada orang kata saya tak mnghargai alam
BUKAN
saya bukan tak mnghargai
cuma saya tak suka buat hati saya sedih
dari mngudang sedih di pulau dan laut
baik saya berjimba jimba di shoping mall.
walau kesesakan juga boleh mngundang airmata
sekurang kurangnya saya telah berusaha.


dan sebenarnya sekarang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



SAYA SEDIH
DAN RASA NAK PERGI SANGAT JAUH







~mungkinkah HATI yg sakit melenyapkan sakit yg lain?




Tuesday, March 1, 2011

kalau tak bayar saman...

benci seh tengok berita dua tiga menjak ni. act, dari dulu pun tak tengok berita dah.. nak nak berita arus perdana ni.  tak de sory lansung. balik balik kerdau, merlimau, JPJ, PDRM, saman saman saman. BORING! macam hape kn... cam takde life org kata.. benda yg sama duk ulang tayang ulang dengar. ulang ulang.

ni sekarang kecoh kisah bayar saman. sila bayangkan berapa juta sudah kutipan yang berjaya dibuat hasil bayaran saman ni.. juta juta juta ye. bayangkan... juta juta juta! kaya weh kerajaan sekarang. pasni boleh minta bonus banyak banyak.




saya ada saman tak?

ada ada.

ada dua yang saya dapat notis secara bertulis dari JPJ on the spot.

pertama - tinted cermin =)
kedua - bawa kete jalan jalan dengan roadtax yang tamat tempoh. classs kan?

dan kedua dua tu, saya dh setelkan..on the spot jugak. saya yakin!

jadi, yang saya tak dapat notis secara bertulis, itu tak dikira saman.
jadi, tak payah susah payah check dalam MYEG saman saya. saya buta IT.

tiba tiba saya ada kenyakinan untuk menghiraukan perkara ini setelah baca INI. dan sila LIKE INI banyak banyak! saya SUKA!!!!


saya amat benci HAD LAJU! benci betul!!! sudah sampai masa kerajaan memikirkan had laju yang SESUAI di lebuhraya. 110? 90? 60?? OMG!!! OMG!!! TAK SESUAI SANGAT TAK SESUAI.

bayangkan kereta bermeter 240, tiba tiba tak sampai separuh yang boleh digunakan. macam isi minyak 100 liter, tapi boleh guna 40 liter jek. PEMBAZIRAN MAHA HEBAT disitu. kan kan. saya tak tahu kalau ada manusia yang mampu bertahan bawa kereta dengan kelajuan 90 km sejam selama berjam jam perjalanan.. ada ke?

kalau masih nak pertahankan had kelajuan kebangsaan adalah 110km/j saya cadangkan supaya lepasni semua kenderaan yang masuk ke Malaysia yang satu di ubahsuai meternya. bia meter cukup cukup pakai jek. 100. cukup. boleh gitu...?




sekian,
saya pemandu berhemah tanpa saman.



Wednesday, February 9, 2011

berangan itu PERCUMA jadi manfaatkan la...

suka kan hidup kalau tak yah kerja pastu seharian kat rumah layan berangan. best tau best. berangan sampai bosan sampai sendiri rasa nak muntah warna warni.

ini dah bulan dua kan, dah februari kan.. sepatutnya yang duk angan angan dah ada sikit sikit jadi kenyataan. tapi susah la susah. bayak hati banyak perasaan banyak pihak nak kena fikir dan fikir..

kata kaklong
".. yang x payah pk apa2 la, long nak buat semua, yang pk tarikh jek.."

best tak best tak kalau dapat ayat macamtu...? bestkan rasa nk lompat tinggi tinggi.. tapi kan, khidupan bukan macamtu kan... kalau pk sendiri dah lama selesai kan.. habih, ko nak kawen sniri sniri ke? tidak kan.. nk kawen ngn dia kn.. so, kna pk dia jugak! kena pk kluarga dia jugak! bonus, kna pk orang kampung dia jugak!!!

dulu berangan nk kawen 101010.. smpi bila encik kekasut ajak kawen pada tahun 2007, nak jugak suruh dia tunggu sabar sabar sebab dalam kepala sudah set mahu kawen 101010. sekarang encik kekasut sudah kawen dan beranak, saya melepas 101010. itu namanya tiada jodoh!

dan sekarang, tak mahu tunggu 111111 lagi.. tidak mahu *itu kata saya, TAKDIRNYA, saya tidak tahu* biarlah tarikh tidak cantik, saya tidak kisah, kerana yang penting dapat kawen. *sebegitu gatal sekarang*.

saya dan kaklong yg sangat excited kena sedikit sabar walau dalam kepala kaklong, dah ada macam macam, kaklong kena jugak sabar sebab yang tak mahu kawen ngan orang lain..haha

kaklong tya baju, saya tunjuk

ini

 dan ini...

atau yang ini...


kaklong kata, saya PENDEK.. saya pulak kata, saya GEMUK, jadi sila berhenti berangan. dan pergi tdo sekarang, nanti sibuk meraban sakit kepala dah la ubat mahal!! nite!!!!



 


panas sebab cuaca atau sebab banyak dosa?

sekarang, cuaca panas kan?
sangat panas..

kalau dulu tdo malam berstokin bawah comfoter
kipas nombor satu, buka untuk alirkan udara
sekarang tdo masih lagi bawah comfoter
tetapi buka aircon btul btul hala ke muka

dulu mandi dua kali malas, sejuk
sekarang malam malam pun mandi supaya panas hilang

cuaca yang semakin panas
atau aku yang banyak dosa?
mungkin juga dua dua..



~~cuaca panas buat sakit kepala bganda ganda..


Tuesday, February 8, 2011

Bila manusia tak fikir dua kali

Lihat gambar dengan teliti dan jawab soalan.


Keterangan gambar :

1. mamat berhelmet merah terbaring atas rumput tepi jalanraya.
2.mamat berbaju biru menyankung ditepian mamat yang terbaring.
3. mamat berbaju belang merupakan watak tambahan yang juga senasib dengan saya.

Soalan saya:
apa yg korang AKAN dan MAHU buat klu tiba tiba nampak aksi diatas ditepian jalan raya yang agak sunyi ?

Jawapan saya:
mesti la tertanya tanya pastu sanggup u turn semula sebab dalam hati murni, mesti pakcik ni dalam kesusahan perlukan pertolongan kn? Walau dalam hati paling bawah, ada sedikit perasaan cuak, tapi sebab ada hero kt sebelah, jadi kena jugak kuat semangat lalu berhenti memberi pertolongan jika perlu.

TETAPI… sebaik buat u turn, sebaik berhenti tiba tiba ada juga sebijik kancil yg ada tiga lelaki juga berhenti bersama sebuah motosikal, smuanya berhenti sepakat mahu menolong. See, baik kn rakyat Malaysia?! Dalam hati masing masing harus tertanya tanya dan simpati pada si berbaring dan si menyakung.

TETAPI (tetapi lagi), HAMPEH tau.. penat tau buat u turn, penat tau berhenti, penat tau fikir macam macam, RUPANYA, mereka tersadai begitu kerana mabuk.. YA AMPUN, siang siang hari boleh mabuk pastu terbaring cmtu atas jalan raya tak fikir risiko. Klu dah mabuk gitu, nak tolong apa pn tak tau kn.. tolong tengok pastu tolong geleng kepala jek la. Geram pun ada. Sian orang orang tertipu. Kot ye pun nk baring gaya bebas gitu, ko baring dalam hutan kelapa sawit tu boleh? Baru insan berhati murni tidak tertipu.. bikin panas je tau.. pakcik, lain kali jangan mabuk mabuk dah la, arak tu haram pakcik.



sekarang kan, tak boleh nak mnhadap computer lama lama tau. sakit kepala iaitu migrain iaitu rasa macam nk pecah kepala. which is sangat tak suka rasa itu.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..