Showing posts with label adam. Show all posts
Showing posts with label adam. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

adam is three

Finally......




sambutan yang dirancang, tapi kerja masih last minit.
Adam is soooooooooo hepi. selama sebulan duk demand macam2 untuk birthday. Abang Adam demand kek ultraman, tapi mommy tempah kek lain sebab macam tak gamak nak telan ultraman itu. sebab tu kek Abang Adam version kek kakak kakak. Mommy pacak sekor power rangers merah sebab ower rangers je yg ada time tu. hihi. majlis yang simple, tapi sampai harini, abang tak henti bercerita pasal harijadi abang. satu satu tanpa jemu. majlis yang pertama semoga terus memberi makna dalam kehidupan abang akan datang.

Ingat hari pertama mommy peluk abang...abang bukan yang sulung, tapi abang yang pertama buat mommy.



Dah besar hero pujaan mommy. Semoga anak kusayangan Mommy jadi anak soleh yang membahgiakan. siapapun kita, mommy sayang abang selalu. sentiasa.



Friday, November 2, 2012

mereka yang satu

Aisy is 2m young today
syukur kerana Aisy sihat, riang gembira
syukur atas anugerah yang tidak ternilai

senang menjaga Aisy.
nak dengar Aisy menangis macam menunggu Najib umum bonus.

malam berjaga ajak main ajak bercerita
biasanya Aisy akan jaga jam 3 sampi azan berkumandang
tapi, maknya tetap subuh lewat.

bangun semula hantar ayah kerja, minum susu, mandi, minum susu lagi dan tidur sampi time mak tengok marimar, Aisy pun join tengok marimar.

masa mmy masak, tinggalkan Aisy atas rocker. mmy ketang ketung kat dapur, Aisy bercakap la sorang sorang. gelak gelak. pandai bawa diri ni.

siap mmy masak, susukan Aisy upah sebab Aisy behave dan Aisy pun tdo sampi Ayah balik.
Alhamdulilah, Aisy memang xde kerenah.

dan lagi 2 hari, abang adam akan genap 2 tahun 9 bulan
Abang yang macam macam ragam.
sejak dapat adik, semua orang kena panggil dia abang.
tanya nama siapa? ABANG.
kalau orang kata Adam, terus jerit marah merajuk.

dan mereka cintahati saya
cintahati yang satu.





Monday, May 14, 2012

bukan sebenar IBU


Selamat hari ibu buat semua ibu

Untuk Umi yang melahirkan saya
Untuk Ma yang melahirkan encik suami

Tanpa Umi Tanpa Ma
Mana mungkin saya dan suami bersatu ;)
ALHAMDULILAH

Saya belum diraikan sebagai ibu walau perasaan dan tanggungjawab sebagai ibu telah lama wujud dan telah lama saya galas. dengan rela.


Kerana saya bukan ibu sebenar..


Bukan ibu yang melahirkan..


Dan saya tak minta untuk diraikan kerana biarlah yang pertama untuk saya adalah dari zuriat yang tuhan kurniakan.. amin.


Tapi saya mahu biarlah satu hari nanti Adam tahu dan faham, sayangnya saya pada Adam tak sama sayangnya saya pada Faiq, Fuad, Qysara, Mifzal, Aunie mahupun Amnie.

Sayang saya pada Adam kadang kadang sama banyak dengan sayang saya pada Azam dan selalunya lebih banyak dari sayang saya pada diri sendiri. Sungguh saya sayang.

Adam bersama saya sudah lebih dua tahun. Kalau saya sebenar ibu, sungguh saya bangga punya anak sepintar dan secomel Adam.

Dari tapak kakinya sebesar dua jari, saya disitu melihat setiap inci tumbesaran dan melalui setiap muka surat kehidupan harian Adam.

Walau bukan sebenar ibu, pernah saya menangis bila terpaksa memegang kuat kaki Adam setiap kali kunjungan ke klinik ibu dan anak. sakitnya melihat lebih banyak dari sakit yang merasa.. saya sudah menjadi ibu ketika masih bujang dan saya tidak pernah merasa terbeban.

Walau bukan sebenar ibu, saya tahu susu terbaik untuk Adam dan saya selalu mahu memberikan yang terbaik untuk dia. Kalaupun susu Adam bukan beharga ratusan ringgit, tapi itu yang paling baik buat Adam.

Saya yang masih bujang, selalu membawa Adam kekelas ketika masih belajar kerana tidak betah meninggalkan anak dirumah. Dan kadang kadang saya ponteng kelas kalau Adam meragam.

Saya yang bukan sebenar ibu pergi lewat dan pulang seawal mungkin dari tempat kerja kerana rindu pada Adam.

Hari minggu untuk berdating juga adalah masa bersama Adam.

Ketika bergelar isteri, saya masih bersama Adam. Tiada istilah berdua dalam kehidupan saya kerana saya sudah dan selalu ada Adam. Dan sungguh saya teringin untuk berdua…….

Ketika saya mabuk dan tidak pedulikan diri sendiri, saya perlu kuat untuk mandikan Adam, melayan Adam bermain, dan masakan makanan Adam.


dan semua ini saya lakukan dengan rela kerana kasih sayang saya pada Adam melebihi segala walau saya bukan sebenar IBU.


Dan Adam, Aunty percaya kuat, yang satu hari kita akan terpisah.. yang satu hari, hak Aunty akan diprtikai dan dipandang sepi.. Aunty akan bersedia untuk itu dan Adam kena selalu tahu yang Aunty walau bukan sebenar ibu akan selalu sayangkan Adam dan mengharapkan yang terbaik untuk Adam.

Doakan yang baik baik untuk kita ye sayang...





Saturday, February 4, 2012

adam is two

selamat ulang tahun ADAM..




Adam anak tersayang Aunty,
Macam tahun lepas, tahun ni pun, Aunty dan Ayah tak dapat sambut birthday Adam sama sama.
Aunty nakkkkk sangat tapi Aunty dah agak serik, jadi Aunty terpaksa ajak Ayah, bawa diri ke Korea ;)

Dua tahun Adik membesar depan mata Aunty. sekejap je masa!
Aunty tahu bila Adik start berjalan, adik stat makan durian, bila masa Adik dh mengahafal 1 2 3 sampi 10.. Aunty ingat semua tu... rasa macam baru semalam Aunty bawak adik pegi cucuk tiap tiap bulan. sekarang Adik dah dua tahun. baru semalam Aunty lecek lecek ubi ngan nasi, sekarang Adik dah demand tak hingat, x mo dah makan makanan camtu.. makan nak sedap aje! tapi Adik tetap kurus.. dah tak gemok macam dulu.

Adik suka menulis, pantang jumpa pen. semua tempat Adik nak tulis. habih dinding, pintu sofa, tv pun adik conteng. penah jek adik menulis atas kaki dan badan Nenek dan Aunty... Ayah pun penah jadi mangsa Adik.

Adik anak yang bijak dan semoga adik jadi anak yang soleh menambah bilangan umat Muhammad..
SELAMAT ULANGTAHUN dan sila membesar seperti yang diharapkan.



LOVE

Aunty


ps: tak sempat nak karang surat panjang panjang sebab rindu Adik sama banyak ngan salji kat luar
bye


Monday, September 26, 2011

basikal saya


hai.
nama saya Adam.
saya ada basikal baru warna biru.

muka happening boleh naik basikal

punya puas perjalanan menjejak basikal baru Adam.
dari semenyih, kajang, bangi, cheras, dan akhirnya, beli di Manjaku Kajang.

mula mula dah p situ, hati dah berkenan, tapi nafsu nak jugak g survey mana tahu kalau terjumpa yang lagi cantik dan lagi murah plus salesperson yang layan x layan tengah sibuk nak sapu sampah walhal dh ada customer ni, rasa malas beli. mentang mentang Saya dan Adam pergi beli basikal, dengan baju tidur dan selipar Jepun, u ols malas nk layan ye....

survey sampai Bangi sampai Cheras, pantang jumpa kedai baby, berenti tanya dan tengok, tapi xde satu pun yang WOW. sambil sambil tu saya cari baby carrier nk letak kt basikal saya jugak. jadi sekarang dah boleh cycling g tasik bawak Adam. pun jenuh mencari x jumpa. Akhirnya jumpa this baby carrier ngan harga yang mula mula rasa ok, tapi bila google dan jumpa Mummy Mika punya, terus rasa WTHHHHHH.. pehal saya beli saya punya lagi mahal walhal x secantik tu?


carrier tu saya beli dengan harga RM 150 TAK TERMASUK PEMASANGAN dan BESI BAWAH tu. compare tu baby Mika, saya rasa tak berbaloi la pulak. tapi Uncle kedai tu kata, esok kalau Adam ada adik lagi dua pn, boleh pakai lagi maa.. harap betul la Tokei sebab Adam lambat lgi n dapat adik ni..hehe.. besi carrier kt bawah tu pulak beli berasingan dengan harga RM35.. mahal sket, sebab beli aloi punya (dah maals nk google, nnti jumpa yang lagi murah, nangesssss)

perjalanan cari basikal sampai ke tengahari dengan berbaju tidur, akhirnya kembali ke Kajang. Adam dah keletihan tido dalam kereta. dah malas nk kluar kereta, parking depan pintu kedai suruh SA tu bungkus dan bayar. ni la hasilnya..


yang ni saya dapat dengan harga RM 159.. xde diskaun sebab xde sale. kalau sabar tggu sale bulan 10, mungkin murah sket la.. pastu bila google jugak, tgk ada org beli dengan harga RM80, nak sentap gak rasa tapi tenangkan diri..mungkin kualiti barang lain lain kan.. harap yang ini pun dapat Adam wariskan pada bakal adik Adam nanti.. hehe..

dah jadi mak mak ni, memanjang jek kena pk keselesaan dan kegumbiraan anak dulu.. mak x mandi pagi merayau cari basikal dalam panas terik dah la berpuasa, pun sanggupppp.. Asal ADAM gembira.








Wednesday, August 10, 2011

Friday, May 6, 2011

adam bergigi


ADIK!!!!

Aunty geram SANGAT!
Punya lama Adik duk ngn Aunty. Dari Adik 8 bulan Aunty tunggu. Tekan gusi hari hari sampai Aunty putus asa. dah siap nekad ngan nenek, dua bulan lagi tak naik jugak, memang Aunty p tempah gigi palsu siap polident bagi Adik.

dan tiba tiba
bila Adik p Labuan bercuti. tinggal Aunty dua minggu. Adik kluarkan gigi.
why Adik why?????

Adik cepat balik okeh. Aunty sudah tak sabar mahu lihat gigi empat batang itu.


(mama fizah bersungguh nak curi amek gmbar gigi)

well, tahniah.
walau lambat adik tetap berjaya.
cukup setahun tiga bulan, adik bergigi.
YEAY!!!!







Saturday, April 30, 2011

TRIONOVEL MEI



ok esok kena p Pesta Buku lagi sebab


TRIONOVEL MEI


tiba tiba kluar awal la pulak kan.

kena p beli masa pesta buku sebab memang murah. jimat 20 hengget jugak tau. berbaloi baloi.

tiba tiba tersedar dah lama tak baca novel. minggu ni dah berjaya habiskan Sayangku Merajuk dan sekarang Tujuh Hari Mencintaiku is on the way. THM by Siti Rosmizah. biasanya buku beliau memang mengalirkan air mata kan.


baca Sayangku Merajuk dan dan bayangkan dapat husband macam Shahir. sweet. sebab tu kena kurangkan pembacaan novel sekarang ni. mood berangan tinggi sangat. nanti mula la nak mintak bukan bukan.

minggu lepas dah habiskan SEANDAINYA dan memang superb la. boleh tak baca novel pastu nangis nangis dan terbawa bawa ke alam realiti? sebab kisah tu macam kisah kita. kena feeling lelebih la...

kalau dulu boleh penuh konsentrasi baca novel, sehari sebuah pun boleh habis.  sejak dah ada anak nama Adam, kena banyak mengalah ngan beliau.

ini Adam


sekarang Adam demam. badan panas muntah muntah.
Esok Adik sila sihat k, kita p pesta buku ok.




 

Friday, April 1, 2011

seorang ADAM


HAIII...
nama saya ADAM MUHAMMAD ZHAFRAN.
saya berusia 1 tahun 2 bulan tapi masih tiada gigi,
TETAPI saya boleh makan macam macam dah..

sekarang, ini kesukaan terbaru saya


berlarian atas kereta buruk aunty. dah habih interior kereta saya kerjakan, sekarang saya cuba aim untuk memusnahkan exterior yang memang sedia musnah ni. Aunty pun suka saya main disini sebab aunty dah ada kereta baru  tak payah bawa saya ke tasik atau taman permainan lagi.

kesukaan saya yang kedua adalah menulis.
saya suka menulis walau dimana termasuk di pemukaan perut kalau Aunty lambat bagi kertas.


saya menulis sambil berbaring


mahupun ketika duduk di belakang pintu. sungguh saya berusaha untuk pandai kan?


selain permukaan badan, saya juga sudah pandai menulis dipermukaan dinding dan lantai.

kesukaan saya yang ketiga adalah NGEO. saya akan berdiri di depan tv selama lima minit untuk melihat bunyi bunyian binatang segala macam.
mungkin TV dirumah Aunty tidak cukup besar. saya cadangkan Aunty beli TV 50 inci beserta full HD ye Aunty.. baru clear..

sekian kisah saya seorang Adam. untuk akhirnya, saya sertakan disini gambar bajet macho saya.
hensem kah saya?


oppppssss saya lupa, paling kesukaan saya adalah berada diatas riba Aunty dan mengkonker stereng sambil Aunty menekan minyak. ini memang masyuk!!

sekian. Terima Kasih Aunty..






Friday, March 18, 2011

Adam demam


padanla semalam asyik merengek manja nk bergayut aje.
demam rupanya..

tapi ni pesen apa ntah, demam makan ubat pun tak mau tido jugak. nak jugak terlompat lompat berlari lari. tapi nmpak dia letih sebab bila lari then tiba tiba jek landing ikut sempat. amek nafas, pastu lari lagi.

sekarang ni dh pndai nk mnulis pulak. pntang jumpa pen, siap mintak kertas tekun la mnulis.
layan gambar budak demam menulis. smbil mnulis mulut tak henti mnyebut apa ntah.
bising!





HERO time sihat




 

Thursday, March 17, 2011

harini dan semalam

harini...

tadi pagi p PESTA BELON PANAS kt Putrajaya. bukan stakat belon jek panas, cuaca pun panas amat. ingatkan stat esok.. rupanya tadi dh ada. stat harini smpi 20 Mac.. so tadi tnpa apa apa planning, round round sana.

sekarang ni jalan x boleh lama lama. Adam super hero suka buat perangai. kunun kunun nak beratur beli tiket pun tak kesampaian. ini dah kali ketiga, tiap tiap tahun pergi TAPI sekali pun x pernah naik tau. asyik merenung dari bawah jek. kecut sebenarnya, tapi teringin nak naik. tiket naik xde la mahal RM10 dewasa dan kekanak RM5.

tengok dia,
pas makan aiskrim, tdo. tak mau bangun. buat muka letih.

pastu paksa paksa bangun, tunjuk mainan dan dan sengih selak nak main yg belakang tu cik Anis dia, spupu saya. dah galak dh time ni!


tak larat nk bejalan dengan Adam sekarang. dia baru dapat kaki, tapi belagak sibuk nak belari. lasak kemain.. saya tggu kalau kalau ada ballon camni terbang, takde! jadi boleh balik.

..comel kn ballon ni..

nampaknya tahun ni, hajat nk naik ballon panas tak kesampaian jugak.. CH pun x dapat nk teman. sibuk keje. dia kena keje keras sbb kalau xde pekerja macam dia, produktiviti negara akan merudum.
i vote u untuk pekerja cemerlang tahun ni eh..?
sila rajin rajin.


semalam

disebabkan tak puas hati bila BMI mencanak, saya buat spesel checkup. bukan pakai mesin masuk dua ringgit. dan ini keputusannya...

BMI = 18.5,
dah x underweight walaupun lebih hanya 0.5. ok la kan.
gula darah = 3.2,
OMG, Dr suh rehat klinik minum glukose untuk naikkn gula dan saya x hingin, saya jnji dengan Dr, saya akan makan aiskrim banyak banyak untuk naikkan gula.. Dr geleng kepala tak setuju..

petang, saya kayuh nasikal sbb saya rasa rantai basikal dh berkarat dh lama tak guna  badan saya dah menggemuk! dapat la 15 minit. better than none kan? dh lama saya tak mengayuh.


basikal murah saya, cukup untuk buat saya bakar kalori walaupun sedikit. dan semalam, kerana basikal ni, pokok umi kat sebelah patah. angkara Adam si hero. sibuk nk mengayuh jugak. sudahnya, dihempap basikal atas pokok. umi menangis tak berlagu.


harini dan semalam saya seronok, walau ada yg cuba cuba nak sakitkan hati saya. (tiba tiba)






Tuesday, January 18, 2011

Adam TERaniaya

yeay, nk ikut Aunty p kedai

 
dah gelisah nk menurunkan diri, nk lasak lasak

 
perangai malas berjalan!!

 
dah x solehAH dah

 

gila jahat perangai Aunty kn..haha.
comel la Adik!!!!

 

~~ berdosa tak??? alaaaaa....nk main main jek la.



 

Friday, December 17, 2010

merindui dia


saya rindu dia. sangat sangat sangat.



semoga adik aunty cepat sihat dan sentiasa sihat.

I LOVEEEE U!!





Friday, December 3, 2010

warkah buat adam



kepada Adam kesayangan pembawa Oksigen dalam hidupku,

Lama aunty x jumpa Adik. Aunty Rindu Sangat!!!! esok 4 dec Adik dah genap 10 bulan, sudah besar adik aunty!!! cepat setahun aunty nk celebrate birthday Adik meriah meriah..nk beli hadiah best best..



sudah 2 minggu aunty x jumpa Adik dan aunty sangat sangat sangat rindu pada Adik. kadang2 Aunty nangis sorg sorg depan laptop rndukan Adik.. Dah 10 bulan, bila Adik nk pndai jalan..? cepat jalan nti Aunty bawa adik p kedai, x yah sakit2 pinggang dah Aunty dukung Adik :)

percubaan Opah mndirikan Adik. ni masa raya aidiladha yg lepas.. Adik cuak eh? hahaha.. hensem Adik pki baju melayu..Aunty puas cari dh gambar Adik pakai sampin lengkap.. xde pulak.. Adik kena berani baru boleh cepat jalan.. Aunty tau adik boleh, tapi Adik seram sejuk kn?? kadang2 bila Aunty letak Adik dekat kaki, Adik bangun pelan pelan, pastu lepaskan tangan. Aunty bilang satu dua.. Adik dh terduduk dh. tak pe sayang...nice try!!
Eh, Adik dh pandai naik tangga tapinya kn...? Bagus!


Adik ingat gmbar ni, masa kita OTW back to Kuantan.. Aunty belikan eskrem mahal untuk Aunty dan yg murah tu untuk Adik kongsi ngn nenek. Adik n nenek x boleh makan eskrem banyak sbb sama sama xde gigi. Adik sibuk jugak nak paki tag UPM aunty.. pastu Adik tdo nyenyak.. Baik jek Adik dalam kereta. sebab tu Aunty senang dgn Adik. Adik x mnyusahkan... walau habih kereta Aunty Adik jahanamkan, Aunty sangat x kesah sebab itu cara Adik bermain untuk tumbesaran kn sayang...

Lusa Aunty jumpa Adik tau.. Aunty tggu Abg Fuad n Adik Ulfah smpi... Abg Fuad kata kapal terbang asyik losak jek.. p lepair lepair pun rosak jugak. ikut hati Aunty, dh lama Aunty jmpa Adik tpi ksian Abg Fuad n Adik Ulfah kn..?  so, Aunty korbankan rindu Aunty untuk Adik. Meriah la Aunty ada ramai ramai nti... Kita p jalan jalan dan jalan jalan ok.. Bawa Abg Faiq n Kakan Qysara jugak..

Adik duk baik2 ok, jangan buli nenek sangat. Adik sila merayap sendiri atas permukaan bumi tw, jgn asyik mngharap orang angkat jek. nti jadi pemalas macam aunty. jaga diri, jgn bagi nyamuk gigit Adik. Aunty sangat geram sbb nyamuk sangat suka gigit Adik. Adik dh la x pndai garu garu.

Jaga makan jugak.. nex 10 dec kita ada apoiment Dr tw sayang... x mau Dr kata adik obes lagi. hrtu las timbang Adik dh 10 kilo, jgn2 sekarang dh makin naik...? nenek tu bukan boleh.. asyik bagi makan jek Aunty pn gemuk sbb nenek la. klu aunty x pantau nenek, nti Adik pn akan tambah gemuk.

ok Adik, Aunty kira jam untuk jumpa Adik.. lama dh Aunty x dengar adik 'a ta-aaaa" Aunty. RINDU ITU SUNGGUH!!!

Bye Adik Adam... Aunty saaaaaaayang Adik!!!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..