Showing posts with label baby wearing.. Show all posts
Showing posts with label baby wearing.. Show all posts

Monday, January 14, 2013

pengalaman berbaby wearing

Being a new mom, semua benda berkaitan anak boleh menyebabkan ketagihan.

Setiap minggu spent duit beli itu ini untuk anak. Babies don’t come cheap katanya….

Menyesal?
Tak la menyesal, cuma pernah bila pandang barang Aisy, then terfikir, “asal la beli ni dulu, patut beli yang tu” haha. Sama jek konsepnya membeli jugak.

Sekarang tengah ketagih berbaby wearing. STYLO amat rasa. Haha

Sebenarnya mak dah beli Ergo sejak anak dalam perut lagi. Masa tu beli tak study. Tengok Julia roberts pakai rasa wuhoooooo. Sungguh mengancam. Bajet aku boleh jadi mcm dia la kalau berERGO.  Si Ayahnya pun bajet kot kot boleh jadi sehensem Orlando Bloom dengan Ergo.  Hahahaharapannnn kan. Bila survey2 telan air liur jugak tengok harga. Ergo memang semart wehhhh!!! Stylo habeh. Tapi harganya SOBS SOBS…
ini adalah idaman yang harus dilupakan.
mampu berangan saja -.-

Tapi sebab excitement yang memang tak kan pernah pudar, tanamkan tekad diam diam kumpul duit tabung sehari seringgit. Biar mak tak pakai bonia idaman, asal anak ada Ergo. Bila Aisy dalam perut masuk bulan ke enam, mak dapat Ergo dalam tangan. Mak beli, Ayah pilih design sebab ayah janji nak kendong anak hari hari. So mak korbankan Mystic Purple idaman sebab Ayah hanya nak carry kalau baby carrier tu kaler hitam. Pasrah.

TETAPI…..
sampai sekarang Aisy dah empat bulan, sekali pun kami tak pernah guna ERGO tu. Pernah try tapi Aisy macam x suka. Then baca sana sini, ada pendapat baby memang x sesuai or tak berapa suka SSC. Jadi???? Simpan lah ergo. Tunggu Aisy besar sikit.

Aisy tenggelam dalam Ergo. sepatutnya kena letak rolled tower dalam tu, tapi belum sempat try n error banyak kali, Aisy merengek x suka. mungkin sebab kainnya tak selembut wrap.

Dan Sekarang, mari berwrap.
Sumpah best. Hahah

dalam rumah berwrap sambil sapu sampah. sambil sidai kain. easy peasy!!!

Nampak tak contoh penyesalan..kenapala dulu beli tak study. Kalau tak, mesti dah berbaby wrap sejak dalam pantang kehulu kehilir dengan penuh stylo. Haha.

Sumpah best dan sumpah senang. Aisy pun sgt suka senang dan tenang la duk dalam tu. Agaknya dia rasa macam duk dalam perut mommy lagi. mommy pun seronok sebab bila kendong Aisy camni, rasa ringan. anakku dah la sedia ringan kan... sekurangnya lambat la mommy nak dikunjungi PID lagi..hihi

Dan mommymu sekarang anakku, tengah lap air mata lagi. Sungguh mommy suka semua kaler2 wrap ni, tapi apa daya… mommy tak kerja sayang. Jadi mommy beli 1 je dulu k. harap Aisy suka dan terus suka. Sebab mommy bukan kaya nak beli wrap hari hari. Nak beli satu ni pun, mommy tak usulkan pada ayah. Sebab tau. Konfem ayah geleng kepala tak cakap apa apa. Konfem! Jadi beli saja la. 


agak-agaknya, yang mana berjaya membuat mommy terkenang kenang.. hihi.

harap mommy tak kecundang tak gagal dan tak hangat hangat tahi ayam la anak ye.. ye la sebab dari segi kerenyahan, agak renyah la berbanding berjalan pakai stroller yg easy to fold n unfold tu kan. tapi nanti nak travel, tak yah bawa stroller dah kan.. gantung je anak. anak selesa gembira, ibu pun suka.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..