Friday, May 31, 2013

Kongsi berus gigi dengan ELMO

Jum intai apa dak techik ni buat

ASYIKKKKK SANGAT!!!!

tak sedar mommy intai intai dia


ok mommy, jangan kacau saya...
tangan tetap dalam mulut


jom zoooom apa dalam mulut yang sayang sangat nak lepas tu..























TUDIAAAAAAAA


tengah berus gigi la mommy
guna berus gigi elmo!!!!





Tuesday, May 28, 2013

JOHOR DIHATIKU

dah sahih dah kamiorang kena pindah Kota Bharu.

bunyi macam terpaksa kan..? memang!

haishhh la, memang mintak tukar KB, baru jek isi borang mintak tukar tak sampi 5 6 bulan lepas. expect macam nk dapat pindah 5 6 tahun lagi, rupanya dah kena pindah sekarang. mau tak gelabah kan...

gelabah nak cari rumah, nak angkut barang n paling gelabah nak adapt hidup baru di kota bharu.

masa dapat surat tu, rasa nak wat amukan kat encik suami. tapi ye la.. dia pun x expect. dia pun gelabah, kamiorang cuba call kkm putrajaya mintak nak stay, tanak tukar, bila di tanya alasan, boleh tak jawab saya tak bersedia. huhu. terus kena reject! nak tanak kena jugak lapor diri dalam keadaan terpaksa dan mengharapkan keajaiban berlaku. punya tak boleh terima hakikat, encik suami pulang ke KB seorang diri dengan penerbangan terakhir. tu cerita 20hb lepas, sekarang beliau dah selamat jadi warga PKD Kota Bharu. Alhamdulilah. Semoga Redha dan Pasrah mendatangkan Hikmah.

Sebenarnya masalah paling besar dalam kepala sekarang adalah RUMAH. susah aiii nak cari rumah kat KB. lagi susah nak mencari yang menepati piawaian macam rumah JB sekarang. Rumah sekarang xde la besar,  nama pun kuarters kerajaan kan... tapi selesa dan seronok!


yang bakal ditingkalkan
nun saujana mata memandang kepala melangut ditingkat sepuluh!

sekarang, barang semua pun tak kemas lagi. tak bermood. bila nak kemas, rasa nak nangis. so, biar jek la... 

dan misi hari hari terakhir disini, saya dah deal ngn suami tanak masak sepanjang minggu ni nak pusing JB nak makan semua yang saya suka sebab nanti rasa nak datang JB dari KB adalah jauuuuuuhhhhhhhhhh hoi! tak kan nanti boleh datang semata untuk makan soto sedap Danga City Mall dan Ayam penyet BBU. lagi ABC dan Koteow Goreng Larkin dan dan dan.........

nangissssss!!!!






Monday, May 20, 2013

tahi lalat pertama

spot the mole!!!


sopan jek naik tahi lalat kat kaki. pemanis kaki. kiki
habislaaa semua orang cakap Aisy ikut mommy. kuat berjalan.
takpe dik, mommy redha. nanti kita boleh gang berdua.

tahi lalat ni muncul dalam sebulan yang lalu
mommy first noticed on 14 April masa tgh urut urut kaki Aisy
tapi diam diam tak bagitau ayah sebab risau takut itu bukan tahi lalat tapi tanda comot ke tanda apa ke kan.

tiap hari masa mandi gosok extra kat situ, letak sabun letak minyak tonyoh pakai span dengan harapan akan hilang. masuk hari ketiga mommy kerja keras tanda tu masih kat situ. so konfem la tahi lalat.

masuk hari keempat kemunculan,
 baru mommy tunjuk ngan ayah nenek semua. kiki.
lawak la adik.
ni mesti sebab masa dalam perut dah kehulu kehilir pusing semenanjung, berjalan sampai korea. kenan dik eh..

tapi risau jugak, bahaya ke eh tahi lalat ni?
tak kaaaaaannnnn????




Thursday, May 16, 2013

hari ibu dan hari jadi : perspektif terbalik

Lama tak update blog tetiba tajuk ilmiah sangat kan..kiki

Selamat Hari Ibu untuk semua mak mommy mama ibu bonda
dan Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri. tua dah den....

Tahun ni double celebration. yeay!!

Dulu masa bujang, sambut birthday ngan boifren dan tunggu mak bagi hadiah besday. bukan setakat tunggu jek, siap demand macam macam seolah-olah orang seronok sangat nak meraikan harijadi diri sendiri. dasar. haha.

Masa bujang jugak, bila tiba hari ibu, bawak umi makan makan belikan hadiah yang tak seberapa tapi ikhlas demi meraikan seorang ibu yang dah bertungkuslumus untuk kita.

Tapi kini, bila dewasa dah kawen, pandangan dan perasaan pun dah berubah. totally.

Perasaan sambut hari ibu, masih jugak hantar sms sedih sedih untuk umi dan belikan hadiah serta treat makan makan tapi dalam masa yang sama tetap demand suruh umi belikan hadiah untuk i jugak..bolehhhh? sebab tanpa anak dari mana datangnya mak?? camtu pulak... haha.

dan sempena hari ibu, i pun belikan something untuk Aisy. Because of Aisy im a mommy dan boleh celebrate hari ibu!!! terima kasih anakku kesayangan.
Aisy la, bukan Aish. huh.

Dan hari lahir bagi seorang mak adalah perayaan yang patut dan disambut bersama dengan mak, bukan dengan boifren. anak kena bagi hadiah dan ucapan terima kasih yang tak pernah putus untuk mak yang bersusah payah berjuang melahirkan! kalau dulu demand hadiah dengan umi, tahun ni, i pulak belikan hadiah untuk umi kerana sakitnya melahirkan dulu. memang tak terbayar, tapi semoga umi gembira.


Dan untuk suami yang menjadikan hari yang manis, i love u!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..