Showing posts with label journey. Show all posts
Showing posts with label journey. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

kadang kadang penipuan itu perlu

Ramadhan pertama tahun ni, disambut di kg halaman tercinta.. Kedah Darul Aman. Dah ramadhan 11 hari baru nk flash back ramadhan pertama..hihi

semuanya last minute punya perancangan.

Hari Khamis petang, dah duk bersedih hati... Jumaat pagi Umi akan berangkat untuk umrah, me n husben dah decide untuk terus balik JB. berpuasa la dua batang kara kat sana.. TETAPI kan.. hati tak boleh tahan. dalam kunun kunun tabah dan tak apa tu, tetiba Kak Long pelawa nak belanja tiket ke Kedah. terus angguk laju laju dan beli tiket..hihi. dan syukurnya, last minute camtu ada seat kosong lagi dan sempat untuk catch terawih pertama bersama Ayah.. Alhamdulilah.

dan tiba tiba malam tu teringat, eh? nk fly? and im 33w pregnant? how? how?

terus kol customer service fireflyz, untuk info, FF perlukan surat doktor untuk expectant mother above 28W. terus rasa eh? dah terlebih n mana nak cari surat doktor malam2 ni kan.. tawakal je la...( datang idea untuk menipu)

dan bila sampai nak check in memang kena isi form (3copy). bila ditanya berapa bulan pregnant, laju laju tanpa was was jawab 26W. hahah. selamat la kan.... tapi dia macam tak percaya tau.. siap cakap, "besar perut Puan..." "a ah, twin" selamba saya jawab.

dan Alhamdulilah, saya berjaya terbang pergi dan pulang dengan selamatnya..

Agak2 kalau nak guna taktik yang sama masa balik raya nanti berani x? masa tu dah 38W... waaaaaaaaaa... sempat ke nak balik raya ni. risau. anak kesayangan, kluar lepas raya ye.. raya kedua tw. kalau taknak kuar raya ke2, kuar ikut EDD 3 sept. sempat tunggu nenek balik.





Wednesday, April 25, 2012

WW : BABYMOON @ SEOUL







pergi bertiga :)
insyaALLAH.. dimurahkan rezeki, nak pergi bertiga lagi tengok sakura


Thursday, January 12, 2012

pagi pagi cuak passport hilang


dari sesudah subuh tadi tak dapat tidur duk membayangkan lokasi sebenar paspport tersayang. nmpak sangat dah lama tak bejalan sampai passport boleh misplaced. habih dah selongkar traveling beg n kotak kotak harta karun, namun hampa.

bila cuak tahap maksimum, terus tanya pakcik google camne kalau passport hilang. dan dari semua review yang dibaca, DAMN rasa nak nangis. susah rupanya kalau kehilangan passport. lebih susah dari hilang ic. sebulan pun belum tentu siap. Apakah???? dah nk travel lagi beberapa minggu dan passport boleh pulak hilang dan kalau buat report hilang pun passport takkan siap dalam masa sebulan... bye korea!!! nangis.

tapi hati kental perjuangan tetap diteruskan, mana boleh putus asa kan, terus cepat cepat dial 03-888 01000 (tekan 1)

saya dengan suara tahan nangis : Puan, passport saya hilang dan saya nk travel dalam masa 2 minggu..
petugas IMI : bila dan macamana boleh hilang?
saya : ntah. harini nak p renew, bila cari tak jumpa..
petugas IMI : dah expired ke?
saya : dah.. sebab tu nak renew
Petugas IMI : oooo.. kalau dah expired takpelah, prosuder macam biasa, datang jek kaunter buat passport baru. tapi makesure dah expired la..
saya : betul kak? betul ni??? (terus tukar jadi kakak sebab baik melegakan hati)
petugas IMI : ye, tapi makesure dah expired tau.
saya : terima kasih kak.

Syukur lega tak terkata.. letak telefon kira dengan jari bila tahun buat passport dan saya yakin passport dah hampir expired sebelum ke Beijing 2010 dan passport tu saya buat masa nak ke Turkey dulu dulu... lega! 

kalau tak, MEMANG NANGIS LA!!!!





Thursday, August 11, 2011

ramadhan di empat tahun yang lalu


time bersahur tadi terkenang kenang Ramadhan di 2007. RINDU sangat pulak rasanya...







InsyaALLAH saya mahu dan akan kesana lagi.
dan berharap ada Suami yang menemani.



Thursday, March 17, 2011

harini dan semalam

harini...

tadi pagi p PESTA BELON PANAS kt Putrajaya. bukan stakat belon jek panas, cuaca pun panas amat. ingatkan stat esok.. rupanya tadi dh ada. stat harini smpi 20 Mac.. so tadi tnpa apa apa planning, round round sana.

sekarang ni jalan x boleh lama lama. Adam super hero suka buat perangai. kunun kunun nak beratur beli tiket pun tak kesampaian. ini dah kali ketiga, tiap tiap tahun pergi TAPI sekali pun x pernah naik tau. asyik merenung dari bawah jek. kecut sebenarnya, tapi teringin nak naik. tiket naik xde la mahal RM10 dewasa dan kekanak RM5.

tengok dia,
pas makan aiskrim, tdo. tak mau bangun. buat muka letih.

pastu paksa paksa bangun, tunjuk mainan dan dan sengih selak nak main yg belakang tu cik Anis dia, spupu saya. dah galak dh time ni!


tak larat nk bejalan dengan Adam sekarang. dia baru dapat kaki, tapi belagak sibuk nak belari. lasak kemain.. saya tggu kalau kalau ada ballon camni terbang, takde! jadi boleh balik.

..comel kn ballon ni..

nampaknya tahun ni, hajat nk naik ballon panas tak kesampaian jugak.. CH pun x dapat nk teman. sibuk keje. dia kena keje keras sbb kalau xde pekerja macam dia, produktiviti negara akan merudum.
i vote u untuk pekerja cemerlang tahun ni eh..?
sila rajin rajin.


semalam

disebabkan tak puas hati bila BMI mencanak, saya buat spesel checkup. bukan pakai mesin masuk dua ringgit. dan ini keputusannya...

BMI = 18.5,
dah x underweight walaupun lebih hanya 0.5. ok la kan.
gula darah = 3.2,
OMG, Dr suh rehat klinik minum glukose untuk naikkn gula dan saya x hingin, saya jnji dengan Dr, saya akan makan aiskrim banyak banyak untuk naikkan gula.. Dr geleng kepala tak setuju..

petang, saya kayuh nasikal sbb saya rasa rantai basikal dh berkarat dh lama tak guna  badan saya dah menggemuk! dapat la 15 minit. better than none kan? dh lama saya tak mengayuh.


basikal murah saya, cukup untuk buat saya bakar kalori walaupun sedikit. dan semalam, kerana basikal ni, pokok umi kat sebelah patah. angkara Adam si hero. sibuk nk mengayuh jugak. sudahnya, dihempap basikal atas pokok. umi menangis tak berlagu.


harini dan semalam saya seronok, walau ada yg cuba cuba nak sakitkan hati saya. (tiba tiba)






Tuesday, March 15, 2011

JAPAN


Jepun kna Tsunami dan sgt mnyedihkn kn? juga menakutkan. serta menginsafkan. semua orang tahu, apa BH selaku akhbar utama kita buat tentang kjadian ini. saya marah betul betul marah. haritu kbetulan saya suruh CH bli paper. FYI, saya dh lama x baca paper. saya x suka tgk berita jam 8 jugak. kecuali kalau ada berita yang saya perlu atau sangat ingin tahu.

baca berita, saya maki cukup cukup BH dan yang jadi mngsa harusla CH. bliau gelakkan saya yg EMO tak tentu pasal.

Ye saya EMO SANGAT! bnda camtu pun buat main.
**#%^*&#***#$*** faham?
dan saya warganegara MALAYSIA mngaku yg saya sangat adore dgn JAPAN.
SANGAT!!!!
dulu saya suka Japan sbb saya suka Mickey.
kemudian saya suka Japan sbb saya suka VAIO.
masa keje saya suka Japan  sbb Japan ada incinerator.
Japan juga negara yang sgt bersih dan berperaturan.

kecik kecik berangan nk kawen ngn Japanese.
habih SPM saya apply Jepun U. dpt pergi intiview tpi Ayah saya x benarkan saya pergi.
saya pun x berani nk pergi sebab kalau kt KISAS saya demam tahap nk mati.
macamna Jepun? saya tak yakin ngn dri sndiri.
buktinya di Sabah, saya balik stiap kali cuti. saya x kuat.
tapi semangat saya tetap tinggi.
masuk U saya belajar bahasa Jepun. saya pastikan saya jdi kesayangan sensei sbb dlm kelas hya saya Melayu. tiap sem saya cemerlang Bahasa Jepun. saya ikut pertukaran pelajar ke Jepun, tapi masa tu ada masalah, jadi saya tak boleh pergi.

Tahun 2005 saya start berjalan.
saya aim nak pergi Jepun jumpa Mickey. saya usahakan macam macam supaya saya dapat pergi. tapi akhirnya permohonan saya ditolak atas alasan
SAYA BELUM KERJA!!!
tensen!

Tahun 2006 bila dh keje, saya apply lagi. umi suruh buat Umrah dulu. tapi saya mahu ke Jepun dulu. saya Apply lagi dan lagi dan lagi. sekali lagi ditolak sebab
SAYA BELUM KAWEN!!!!
double tensen.
ikut kata umi, saya pergi Umrah dulu.

Dua ribu lapan, sekali lagi saya memohon.
ikut agen, katanya agak longgar ke Jepun  masa tu.
cuma ada few pro yg mmg sakit kpala termasuk surat pengakuan bujang  dan pengesahan majikan serta bank statment yg harus ada more than 15K dalam bank. bla bla bla sbb saya seorang tnpa muhrim. susah.
saya ikut semua tu baik baik dan

AKHIRNYA.....





tiga thun menanti dan hasilnya berbaloi.
saya jumpa live ngn Mickey setelah 3 jam beratur.
saya dapat tgk incinerator depan mata.
saya menginap di hotel yg mngadap Fujiyama.
tapi nihongo saya sudah tinggal 10 patah sahaja masa ni.
saya SERONOK!





sekarang,
saya sangat simpati dengan Jepun.






dan sekarang juga..
saya rasa nk g Jepun sekali lagi =)




 

Sunday, March 6, 2011

baru saya faham...


saya dah sampai Tioman.
penat letih dan mabuk laut.
bau laut melekat lekat kt hidung. tambah sesak.

tadi pegi dinner ngn pnduduk Tioman.
biasa kalau jejak Tioman, insyaALLAH semua beres.
makan macam macam ramai ramai.
sembang sembang gelak gelak usik usik.

meriah bising hingar.
tapi saya sunyi sendiri.

saya sedar sesuatu.
benda yang saya rasa kian hilang.
yang saya cuba elakkan.
saya RINDU.

ternyata beramai ramai bersama mereka
tak sama walau hanya berdua dengan dia.

saya jauh melarikan diri kunun mahu bersendiri
kunun mahu menguji diri
ternyata yang ada di hati sentiasa di hati
saya RINDU
saya RINDU


..saya rindu awak..



~esok nk pegi salang dan genting~







ps : kt Tioman, xbo pakai BB. xd internet service. boring!

perkara satu dua dan seterusnya

perkara satu untuk mereka yang tak mahu percaya. sila percaya sekarang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


OK, SUDAH PERCAYA SEKARANG!??
sudah almost smpi target ye.
tapi yg pelik, kalau berat naik, mesti perut ikut naik. muka lambat baru nak naik.
aduh!


 
Perkara kedua sambungan cuti Melaka.
malam malam makan steamboat kt Pantai Klebang.
not exact Pantai Klebang sebenarnya.. sumwer around la.
Spesel steamboat ni sebab ada burung, ketam, ayam, sotong dan udang goreng.
Goreng yang rangup dan lazat. yang lain sama jek macam kt tempat lain kot.
dia bukak malam around 8pm smpi pagi.
Kalau p near Pntai Klebang, cari ni. mesti cuba tau.

sape nk tempah, sila kol, sms pun boleh kot.
sementara tggu tokei mgemas, Adam pun sibuk kemas jugak.

ni kalau buat port dating best kot. aha.



sekian carutan karutan harini. pening.
ni dah kat kuantan, esok pagi pagi mahu ke TIOMAN.
so off for couple of day.
.bye n nite.




Saturday, March 5, 2011

percutian urgent - Melaka Wonderland


Semalam p Melaka
(sungguh straight to d point punya intro)
kan nak uji tahap kesihatan diri
BERJAYA la sesungguhnya
walaupun harini badan lebam lebam kejang sana sini.


kalini membuang masa di Melaka Wonderland.
kalau yang x pernah tahu, theme park ni newly open, x smpi setahun lagi. and senang jek kt nk p,
dekat dekat jek ngn Taman Buaya, Zoo dan segalanya di Ayer Keroh.

saya kn bercuti dikala orang semua tgh sibuk bekerja kan.
jadi tak timbul soal kena line up untuk tiket.
tiket on Weekdays adalah RM26 (dewasa) &  RM20 (kekanak) kalau Weekends RM30 dewasa and RM25 kekanak. ok la kot.. Adam masuk FOC! dan dibuka from 10am - 7pm.

Rides dalam tu pun ok ok la untuk manusia ngeri macam saya ni. semua permainan saya cuba. maklumlah tak de orang kan, jadi boleh buat macam taman air sendiri. facilities pun lengkap dan yang penting bersih! cafe pun harga takde la cekik darah.

ni untuk kanak kanak, since takde kanak kanak kt situ,
mak kanak kanak join sekaki la
tapi leceh sebab xde sewa pelampung kecik
jadi Adam, sila tumpang aunty la

kemain seronok. 1st time ni buat prangai pelik pelik cengini.
nampak sangat tertekan kan..haha.
mula mula naik gayat jerit jeit smpi habih suara
dah masuk kali ketiga boleh gelak gelak dah.

adam tumpang lagi

ini part paling best, naik ni kena guna softboard.
dua kali naik, dua kali lekat! mula mula lekat kat puncak atas sana, mujur ada adik safety tolong tolak bila dh turun, lekat lak kt puncak kedua. hahaha.. panic asalnya,
tapi bila tgok adik dah bantai gelak sakan, lnsung x jadi nk nangis. gelak jugak. kuat kuat! pastu wat muka selmba tahan malu, turun jalan kaki bawak board.
adik safety kata "akak ringan sangat, p makan dulu, nti naik lagi"
hampeh ko adik!

yang sebelah bulat bulat tu tak boleh naik
katanya untuk yg paki swimming suit jek


yg ni pun best.. seram pertama n kedua kali jek.
pastu dah takde rasa.


 ini paling maut. sungguh. sumpah tak naik dah.
memang takut jerit jerit jerit smpi bawah trus nangis!
duk bertapa kt atas tuh, ada 10 minit.
tak mau turun. tapi nak gak rasa.
adik kata mmbazir tak naik. jadi kena cuba la.
umi pun suruh turun, tak payah main ni.
tapi nk gak rasa, so cabar diri sndiri.
time naik ni, ada 8 org dak safety duk tggu kt bawah nk tolong gelakkan. kitaorg smpi nangis nangis, derang bntai gelak!
hampeh kan.

overall best la kot.. lama jugak spent masa situ smpi nk tutup kedai dh. yang lecehnya, nk kena jalan jauh jauh naik tangga.. terbakar kalori tau!

since kalori dah terbakar, balik singgah Taman Kota Laksamana. drang kata, kt sini ada Asam Pedas Melaka yang best ever. kalau penduduk Melaka, drang mmg suggest sini.
here. Hajjah Mona Asam Pedas

kedai kecik jek, tapi orang punya ramai. siap ada yang mnggu untuk duduk. kedai ni dalam umah corner lot jek. dibuka from 5 pm - 5am.

 asam pedas ikan parang dan ikan pari.
nasi putih dihidang bersama taugeh n telur asin.
sedap ke? macam asam pedas umi lagi sedap bnyak jek!
mungkin di Melaka begini Asam Pedasnya. kalau begini, saya tak makan dh la lain kali.
tapi, Sate dia sedap. harga pun boleh tahan la. murah!

Balik, Adam yang bawak kereta sbb Aunty dah capek!



selesai Day 1 kat Melaka.
Enjoy la walau letih amat.
nak wat smbungan Melaka Part II.
tapi kena tggu, sekarang nk tdo sbb dh pagi.
esok nk rehat since Lusa nk p TIOMAN!!!






Saturday, August 21, 2010

back to the date


lama gila x mnhapdate.
macam x bermood pulak nk bercerita.
padahal klu bejalan siap snap2 gambar nk masuk blog.

harini dh ramadhan ke 11..alhmdulilah.
cepat je rasa kn?

puasa ke 5 hrtu, aku bpeluang mnaiki komuter.
gila lama x naik komuter.
x sabar2 nk mnaiki koc wanita yg d gmbur2kn tu,
ingat smula masa FF duk heboh2 kisah ke gerabak tu,
aku x penah amek port pun.
tp nun d sudut hati trbayangkan gerabak comel bwarna pink
yg akn mnjadi tmpt slmat untuk para wanita semalaya.

NAMUN..
indah khabar dari rupa

1-gerabak tu bukn warna pink, HANYA stiker je yg pink
2-gerabak tu bukn untuk wanita sahaja sepanjang masa kerana ada lelaki yg ala2 buta warna o buta huruf x dpt baca signage trsebut. siap bsandar siap kt poster tu tnpa rasa apa2. walhal kt tmpt mnuggu pn dh ada signange trsebut. jdi klu ko bukan wanita, x payah tggu kt c2, konfem la x kn naik gerabak wanita sepnjang masa kn?



bagusnya kt certain stesen ada ptugas yg jaga, jadi yg x berkenaan disuruh kluar n pndah gerabak. tpi masih juga ada inciden yg x septutnya berlaku.

"..aku ngn istri ni, apa salahnya, bukan penuh pn gerabak ni, x kn la nk angkut isteri jugak... pot pet pot pet pakcik x puas hati"

aku dlm diam nk jek gatal mnjawab, tpi bla tgk mkcik kt depan pun siap kna bleter bla makcik tu try nk explain, aku diamkan je la, makcik tu xpe la kesabaran tggi..aku? kekg ada yg gaduh dlam gerabak.

ko dh tau ko bawa bini kn, ko masuk la grabak yg xde signage. ke ada gerabak lelaki sepanjang masa jugak?? pastu bising nk salahkan peraturan. org wat praturan, x mo ikut, pastu klu jadi jenayah x sepatutnya, salahkn orang jugak.

well, syabas malaysia. pasni sila la wat pape lagi yg mnjamin keselamatan kaum wanita ye, aku sokong.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..