kali ni tak dilema dah, memang konfem nak beli. hawa nafsu mak!
haritu lepas semangat beria nak beli baby cot, terus ajak husben balik KL dengan tujuan nak tengok dan beli baby cot. tapi hampa sebab bila balik KL lansung tak p mana. Mak sakit pinggang, lenguh kaki, tak larat. berehat saja la di bandar tasik kesuma semenyih diam diam. hampa tau hampa.
bila sembang sembang ngn husben, beliau yang tenang seperti biasa suruh isteri bertenang jugak. katanya nanti pas bersalin boleh beli lagi. ntah ntah lagi cantik, lagi murah, lagi best... mampu ke mak nak bertenang anakku?? mak kalau ikut hati memang mak beli je. sebab kan nak pakai duit sendiri kan.. tapi mak nak la suspect sikit dengan ayah kamu.... sabar.
mak dah usha 4 In 1 Convertible Baby Cot kat Babies Kingdom dan littlewhiz. dan memang sangat teruja la.. ada few yang menarik tertarik dan ditarik. memang aim nak beli 4 in 1 dengan harapan boleh pakai lama dan pelbagai guna jadi pelaburan taklah merugikan (harapnya). 4 in 1 maksudnya boleh guna as baby cot, playpen, sofa bed and sigle bed dan paling best, boleh guna sampai anak umur 5 tahun. jimat kan?
ni antara design yang buat hawa nafsu mak tak tenang dan teringat-ingat. meh tolong pilih
1. Dion from Babies Kingdom
Size : 700W x 1300L x 1170H mm
Price : RM 799
2. Nancy from Babies Kingdom
Size : 755W x 1370L x 1060H mm
Price : RM 669
3. Pamco from littlewhiz
Size : 770W x 1500L x 1070H mm
Price : RM 899
Mak paaaaling suka yang no 1. nampak teguh kukuh dan kuat. kan? yang no 2 tu besar sikit, tapi mak tak berapa nak suka design dia.
Banyak lagi yang cantik cantik. tapi bajet mak tak boleh melebihi RM1K. kalau ikut nafsu mak, mak nak yang kat bawah ni.. tapi tengok jenama pun mak dah sedar diri yang mak hanyalah peanggur yang tak berapa nak mampu. memang la boleh guna sampai anak 10 tahun, tapi nanti kesiaaaaan anak mak, 10 tahun tak bertukar katil..haha.
Stokke Sleepi
insyaALLAH, minggu ni turun KL, kita g cari eh..
info tambahan : baby cot from babies kingdom adalah pre order. barang siap dalam masa 7 hari. boleh g amek kat kedai kat kota damansara or mintak dia pos ke rumah.