Tuesday, March 9, 2010

ada berita gembira


alhamdulilah
disebalik PID n kayap
ada berita gembira disitu

syukur.syukur.syukur
semoga kegembiraan ini akan berterusan
semoga yang diharapkan ini menjadi kenyataan

ayah, umi
doakan yang selalu

Monday, March 8, 2010

cerita kayap

info kayap:
(warning: sila jgn baca klu ada perasaan nk muntah, ini adalah entry sgt panjang, tp bagus untuk mereka2 yg ingin tahu)


sekadar gambar hiasan, bukan kayap kpunyaan aku


Penyakit ini sebenarnya menyerang manusia tanpa memilih usia, dari kanak-kanak hinggalah kepada orang dewasa. Penyakit ini berbentuk kudis yang melecur berwarna kemerah-merahan yang rasanya gatal dan merenyam. Biasanya kayap jenis ini digelar oleh orang Melayu sebagai 'kayap ular' yang merebak dari tengah belakang hingga ke bahagian depan, tidak ubah bagaikan ular yang melenggar mengelilingi tubuh badan. Ada juga kepercayaan mengatakan bila 'kayap ular' ini bertemu di bahagian depan, pengidapnya akan mati. Bagaimanapun dari pengalaman doktor perkara ini jarang berlaku.

Kuman yang menyebabkan kayap ular atau kayap 'zoster' ini adalah sama bentuknya dengan kuman yang menyebabkan penyakit cacar air. Adalah dipercayai, yang kayap ular ini terjadi akibat daripada kuman cacar air yang mula aktif setelah tertinggal dalam urat saraf 'rasa' (urat saraf 'rasa' adalah urat saraf yang boleh membuat seseorang itu merasa sesuatu) setelah diserang penyakit cacar air.

Kayap ular boleh menyerang seseorang dewasa sebaik-baik setelah tiga hingga lima hari dia terdedah kepada penyakit cacar air. Penyakit ini juga boleh merosakkan urat saraf 'rasa' seseorang seperti juga disebabkan oleh penyakit batuk kering, barah dan leukemia.Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf 'rasa' dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.

Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf 'rasa' yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf 'rasa' berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf 'rasa'.

Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.

Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja. Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf 'rasa' di bahagian' mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata. Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan 'conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf 'rasa' akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf 'rasa'.

Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sembuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit. Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat.

Kesakitan ini digelar 'Post-Herpetic Neuralgia' dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini. Dari penyakit ini telah timbul berbagai kepercayaan dan juga aneka jenis rawatan yang disyorkan.

Ramai juga yakin bahawa kayap ular ini boleh dirawat cara tradisional. Sebenarnya, kayap ular ini mempunyai proses yang natural, setelah menyerang kulit, akhirnya ia akan sembuh juga walaupun memakan masa yang panjang. Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang berbentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku. Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur. Rawatan untuk kayap di mata pula hanya memerlukan ubat mata khas yang diberikan oleh doktor.

source : http://promote5.blogspirit.com

kayap yang beraiskrim



ye..harini lepas gian.
siket jek, wat lepas kempunan.
hadiah from my cintahati sempena kena kayap.

d positif side or kayap:
makan adlh sgt2 kena pantang, mcm org bersalin.
jadi markah bonus disitu adalah saya boleh berdiet.
ini tidak brmaksud saya mahu b'kayap pada masa depan.
kerana kayap adalah sangat bisa.sakit.pedih.nangis.nangis.nangis.


p/s:errr..org berpantang boleh mkn eskrem ke???

Sunday, March 7, 2010

kasihan aku



ye kasihan
saya djangkiti kayap
sgt susah hati
bukan kerana sakit
tp krana esok adlh klas prtama di semester baru
mesti P hangin nti.mesti.konfem.
tp nk wat cane
bukan aku yg mntak pn
dh virus ni suka nk stay dlm tulang blakang aku
aku nk x nk kena la terima kn..
sakit la
kulit ku kena hembusan angin pun sakit
sabar jek la
penyakit datang dan pergi sesuka hati skrg ni

~~alhamdullilah..kifarah dosa yg membukit~~

pagi yg indah

smalam emo bagai kn..berperang dunia ke 3. aku ingat bgun pagi ni, aku akn mnjanda dh =)), heee...ntah la, gaduh.gaduh.gaduh.. aku hangin, dia hangin, ribut taufan la kn.. tp bla duk sorg2, tenang2 d bawah comfoter, aku realize two is better than 1..aku masih sayang dia n of cos aku masih sgt2 amek berat. cuma skrg ni, aku n mgkin juga dia perlukan masa untuk fix here n there.. no matter how bad it may look, aku dan dia still have to somehow try and make it work.. untuk cintahati ku, sakit x kena tamparan wanita smlm? u hurt me worst..

owh, x mau bercerita tentang ini....shut up yati..shhhhh!

harini bgun tdo, wat apa yg patut, on lappy n here i go.....



=) positif x?

berworkout la today..level 1 la tapinya..well..i kn beginer..suggest there, level 1 workout shud b done 4 10days, then follo by L2 n L3..best jugak berpeluh2..masuk minit ke 12 dah semput sebenarnya, tp krana sgt berkobar2 plus kak JM asyik suh cont, cont, jgn stop, workhard.. pjuangan d teruskan shingga berjaya walau ada movement yg kna modified..tulang aku keras dowh! x boleh nk pksa2 sgt..kekg ada yg berkampung d KPJ lagi..hope pasni bole lose inches la..nk tggu perut jd cam dia, kna la sabar cik kiah..

smlm dah start guna produk yg ku beli that day..kesan?? pagi ni xde la masuk toilet lagipun..xpe2, tggu 3 hari aku hapdate apa lagi kesannya. klu ada la..klu non ada, maknanya kn, mlayang lagi la..tggu occay..madu? ye..berjaya setakat ini. tahniah atas konsistensi aku!

food intake pun sgt berjaya..xde lagi fasfud, kek, eskrem, donut, waffle, muffin, cookies, n so so yg sgt mngundang n mguji nafsu...wlu smlm meleh air mata tgk cheese blackfores kt SR, aku kuatkn iman..5minit jugak duk usha kek tu dgn penuh perasaan smbil berlawan ngan suara2 manja yg sgt positif.. "ala..sekeping jek..", "xpe, ko bli 1 slice, mkn slama smggu. 1 hari 1 sudu..xde la byk kalori" OH NO, klu dh beli harusla habiskan on spot kn...x tahan kak.


plan for today? T.I.A.D.A ( sehingga 0800)



dari hati : Is it true that love is blind?
I'd vote for YES.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..