Tuesday, December 13, 2011

sungguh indah


Sebulan yang indah dah berlalu. Sungguh sekejap masa.

Sungguh seronok sebab kadang kadang bila terjaga malam krem kaki, perut memulas, sakit pinggang dan lenguh rusuk, ada orang yang cepat cepat bangun capai minyak panas dan urut sampai tertidur. dan itu  ohh sungguh indah!!! 

Sekarang tengah buat busy untuk majlis bertandang. harus kena buat buat busy walau majlis kat tempat orang sebab dulu masa majlis kat tempat sendiri tak buat apa apa. Pengantin hanya perlu berangan, google, whatsApp gambar, komen itu ini, nah terus siap dan boleh kahwin. Lansung tak seronok sebab tak merasa perasaan cari vendor kehulu kehilir, perasaan cari kain sana sini, perasaan tempah kad kahwin, yang seronok cuma sebab pengantin tak payah pening kepala cari duit sebab semua ditaja walau bukan oleh Raflesia.

InsyaALLAH bertandang will be on 22 January 2012. Jemput jemput sila datang... kali ni, sumpah tak buat majlis tertutup dah. memang sangat open.

Dan lagi berita paling gembira, kunci rumah baru dah dapat. Tak sabar nak jadi warga Johor. Tak sabar nak duduk bersuami isteri, tak sabar nak hias rumah tangga. Macam macam idea dalam kepala punya banyak tapi tak sebanyak duit dalam bank. Jadi kena sabar step by step. tarik nafas kenangkan korea. eh?

Dan atas segala Keindahan, syukur pada Dia dan Terima Kasih pada Suami.



Dan.... walau siapa pun dia, dia kurniaan terbaik dari Dia untuk saya..




Saturday, November 19, 2011

saya izinkan ayah...




"AYAH,  saya izinkan ayah menikahkan saya dengan Nasrul Azam Awang dengan mas kahwen seribu ringgit tunai.."


saat ni lebih sebak berbanding sangat mendengar perkataan SAH.

saya menangis dan ayah juga menangis

saya tahu ayah sangat sayangkan saya walau saya tak berjaya menjadi anak yang ayah impikan






Thursday, November 17, 2011

saya dah ada suami



11.11.11
ALHAMDULILAH

saya kini bergelar isteri kepada seorang suami


=)

Tuesday, November 8, 2011

dugaan kategori berat


esok malam nak pakai inai dan malam ni jari jadi cmni..


habis jari runcing ku. tapi... tak boleh nangis.
cepat google cari petua nak hilangkan dakwat printer pada jari.

atau esok kena ubah plan, pakai inai kaler hitam!!!!




Friday, November 4, 2011

ENAM



lagi ENAM hari
  • baju tak siap lagi
  • kasut belum beli
  • bunga tangan masih tak sempurna kejadian
  • surat kebenaran berkahwin tak ambil lagi
  • doorgift huru hara
  • mata dah jadi panda
  • migrain makin menjadi jadi

cepatlah masa berlalu, dah tak mau pening pening lagi dah. lepas ni nak kehidupan aman damai jek..




AMIN!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..