Saturday, March 5, 2011

percutian urgent - Melaka Wonderland


Semalam p Melaka
(sungguh straight to d point punya intro)
kan nak uji tahap kesihatan diri
BERJAYA la sesungguhnya
walaupun harini badan lebam lebam kejang sana sini.


kalini membuang masa di Melaka Wonderland.
kalau yang x pernah tahu, theme park ni newly open, x smpi setahun lagi. and senang jek kt nk p,
dekat dekat jek ngn Taman Buaya, Zoo dan segalanya di Ayer Keroh.

saya kn bercuti dikala orang semua tgh sibuk bekerja kan.
jadi tak timbul soal kena line up untuk tiket.
tiket on Weekdays adalah RM26 (dewasa) &  RM20 (kekanak) kalau Weekends RM30 dewasa and RM25 kekanak. ok la kot.. Adam masuk FOC! dan dibuka from 10am - 7pm.

Rides dalam tu pun ok ok la untuk manusia ngeri macam saya ni. semua permainan saya cuba. maklumlah tak de orang kan, jadi boleh buat macam taman air sendiri. facilities pun lengkap dan yang penting bersih! cafe pun harga takde la cekik darah.

ni untuk kanak kanak, since takde kanak kanak kt situ,
mak kanak kanak join sekaki la
tapi leceh sebab xde sewa pelampung kecik
jadi Adam, sila tumpang aunty la

kemain seronok. 1st time ni buat prangai pelik pelik cengini.
nampak sangat tertekan kan..haha.
mula mula naik gayat jerit jeit smpi habih suara
dah masuk kali ketiga boleh gelak gelak dah.

adam tumpang lagi

ini part paling best, naik ni kena guna softboard.
dua kali naik, dua kali lekat! mula mula lekat kat puncak atas sana, mujur ada adik safety tolong tolak bila dh turun, lekat lak kt puncak kedua. hahaha.. panic asalnya,
tapi bila tgok adik dah bantai gelak sakan, lnsung x jadi nk nangis. gelak jugak. kuat kuat! pastu wat muka selmba tahan malu, turun jalan kaki bawak board.
adik safety kata "akak ringan sangat, p makan dulu, nti naik lagi"
hampeh ko adik!

yang sebelah bulat bulat tu tak boleh naik
katanya untuk yg paki swimming suit jek


yg ni pun best.. seram pertama n kedua kali jek.
pastu dah takde rasa.


 ini paling maut. sungguh. sumpah tak naik dah.
memang takut jerit jerit jerit smpi bawah trus nangis!
duk bertapa kt atas tuh, ada 10 minit.
tak mau turun. tapi nak gak rasa.
adik kata mmbazir tak naik. jadi kena cuba la.
umi pun suruh turun, tak payah main ni.
tapi nk gak rasa, so cabar diri sndiri.
time naik ni, ada 8 org dak safety duk tggu kt bawah nk tolong gelakkan. kitaorg smpi nangis nangis, derang bntai gelak!
hampeh kan.

overall best la kot.. lama jugak spent masa situ smpi nk tutup kedai dh. yang lecehnya, nk kena jalan jauh jauh naik tangga.. terbakar kalori tau!

since kalori dah terbakar, balik singgah Taman Kota Laksamana. drang kata, kt sini ada Asam Pedas Melaka yang best ever. kalau penduduk Melaka, drang mmg suggest sini.
here. Hajjah Mona Asam Pedas

kedai kecik jek, tapi orang punya ramai. siap ada yang mnggu untuk duduk. kedai ni dalam umah corner lot jek. dibuka from 5 pm - 5am.

 asam pedas ikan parang dan ikan pari.
nasi putih dihidang bersama taugeh n telur asin.
sedap ke? macam asam pedas umi lagi sedap bnyak jek!
mungkin di Melaka begini Asam Pedasnya. kalau begini, saya tak makan dh la lain kali.
tapi, Sate dia sedap. harga pun boleh tahan la. murah!

Balik, Adam yang bawak kereta sbb Aunty dah capek!



selesai Day 1 kat Melaka.
Enjoy la walau letih amat.
nak wat smbungan Melaka Part II.
tapi kena tggu, sekarang nk tdo sbb dh pagi.
esok nk rehat since Lusa nk p TIOMAN!!!






Wednesday, March 2, 2011

dah lama dah..

selamat sore!

dah 2 March eh harini..
masa ni bejalan ke belari ikut kelajuan cahaya?
sangat laju.

saya terperasankn sesuatu..
dah lama kan tak sakit belakang smpi tak boleh gerak?
dah lama kan tak sakit lutut dan kaki ?
dah lama kan tak migrain smpi hantuk hantuk kepala?
 ye dah lama saya tak betul betul sakit.
sakit sikit sikit adalah biasa setiap hari.
kerana saya sudah terbiasa dan lali.

adakah itu bermakna saya dah boleh bekerja berjalan?
i vote for YES!!!
sila jalan laju laju..


 
untuk percubaan, mari ke Melaka esok!
kalau berjaya mari ke USS mggu depan!

ada orang ajak ke hentian
tapi tapi
saya benci pulau
saya benci laut
pulau laut buat saya sedih
buat saya menangis

ada orang kata saya tak mnghargai alam
BUKAN
saya bukan tak mnghargai
cuma saya tak suka buat hati saya sedih
dari mngudang sedih di pulau dan laut
baik saya berjimba jimba di shoping mall.
walau kesesakan juga boleh mngundang airmata
sekurang kurangnya saya telah berusaha.


dan sebenarnya sekarang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



SAYA SEDIH
DAN RASA NAK PERGI SANGAT JAUH







~mungkinkah HATI yg sakit melenyapkan sakit yg lain?




Jom Join Bloglist Blogger Baru!

COMEL TAK? COMEL TAK?



saya jumpa ni kat blog kak eza.
kalau sape sape bloh yang follower kurang 300 boleh join
yang dah ada 301 tak boleh join ye.
kasi can blogger blogger baru nak glamer pulak =)

keterangan lanjut boleh TEKAN SINI.


JOM!!


konfem bukan hanya saya yang gila

ramai yg cakap saya gila bila tengok ni


bla jiran bertandang, mereka terkejut tgk koleksi saya
yg nk pinjam, umi tolong jawabkan bagi pihak
bukan KEDEKUT tapi sayang.
kalau berani JAMIN akan dpulangkan seperti sediakala
ambil la.. saya tak kisah......

dulu dulu masa saya masih remaja remaja
masa zaman beli novel pakai duit mak bapak
(mcm skrg paki duit sniri kn...?ahaha)
kami tiga beradik semua suka baca novel.
habih baca, bg kawan kawan pinjam dan akibatnya
buku rosak, lipat lipat buat telinga kucing,
kena bekas air, jadi kembang,
adik conteng dan ada yang buat harta

jadi sekarang, bila dah besar dan tinggi
saya mahu jaga novel saya dengan sangat baik
saya start kumpul semua ni secara serius tahun 2008
ada yang saya berjaya balut
ada yang gagal
balut buku adalah bukan kesukaan
dulu zama sekolah, upah Yasmin tolng balutkan buku
sekarang, ada sesiapa mahu diupah mmbalut buku?
sila angkat tangan tinggi.

koleksi saya tidak seberapa, blum pun mcapai 300 buah
ada dua rak yang saya mahu penuhkan sempena 2011
kebanyakkan novel saya dari ALAF kerana ALAF jarang menhampakan saya
bukan saya tak baca dari penerbit yang lain
baca, cuma saya selalu bertanya sebelum beli
kalau novel ALAF saya beli tanpa soalan


agak agak tercapai tak azam nnti..?


tapi bila saya tgok ni
saya rasa WOW dan WOW
bukan saya sorang je yang gila dan TERBUKTI
mereka mereka lebih gila dari saya!!!


(buku bukuan kak atie dari group giler novel)

(hak milik mimie juga dari group giler novel)


(kak lida colection juga from giler novel)
ini rak istimewa hadiah dari hubby beliau.
seronok la kalau dapat suami suportif camni.
riang ria dunia rumah tangga..


dan ini paling istimewa tak tahu mana dapat kerajinan tahap superb camni
CANTIK dan COMEL kan?


(kak lin yg rajin pengasas group giler novel)


dan dan saya rasa dunia novel saya makin meriah.
dan dan saya rasa nk balut upah org balut novel saya
dan dan saya rasa nak sayang novel saya lebih!





kak atie, mimi, kak lida, n kak lin, saya curi gambar tanpa izin.
maafkan saya...eeeeeeewwwww.





Tuesday, March 1, 2011

TRIONOVEL MAC pulak!


HATI BERGETAR RINDU by DHIYA ZAFIRA

Sinopsis

Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita.

Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah perjuangan.



BERJUTA WARNA PELANGI by IRIS IXORA

Sinopsis

ANDREA menjadi yatim piatu dek musibah yang tidak terduga. Dia diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga kaya. Dia terpaksa akur pada nasib yang menimpanya. Berbekalkan semangat yang kental, dia berjaya ke Dublin untuk mengejar cita-citanya sebagai doktor. Namun dalam mengejar cita-cita, dia dikejar oleh cinta yang tidak diundang. Ketika berada di persimpangan antara cita-cita dan cinta, dia terpaksa memilih cinta. Andi amat mencintainya. Tepatkah pilihannya itu sedangkan Ricky sentiasa menggamit memori lama?

Ricky nekad untuk menjejaki Andrea kerana amat merindui gadis itu. Namun usahanya sia-sia. Dia pulang dalam kehampaan. Malang sekali, kepulangannya menjadikan dia lelaki tempang dan menderita sakit mental. Kenapakah begitu berat hukuman yang diterimanya hanya kerana menyimpan cinta terhadap Andrea?

Yuli pula menyimpan perasaan benci dan cemburu terhadap Andrea semenjak gadis itu dipelihara oleh papanya. Dia menuntut Andrea ganti rugi segala perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membiayai pengajiannya dan juga atas kematian papanya. Ganti rugi itu adalah anak perempuan dan suami Andrea. Sanggupkah Andrea melepaskan suaminya, Andi yang juga bekas kekasih Yuli dan anak mereka?


NIAN DI HATI by ELIN NADIA

Sinopsis

Amy atau Nur Amelia Sherina bagaikan layang-layang yang terputus tali apabila ayahnya dibunuh dan rumahnya dibakar. Ibunya yang terpisah sejak kecil pula tidak ditemui. Mujur ada sahabat yang baik hati. Hani dan abangnya, Arif mengajak Amy tinggal bersama di rumah keluarga mereka.

Namun ibu Hani, Datin Mastura tidak boleh menerima kehadiran Amy. Amy menjadi kuli tidak bergaji di rumah itu. Malah, dia dicemuh adik-beradik Hani dan Arif yang lain. Arif yang sepatutnya berkahwin dengan Shafiza melamar Amy sebagai isteri apabila Shafiza membatalkan perkahwinan mereka. Amy menerima Arif kerana lelaki itu bersungguh-sungguh mahu melindunginya daripada berterusan dibuli.

Perkahwinan yang dibina sentiasa dipukul ombak. Datin Mastura dan Shafiza tidak puas-puas mahu melihat Arif dan Amy menderita dan berpisah. Amy yang sarat mengandung keguguran akibat perbuatan ibu mertua sendiri. Air mata sentiasa menemaninya sepanjang masa. Entah bila deritanya akan berakhir. Doanya moga ada sinar kasih yang mencelah walau sedikit. Dia benar-benar ingin menikmati erti bahagia.


telahan dan sangkaan serta anggapan sebelum membaca.

cover semua wat aku terliur terliur nk p MPH laju laju.. plus semua penulis dh pernah menghasilkan novel with ALAF 21 n semua buku buku karya sebelum ini ada dalam simpanan. Karya Dhiya Zafira, memang tak boleh dipertikaikan la..BEST TAHAP SUPERSAYA. Jauh Kau Pergi Paling Melekat dalam hati. so harap harap novel kali ni juga memberansangkan.. Iris Ixora pn dah pernah ada dua buku with Alaf, Damai Hatiku juga Camar Yang Pergi.dan both adalah enjoyyyy.. Elin Nadia pernah ada satu buku dengan ALAF dua tahun yang lalu, which is Jika Kau Tiada which is BEST JUGAK!

ok, semua novel adalah best. ahaha. so cepat sila pergi beli, nti dah baca, kalau benar benar best, boleh wat review yang original.






dan dan tadi tadi seketika tadi ada org cakap dia rindu saya sangat! EGO dia lebih tinggi!!!! dan kalau dia mahu memenangkan egonya, saya sanggup beralah dan kalah kerana saya tahu yakin dan pasti, saya tidak salah.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..