Saturday, May 7, 2011

selamat ulang tahun sayang


selamat ulang tahun sayang..
harus meriah abang berbesday tahun ni.
ada Nenek, ada Adam, ada Aunie.
tahun lepas Abang sorang kan..

Abang dah enam tahun. tahun lepas Aunty panggil Adik, tahun ni dah jadi Abang.
semoga Abang membesar macam baba dengan Soleh. boleh tolong doakan Aunty nanti..
jadik budak lelaki yang berani, tak payah takut ngn Yasmin. Abang kena berani sebab nanti besar nak jaga Mama, jaga Awek, jaga Aunie.
tak boleh geli geli tengok lipas. tak macho!

dah dapat hadiah macam yang Aunty janji tahun lepas kan..?
Abang baik baik ok.
naik beskal jangan laju laju. jangan sampai Aunty menyesal hantar beskal naik kapal terbang jauh jauh. dan cepat balik sini.



(eh, abang dah semeter dah..)



untuk abang AHMAD FUAD ISKANDAR ANNAUFAL,
Aunty sayang Abang.
selamat ulang tahun ke enam...








Friday, May 6, 2011

adam bergigi


ADIK!!!!

Aunty geram SANGAT!
Punya lama Adik duk ngn Aunty. Dari Adik 8 bulan Aunty tunggu. Tekan gusi hari hari sampai Aunty putus asa. dah siap nekad ngan nenek, dua bulan lagi tak naik jugak, memang Aunty p tempah gigi palsu siap polident bagi Adik.

dan tiba tiba
bila Adik p Labuan bercuti. tinggal Aunty dua minggu. Adik kluarkan gigi.
why Adik why?????

Adik cepat balik okeh. Aunty sudah tak sabar mahu lihat gigi empat batang itu.


(mama fizah bersungguh nak curi amek gmbar gigi)

well, tahniah.
walau lambat adik tetap berjaya.
cukup setahun tiga bulan, adik bergigi.
YEAY!!!!







Thursday, May 5, 2011

malam jumaat yang dingin




kesayangan kesayangan saya
yang selalu ada menemani saya
dalam siang dalam malam
pada lapar pada kenyang
tika suka tika derita
masa ketawa masa berair mata

come, give me big hug!
im alone here

:(





rindu adam yang dah tumbuh dua gigi
rindu umi


selamat malam dunia




Saturday, April 30, 2011

TRIONOVEL MEI



ok esok kena p Pesta Buku lagi sebab


TRIONOVEL MEI


tiba tiba kluar awal la pulak kan.

kena p beli masa pesta buku sebab memang murah. jimat 20 hengget jugak tau. berbaloi baloi.

tiba tiba tersedar dah lama tak baca novel. minggu ni dah berjaya habiskan Sayangku Merajuk dan sekarang Tujuh Hari Mencintaiku is on the way. THM by Siti Rosmizah. biasanya buku beliau memang mengalirkan air mata kan.


baca Sayangku Merajuk dan dan bayangkan dapat husband macam Shahir. sweet. sebab tu kena kurangkan pembacaan novel sekarang ni. mood berangan tinggi sangat. nanti mula la nak mintak bukan bukan.

minggu lepas dah habiskan SEANDAINYA dan memang superb la. boleh tak baca novel pastu nangis nangis dan terbawa bawa ke alam realiti? sebab kisah tu macam kisah kita. kena feeling lelebih la...

kalau dulu boleh penuh konsentrasi baca novel, sehari sebuah pun boleh habis.  sejak dah ada anak nama Adam, kena banyak mengalah ngan beliau.

ini Adam


sekarang Adam demam. badan panas muntah muntah.
Esok Adik sila sihat k, kita p pesta buku ok.




 

Friday, April 29, 2011

update laju laju


hai kawan kawan. eheh.
macam dah amat lama hilang mood nak menulis.
mari mengupdate laju laju perkara yang berjaya dibuat minggu ini.

perkara satu
Isnin lepas saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Kalau p Pesta buku kena la beli buku kan, dan yezza, saya beli banyak buku dalam keadaan sangat sangat terkawal. dan saya berjaya kawal diri saya sendiri. dari 32 biji novel, saya berjaya bawa pulang 17 sahaja. dan ada tambahan few buku ilmiah. lega dapat salurkan nafsu ikut saluran yang betul.

perkara dua
saya pergi bercuti selama 2 hari. cuti ditempat yang xde line BB mahupun line internet. bawa diri kununya.. dan cuti saya, tak la seronok sangat...

perkara tiga
harini saya menservey cincin di Habib D Curve dan saya tak jumpa yang WOW! faktor WOW sangat penting bagi saya sebab saya memang jenis tak tengok barang dua tiga kali. sekali tengok bila WOW maksudnya sila beli pastu tengok yang lain lagi. hahah. kalau tiada faktor WOW di awalan maka sia sia la usaha memujuk saya. tak kan berhasil.

(cari saya)

perkara empat
sebagai persediaan membeli cincin, harini saya ke kedai sental basuh kuku kaki dan tangan. rasa tangan cantik seketika. baru best nak cuba cuba cincin kan...?

perkara kelima
saya belum decide baju untuk bertandang dan saya rasa nak pakai songket. tapi MOH macam suruh pakai something yang boleh dipakai lagi dan lagi. macam baju kurung modern yang tak brapa nak pengantin. belum decide.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..