Friday, February 22, 2013

SOLID FOOD : BERSEDIAKAH AISY??

To be honest, hari hari study pasal solid food. lagi dekat date, lagi nervous dan lagi tak tahu apa nak buat. serius!!!! mujur zaman tekno sekarang ramai mak mak suka bercerita dalam blog jadi bila google intro to solid food, mencanak canak pertolongan datang. baca hadam baca hadam, pastu eh, konfuse? asal A cakap ni, B cakap ni, G cakap camtu camni. terus blur smula dan google balik. sampai sekarang ni blur lagi ni... haha. ke nervous??? here checklist nak tengok samaada anak kita dah bersedia untuk makan atau tak..

Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang
PASS WITH FLYING COLOR

Boleh duduk tanpa atau dengan sedikit sokongan
EXCELLENT
Thanx to Bumbo Seat yang bijak! Sekarang Aisy dah boleh duduk tanpa Bumbo jugak. Tapi tak berapa nak balance lagi..hihi. kekadang tergolek dog sorang sorang.

Berat badan naik dua kali ganda daripada berat lahir
FAILED TERUK
dan serius sungguh la sedih. Aisy lahir 3.41kg, supposed sekarang berat Aisy dah 6.8kg, tapi tak tau la nak cakap salah or silap dimana, Aisy 5m berat 5.65kg saja dan untuk rekod, Aisy Full BF sampi sekarang. Dan sangat mendukacitakan bila orang asyik salahkan mak (susu mak tak xde zat, susu mak tak berkhasiat, mak tak bagi anak makan nestum n so so so) mampu dengar je tau. telan dalam hati dan menangis!!!! korang kejam la kalau salahkan mak bila berat badan anak x naik. mak kalau boleh bagi berat dia kat anak, dia bagi laju laju tauuuuuuuu!!!! mak ni sanggup menggemok, makan tak benti untuk pastikan anak dapat zat dari susu.  haishhhh. and Alhamdulilah, ada ramai jugak kawan2 yang positif, ASAL AISY SIHAT!!!!!! dan i ada tanya nurse pasai ni, n nurse kata ok, boleh proceed bagi makan.

Menunjukkan minat terhadap makanan
LULUS CEMERLANG
habit ni memang semulajadi kot kan, memang minat barang orang dewasa. sejak pandai main, mana mau dah main lamaze toys segala, mainan mesti remote, iPad, hp, kunci kereta. pastu semua benda nak masuk mulut, rantai tangan pun makan jugak.

Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan
ermmm yang ni x boleh nak cakap sebab memang tak pernah bagi makan kan.. tapi kalau dilihat dari segi keupayaan menghisap susu secara direct, cemerlang la. Aisy pn memang segala benda nak kunyah sekarang ni. kalau tengok kita makan, bunyi kunyahan dia lagi kuat dari kita yang duk mengunyah ni.. selalu kalau balik umah nenek, my aunty aka opah sibok nak bagi dia makan. kesian la itu la ini la.. tapi macam biasa, BIG NO!!! hehe. Aisy kena sabar kan... skit lagi nak makan n adik ada seumur hidup pasni untuk makan macam macam makanan..

Bayi mencapai umur 6 bulan
BIGGGG YEAY!!!!!
Alhamdulilah, managed untuk tunggu sampai masanya insyaALLAH walau banyak la sangat dugaan dan godaan. jadi mak kena kental!!!

sekarang, mari cari kumpul dan hafal resepi untuk dua minggu dari sekarang dan i plan to give her puree kurma as a start. ok x?





Wednesday, February 13, 2013

adam is three

Finally......




sambutan yang dirancang, tapi kerja masih last minit.
Adam is soooooooooo hepi. selama sebulan duk demand macam2 untuk birthday. Abang Adam demand kek ultraman, tapi mommy tempah kek lain sebab macam tak gamak nak telan ultraman itu. sebab tu kek Abang Adam version kek kakak kakak. Mommy pacak sekor power rangers merah sebab ower rangers je yg ada time tu. hihi. majlis yang simple, tapi sampai harini, abang tak henti bercerita pasal harijadi abang. satu satu tanpa jemu. majlis yang pertama semoga terus memberi makna dalam kehidupan abang akan datang.

Ingat hari pertama mommy peluk abang...abang bukan yang sulung, tapi abang yang pertama buat mommy.



Dah besar hero pujaan mommy. Semoga anak kusayangan Mommy jadi anak soleh yang membahgiakan. siapapun kita, mommy sayang abang selalu. sentiasa.



Wednesday, February 6, 2013

buat pertama kali

Semalam 5 Februari 2013 buat pertama kali Aisy duduk tanpa bumbo seat. bertahan la untuk masa 7 8 saat. hihi.


Terkasima mommy.

Harini Aisy checkup untuk 5m.
Mommy risau. Risau berat badan adik tak naik seperti sepatutnya........

Untuk rekod berat adik masa 4m naik 150g jek dengan panjang 66cm.
sikit sangat je naik, mommy cooldown ulang ckp dalam hati,
asal adik sihat, asal adik sihat, asal adik sihat.....






naik la berkilo kilo untuk bulan ni adik......



Wednesday, January 30, 2013

BUMBO SEAT YANG BERFAEDAH SILAP TAK BELI AWAL-AWAL

Semenjak ada Bumbo Seat
kerja jadi mudah. hihi
kalau dulu bila tinggal Aisy, sekejap sekejap bunyi
mula mula baring, japgi menerap pusing pusing pastu bosan,
merengek.

Aisy pulak dah tanak duduk dalam rocker,
sebab tak boleh nak melasak.
kalau duduk pun, dia dah tanak baring2, dah nak duduk macam toddler gitu walau masih bayi..

KINI TIDAK LAGI...hihi
mommy boleh wat kerja, mandi, masak dan makan dengan agak tenang. boleh tengok tv sama sama lagi.
letak dalam bumbo, buka ipad, layannnnn
bertahan la dalam tu...

bila mommy tak berapa mempunyai masa nak berflashcard, mommy on application,
but not so good untuk baby sebab methodnya tak sama macam method flashcard klasik tu
tapi better than none la.

kalau nak lagi layan bukak HUTOS.
Nado the superman!!!!
tersengih sengih, terjerit-jerit.
pastu on lagu i know i know listen to me, i know i know everything
ara ara bo bo ara bobo
ara know everything, i know!!!
konfem sengih sampai menjejeh air liur.
suka sangat!!

boleh teman mommy masak kat dapur. ni part paling best.
bahaya. jadi memang tak tinggalkan dia sorang sorang atas tu. 

flashcard lagi

nado the superman again again n again

layan abang main game.
lebih selamat duduk dengan abang macam ni
sebab kalau adik berguling kat bawah,
abang pun sibuk berguling sampai naik atas adik.

so momies out there yang belum beli, nak beli tapi teragak agak,
sila la p beli laju laju.
konfem tak nyesal!!!
pastu beli kaler hijau, sebab i macam termenyesal beli kaler biru. agak dull warnanya, hijau lebih ceria.





Monday, January 14, 2013

pengalaman berbaby wearing

Being a new mom, semua benda berkaitan anak boleh menyebabkan ketagihan.

Setiap minggu spent duit beli itu ini untuk anak. Babies don’t come cheap katanya….

Menyesal?
Tak la menyesal, cuma pernah bila pandang barang Aisy, then terfikir, “asal la beli ni dulu, patut beli yang tu” haha. Sama jek konsepnya membeli jugak.

Sekarang tengah ketagih berbaby wearing. STYLO amat rasa. Haha

Sebenarnya mak dah beli Ergo sejak anak dalam perut lagi. Masa tu beli tak study. Tengok Julia roberts pakai rasa wuhoooooo. Sungguh mengancam. Bajet aku boleh jadi mcm dia la kalau berERGO.  Si Ayahnya pun bajet kot kot boleh jadi sehensem Orlando Bloom dengan Ergo.  Hahahaharapannnn kan. Bila survey2 telan air liur jugak tengok harga. Ergo memang semart wehhhh!!! Stylo habeh. Tapi harganya SOBS SOBS…
ini adalah idaman yang harus dilupakan.
mampu berangan saja -.-

Tapi sebab excitement yang memang tak kan pernah pudar, tanamkan tekad diam diam kumpul duit tabung sehari seringgit. Biar mak tak pakai bonia idaman, asal anak ada Ergo. Bila Aisy dalam perut masuk bulan ke enam, mak dapat Ergo dalam tangan. Mak beli, Ayah pilih design sebab ayah janji nak kendong anak hari hari. So mak korbankan Mystic Purple idaman sebab Ayah hanya nak carry kalau baby carrier tu kaler hitam. Pasrah.

TETAPI…..
sampai sekarang Aisy dah empat bulan, sekali pun kami tak pernah guna ERGO tu. Pernah try tapi Aisy macam x suka. Then baca sana sini, ada pendapat baby memang x sesuai or tak berapa suka SSC. Jadi???? Simpan lah ergo. Tunggu Aisy besar sikit.

Aisy tenggelam dalam Ergo. sepatutnya kena letak rolled tower dalam tu, tapi belum sempat try n error banyak kali, Aisy merengek x suka. mungkin sebab kainnya tak selembut wrap.

Dan Sekarang, mari berwrap.
Sumpah best. Hahah

dalam rumah berwrap sambil sapu sampah. sambil sidai kain. easy peasy!!!

Nampak tak contoh penyesalan..kenapala dulu beli tak study. Kalau tak, mesti dah berbaby wrap sejak dalam pantang kehulu kehilir dengan penuh stylo. Haha.

Sumpah best dan sumpah senang. Aisy pun sgt suka senang dan tenang la duk dalam tu. Agaknya dia rasa macam duk dalam perut mommy lagi. mommy pun seronok sebab bila kendong Aisy camni, rasa ringan. anakku dah la sedia ringan kan... sekurangnya lambat la mommy nak dikunjungi PID lagi..hihi

Dan mommymu sekarang anakku, tengah lap air mata lagi. Sungguh mommy suka semua kaler2 wrap ni, tapi apa daya… mommy tak kerja sayang. Jadi mommy beli 1 je dulu k. harap Aisy suka dan terus suka. Sebab mommy bukan kaya nak beli wrap hari hari. Nak beli satu ni pun, mommy tak usulkan pada ayah. Sebab tau. Konfem ayah geleng kepala tak cakap apa apa. Konfem! Jadi beli saja la. 


agak-agaknya, yang mana berjaya membuat mommy terkenang kenang.. hihi.

harap mommy tak kecundang tak gagal dan tak hangat hangat tahi ayam la anak ye.. ye la sebab dari segi kerenyahan, agak renyah la berbanding berjalan pakai stroller yg easy to fold n unfold tu kan. tapi nanti nak travel, tak yah bawa stroller dah kan.. gantung je anak. anak selesa gembira, ibu pun suka.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..