bila nk kawen?
eh, dlu kn baik2 jek awak ngn dia, knp x dteruskan?
dh break eh dgn yg dlu. pastu serik?
suka tgk awak n dia, knapa korng x kapel jek?
memilih sgt awak ni.. nk mcmna lagi, ok dh dia tu.
pesoalan andaian dan hukuman!
memilih kah aku??
bukan aku yang memilih... tpi aku yang masih belum dipilih dah terpilih!
Jodoh kn ketentuan ALLAH, dan aku sebagai manusia, bukan hanya berserah, aku berusaha TETAPI, rasa itu belum smpi ke hati diketika dan saat itu. dan sekarang bila rasa itu ada dan aku mahu merasakan perasaan itu, halangannya masih ada. KENAPA DIA??
ya, kenapa dia? dia yang bukan sesiapa pada mata sesiapa.
peduli apa aku dengan mata sesiapa kerana yang mahu bahagia itu AKU!
biarlah x hensem mana, bukan kaya berharta, bukan anak sesiapa, tapi kalau hatiku berkehendak dia, aku akan tetap memilih dia. halangannya sekarang bukan lagi pada kamu kamu yang bernama manusia, aku serahkan semuaya pada yang Mencipta.
aku mengenalinya dari hati kemudian mata, bukan sebaliknya seperti kebanyakkan.
kenapa perlu dipersoalkan hartanya?
harta boleh buat org bahagia, tpi jgn pernah lupa, kerana harta aku pernah kecewa. klu berkehendakkan harta, aku lebih rela mnjadi ank bujang Pakcik Hashim smpi bila bila.
siapa kamu mahu mempersolkan siapa dia kerana siapa kamu bagi aku???
kamu mungkin lupa, atau kamu pura pura lupa, pasangan kamu juga bukan yang terbaik dan sempurna di mata org lain. Tapi kmu masih juga memilih dia kerana hati kamu berkehendakkan dia bukan?
kamu juga selalu lupa, tiada yang DIA jadikn sempurna kerana mahu kita saling melengkapi.
mncari bahagia pada saya, bukan seperti mencari kerja bagi awak. Saya bukan mmbuat pilihan dalam hidup kerana hidup saya tidak dihujani pilihan melainkan tawaran. Maaf, saya x memerlukan persetujuan dan sokongan anda dalam memilih siapa dia di hati saya.
untuk awak yang berada di Hati, diam diam di sana.
Semoga Ayah, Umi, Ma dan Abah merestui kita.
Semoga DIA permudahkan kita atas segalanya.
Semoga ada Jodoh kita.
No comments:
Post a Comment