Thursday, February 3, 2011

lagi lagi novel... CINTAMU NADIKU


Haritu p Karnival Karangkraf, sempat jumpa, amek otograf n bgambar ngn Norzailina Nordin. Bliau memang masih cun la.. cantik. Dah la pndai masak, pndai mnulis, comel, lembut jek… cukup ciri perempuan idaman Malaya. Ni petikan novel terbaru beliau iaitu Cintamu Nadiku. Novel ketujuh beliau dengan Alaf.

"ADA banyak istilah tentang cinta. Manusia juga mudah keliru dengan cinta, antara cinta dan nafsu, antara kasih dan kasihan. Karmila menerima lamaran Wazif bukanlah berdasarkan cinta yang sempurna. Dia bersetuju kerana mereka sudah saling mempercayai.

Setelah berkahwin, Wazif mula berubah hati. Berada di sisi Wazif terasa lebih sepi daripada dia bersendirian. Namun, Karmila sedar lelaki dan perempuan yang bercinta pasti akan menemui halangan sebelum mengecapi kebahagiaan. Mungkin inilah kisah percintaan hakiki yang menuntut seribu pengorbanan.

Tetapi semakin hari, hidupnya disulami rentetan peristiwa ganjil. Karmila kaget bila diberitahu kemelut rumah tangganya mungkin angkara sihir. Dia tidak mampu melawannya kecuali berdoa kepada ILAHI. Mengapa dan siapakah yang iri hati dengan impiannya untuk merasai hikmah bercinta dan dibuai keasyikan perasaan?"


Best novel ni! Novel ni mengisahkan tiga sahabat iaitu Mila, Wasif dan Mustaza. Mustaza yg lebih dahulu menyatakan cinta kepada Mila tetapi Mila berkahwin dengan Wasif tang melamarnya bukan kerana cinta. Pengorbanan seorang sahabat.

Aku suka watak Yasmin, mentua yg banyak muslihat dalam kelembutan. Watak Mila juga menarik. Mila tak digambarkan secara keterlaluan.. kn selalu heroin kn, mesti paaaaling cantik, paaaling anggun, paaaaaling hebat, tapi Mila x digambarkn macamtu.. Mila heroin yg sedang sedang sahaja. Tapi menarik.

Ayat dalam novel juga mudah, macam dialog seharian, pembacaan sangat santai la pendek kata. Untuk novel Cintamu Nadiku ni aku bagi 4.80 bintang. Tak cukup 0.20 sbb tak puas hati Nik Fazwan x jumpa jodoh! Pasni boleh x kak NN wat novel smbung kisah Nik Fazwan lak… Nik fazwan ngn Yana! Boleh gitu…? Untuk peminat novel yg belum beli novel ni lagi, P BELI P!!!




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..