Monday, September 9, 2013

tak lekat emas. penyakit yang diwarisi.

Hari jumaat lepas dah selamat meraikan Aisy dalam majlis yang serba sederhana dan tak meriah mana sebab air takde. Tiga hari kot takde air. Mujur makanan semua aci order jek. Kalau tak?? Tapi masih tak best sebab susah la orang ramai2 pastu xde air. Sebulan dok KB dah 4 kali xde air. Haishhhh. Will update pasal Aisy Setahun Penuh Cinta soon.



sekarang mari nak tanya korang pasal satu penyakit yang diwarisi aisy dari mommy. Penyakit tak lekat emas atau dalam erti kata lain, asal pakai jek hilang. Mommy dlu pakai la apa pun tak jatuh kena ragut hilang. Sekarang mommy tak pakai apa sebab cincin kawen pun pernah jatuh dan nasib baik tak hilang.

Gelang tangan. Aisy setahun dah 3 utas gelang tangan.  Utas pertama nenek hadiahkan masa besday Aisy yang kesebulan. Nenek beli ayah pilih. Masa tu tak pk panjang. Asal comel berbunyi bunyi.
Gelang asalnya bulat. Bila aisy dh pndai merangkak gelang jadi leper n dah tak berapa nk bunyi dan paling tak boleh blah bulat2 yang ada 15 biji awalnya dah tinggal 12 biji. 3 biji lagi hilang p mana tak tauuuu.. gelang ni bertahan sampai usia aisy 10 bulan. Bila aisy pandai jalan. Gelang pn selamat jalan.

Nak raya nenek belikan gelang baru yang lebih praktikal. Yang leper leper. 

Hari terakhir gelang kat tangan aisy. Petang tu kami p tesco beli barang untuk kenduri aisy. Malamnya mommy perasan gelang dah takde.  Selamat.

spot subang huruf kat telinga Aisy. Ayah beli hadiah harijadi. Plan nak beli subang minnie tak tercapai sebab mommy suka design kepala tu. Tapi kaler silver. Ayah suka design minnie sekor yang mommy rasa buruk designnya. Haha. So ayah kata biar ayah beli sbb ayah yang nak hadiahkan so ayah beli huruf N. NASRUL ke NADIYAH ke.... ngelat! Eh NUUR HAYATI pun boleh kan.. Subang N tu pun dah xde sebelah. Dah jatuh.

dan harini. Tok Ayah belikan Aisy gelang baru. Sama macam gelang yang leper tu. Hadiah harijadi tok ayah kata. Pakai la 2 3 hari. Nti mommy simpan. Mommy dah tak bole nak tahan perasaan barang kemas asyik hilang.

Kisah rantai yang mommy beli masa Aisy lima bulan.  Dah sebelas kali putus dan jatuh.  Dan alhamdulilah setiap kali jatuh berjaya dijumpai. Ironinya sampai sekarang mommy tak bagi Aisy pakai dah. Simpan jek la sebelum hilang lagi.

Anak korang tak lekat barang kemas macam Aisy jugak ke? Ada yang kata kecik lagi pakai barang mas bukan tau apa... memang la. Memang anak anak bukan tau apa. Tapi biasalah. Mommy yang over eksaited. Rasa semua nak beli and semua nak kena ada. Penyakit jugak kan??


5 comments:

  1. waaa ada jugak ek kes mcm ni? nasib baik anak i lelaki...hihi....tp betol la, kalau dah selalu hilang tu baik pakaikan kejap2 je & selalu kena perhatikan...hihi

    happy birthday aisy!

    ReplyDelete
  2. belum ada rezki la sis nak beli barang kemas untuk anak2 dara akk..dulu nyesal tak beli sebab emas tgh murah..sekarang..hadoii..lagi la tak mampu nak beli..uhuk

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah safiyyah okay..hehehehe..

    ReplyDelete
  4. ko pakaikan dia time raya jelah wey. mcm aku dulu, time raya je merasa melawa emas bagai...agaknya aku pun spesis hilang emas kot. gaga

    ReplyDelete
  5. baru tau ade penyakit mcm ni ye..tp shahadah pun hari tu tercabut sebelah subang emas..nasib baik jumpa even dah berkilo2meter cicir..last2 cabut pki la hok silver..kekeke..try beli subang lain plak..kl cicir gak mungkin sama dgn aisy agaknye..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..