Tuesday, February 8, 2011

Bila manusia tak fikir dua kali

Lihat gambar dengan teliti dan jawab soalan.


Keterangan gambar :

1. mamat berhelmet merah terbaring atas rumput tepi jalanraya.
2.mamat berbaju biru menyankung ditepian mamat yang terbaring.
3. mamat berbaju belang merupakan watak tambahan yang juga senasib dengan saya.

Soalan saya:
apa yg korang AKAN dan MAHU buat klu tiba tiba nampak aksi diatas ditepian jalan raya yang agak sunyi ?

Jawapan saya:
mesti la tertanya tanya pastu sanggup u turn semula sebab dalam hati murni, mesti pakcik ni dalam kesusahan perlukan pertolongan kn? Walau dalam hati paling bawah, ada sedikit perasaan cuak, tapi sebab ada hero kt sebelah, jadi kena jugak kuat semangat lalu berhenti memberi pertolongan jika perlu.

TETAPI… sebaik buat u turn, sebaik berhenti tiba tiba ada juga sebijik kancil yg ada tiga lelaki juga berhenti bersama sebuah motosikal, smuanya berhenti sepakat mahu menolong. See, baik kn rakyat Malaysia?! Dalam hati masing masing harus tertanya tanya dan simpati pada si berbaring dan si menyakung.

TETAPI (tetapi lagi), HAMPEH tau.. penat tau buat u turn, penat tau berhenti, penat tau fikir macam macam, RUPANYA, mereka tersadai begitu kerana mabuk.. YA AMPUN, siang siang hari boleh mabuk pastu terbaring cmtu atas jalan raya tak fikir risiko. Klu dah mabuk gitu, nak tolong apa pn tak tau kn.. tolong tengok pastu tolong geleng kepala jek la. Geram pun ada. Sian orang orang tertipu. Kot ye pun nk baring gaya bebas gitu, ko baring dalam hutan kelapa sawit tu boleh? Baru insan berhati murni tidak tertipu.. bikin panas je tau.. pakcik, lain kali jangan mabuk mabuk dah la, arak tu haram pakcik.



sekarang kan, tak boleh nak mnhadap computer lama lama tau. sakit kepala iaitu migrain iaitu rasa macam nk pecah kepala. which is sangat tak suka rasa itu.





Saturday, February 5, 2011

TRIONOVEL FEBRUARI 2011

tengok tengok.. camne i nak tahan nafsu kalu begini lah putaran kehidupan.. kan baru beli belah enam belas buah buku seminggu yang lalu, baru tiga buah berjaya habis dibaca dan kini, dan kini, telah kuar lagi tiga buah buku. Mesti la, MESTI la kena beli lagi kn...? masuk list dulu k... nti ada kelapangan, mari kita beli mari..

Biar Jadi Kaktus by Iffa Zalia

Sinopsis

Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato' Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!
 
 
Irama Semalam by Yatie Atiqa
 
Sinopsis

Menerima seorang lelaki yang tidak dicintai sebagai suami, perkara yang paling tidak disukai seorang gadis. Apa yang mampu Sara lakukan andai ibu dan ayah memilih Azry sebagai calon menantu dan merestui pernikahan mereka? Dia terpaksa redha. Melayari bahtera rumah tangga bersama Azry yang dulu pernah menjadi teman sepermainan tidak pernah dia fikirkan. Mereka bahagia. Memang benar kata orang, cinta selepas berkahwin indahnya sukar diungkap dengan kata-kata.

Namun kehadiran Irfan, kekasih yang pernah menghancurkan hati Sara membuatkan dia kembali mengingati cinta lamanya itu. Sanggupkah dia meninggalkan Azry dan berlari mendapatkan Irfan yang pernah membuatkan hidupnya tidak keruan dan menangis siang malam? Azry pula mula berubah, tidak seperti di awal perkahwinan mereka. Tiada lagi rasa manisnya cinta. Sara buntu. Dia mengharapkan ketulusan dalam sebuah cinta. Masih adakah lagi cinta sejati dalam dunia ini?


Nyanyian Syahdu by Weeda Airiza

Sinopsis

Kasih yang bertaut di antara Khazrul dan Shazrin di zaman remaja terlerai begitu sahaja apabila Khazrul nekad mengejar cita-citanya dalam bidang hiburan penuh glamor. Perwatakan Khazrul yang seakan bermain tarik tali meresahkan jiwa Shazrin.

Sementara itu, perkenalan tanpa sengaja dengan seorang wartawan kacak, telah mula mengelirukan makna cinta dan kasih di hati Shazrin. Di saat mahu belajar menerima hakikat bahawa cintanya perlu diberikan kepada yang lebih berhak, Khazrul datang merayu cintanya. Mampukah Khazrul berjuang mendapatkan cintanya semula dan sanggupkah Shazrin menduakan cinta barunya untuk lelaki itu dalam percintaan penuh egoistik ini? 


Macam best kn... tajuk nyummy nyummy, cover mengocak perasaan, sinopsis melonjak nafsu.. tapi kena sabar. tggu skali kluar dengan bonus, baru lazat mahu membeli.. lengkap set.





::sekarang, tiada nafsu mahu berblog, walau macam macam jadi, hati adalah tidak bermaya..



Friday, February 4, 2011

hujan dalam dan luar

macam berjanji
di luar..
hujan turun main main
di dalam..
pun hujan, tpi mncurah curah

aku bosan.
sebetulnya aku runsing.
tepatnya aku sangat susah hati.

hitung masa.
tiga empat dan lima
itu sekejap atau lama?

lihat dalam diri.
masalah tak putus tiba.

aku runsing.
mahu meniti atau terus berhenti??

aku susah hati.
adakah DIA akan mndengar suara hati??

aku runsing dan susah hati.
bagaimana pengakhiran kisah ini nanti...

mminta dalam hati meresap ke jiwa.
Tuhan..... aku mahu yang baik baik saja.



Thursday, February 3, 2011

lagi lagi novel... CINTAMU NADIKU


Haritu p Karnival Karangkraf, sempat jumpa, amek otograf n bgambar ngn Norzailina Nordin. Bliau memang masih cun la.. cantik. Dah la pndai masak, pndai mnulis, comel, lembut jek… cukup ciri perempuan idaman Malaya. Ni petikan novel terbaru beliau iaitu Cintamu Nadiku. Novel ketujuh beliau dengan Alaf.

"ADA banyak istilah tentang cinta. Manusia juga mudah keliru dengan cinta, antara cinta dan nafsu, antara kasih dan kasihan. Karmila menerima lamaran Wazif bukanlah berdasarkan cinta yang sempurna. Dia bersetuju kerana mereka sudah saling mempercayai.

Setelah berkahwin, Wazif mula berubah hati. Berada di sisi Wazif terasa lebih sepi daripada dia bersendirian. Namun, Karmila sedar lelaki dan perempuan yang bercinta pasti akan menemui halangan sebelum mengecapi kebahagiaan. Mungkin inilah kisah percintaan hakiki yang menuntut seribu pengorbanan.

Tetapi semakin hari, hidupnya disulami rentetan peristiwa ganjil. Karmila kaget bila diberitahu kemelut rumah tangganya mungkin angkara sihir. Dia tidak mampu melawannya kecuali berdoa kepada ILAHI. Mengapa dan siapakah yang iri hati dengan impiannya untuk merasai hikmah bercinta dan dibuai keasyikan perasaan?"


Best novel ni! Novel ni mengisahkan tiga sahabat iaitu Mila, Wasif dan Mustaza. Mustaza yg lebih dahulu menyatakan cinta kepada Mila tetapi Mila berkahwin dengan Wasif tang melamarnya bukan kerana cinta. Pengorbanan seorang sahabat.

Aku suka watak Yasmin, mentua yg banyak muslihat dalam kelembutan. Watak Mila juga menarik. Mila tak digambarkan secara keterlaluan.. kn selalu heroin kn, mesti paaaaling cantik, paaaling anggun, paaaaaling hebat, tapi Mila x digambarkn macamtu.. Mila heroin yg sedang sedang sahaja. Tapi menarik.

Ayat dalam novel juga mudah, macam dialog seharian, pembacaan sangat santai la pendek kata. Untuk novel Cintamu Nadiku ni aku bagi 4.80 bintang. Tak cukup 0.20 sbb tak puas hati Nik Fazwan x jumpa jodoh! Pasni boleh x kak NN wat novel smbung kisah Nik Fazwan lak… Nik fazwan ngn Yana! Boleh gitu…? Untuk peminat novel yg belum beli novel ni lagi, P BELI P!!!




Tuesday, February 1, 2011

JUARA CARTA CINTA

Seharian mnghabiskn novel ni.. memang kategori TAK MAU LETAK, tpi kena gak la letak… x kan nk mngadap novel jek 24 jam kn…?

Memang BEST. Macam biasa Lynn Dayana (LD) tak pernah la menghampakan.. ke empat empat novel bliau sebelum ni pun mmg melekat dlm ingatan. Menurut Kak Lynn dalam blog bliau, JCC ditulis masa bliau tgh sakit... baru lepas operate! CAYALAHHHH Kak, sakit pn novel mantop gni, klu sihat segar bugar macamana la kan... akak memang BEST!! salute!

itu pun, slalu mngaku beliau penulis bilis.. eeeee, klu bilis boleh tulis novel begini, saya ni apa eh kak? tahi bilis mungkin... sedih sekejap!

JCC mengisahkan tentang Maya bersama tiga hero heronya.. Haqiem, Haikal dan Adnan. Watak Maya dlm JCC mcm real jek..mcm watak empunya penulis novel..=)) klu korg peminat LD korg pn akn rasa dekatnya Maya ngn LD. Ada Batu Pahat, ada Pizza Hut ada juga cendol SOGO.

Maya merupakan seorng novelis yg bertunang dengan Adnan tetapi terputus sebab Maya yang tak setia mnjalin cinta dengan Haqiem. Maya kemudian kembali solo setelah diputuskan Adnan dan ditinggalkan Haqiem.

Siapa sangka selepas itu, muncul Hakiem yang mnjadi kegilaan Mimi dan Adnan yang telah beristeri, mnjadi jiran kanan dan kiri Maya. Keduanya merebut cinta Maya. Dalam masa yg sama timbul Haikal yg juga merupakn peminat Maya.

Jalan cerita JCC memang ada class tersendiri. Tak Jemu dan menghiburkan. Memang akan gelak sorang sorang! Dan jangan tak tahu, JCC ada misteri tersendiri..Maya yang penah di ‘sambar’ kilat ketika berdating dgn Haikal mengalami beberapa siri mimpi misteri yang kemudian mmbawa Maya mnjadi penyelamat kepada misteri pembunuhan kejam yang berlaku.

Antara Adnan yg masih menagih kasih dan mahu berkahwin dua kerana isteri yang mandul, Hakiem jiran kiri yang begitu tergila gila dan Haikal peminat misteri yang juga sama ‘sengal’ sperti Maya, siapa akan mnjadi pilihan Maya?

Itu seperti biasa, wajib baca sendiri la kn.. nti hilang misteri cinta bersegi segi Maya.

Dan nk ulang ulang dan ulang ulang lagi, JCC memang BEST. Memang KENA BELI, memang WAJIB BACA, MEMANG!!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..