Thursday, April 7, 2011

tuan rumah perlu bagi apa dan tetamu nak hadiah apa?


selalu kan dan musim musim sekarang kalau pergi kenduri mesti tunggu apa yang nak dibawa pulang kan.. dasar tetamu tak malu. selalu juga bab ni yang paling memeningkan kepala otak tuan rumah and the gang.

ye, perihal cenderahati untuk tetamu. (eh, saya sedang bercakap pasal kenduri kahwin. bukan birthday party or baby shower ye.) selalu jugak kita dapat beg yang berisi segala macam kuih (bahulu, meniram, kerepek, rempenyek) dan juga cenderamata yang pelbagai such as sudu garfu yang melekat di sapu tangan yang digulung serta diikat reben, ada tuala kecik yang mmbalut sabun May, ada kotak kotak menkuang yang bermacam saiz dan macam macam la. u name it! and.. semua ini adalah COST dan boleh mencecah RM4 untuk setiap beg. formulanya:
beg kertas : RM 1.00
kuih muih : RM 1.50
cenderamata : RM 1.00

ini perkiraan paling mudah dan murah. ada yang murah hati lagi, letak pulak gula gula, lolipop, ballon, siap bereben segala dan semua ni memerlukan bajet yang bukan sedikit.

Dah apa masalah kau? kau tak nak bagi, sudah, kedekut! Apa yang menjadi masalah dan persoalan kat sini adalah PEMBAZIRAN dan PENGHASILAN SISA PEPEJAL ye adik adik. Ye sampah. Beg singgit yang kita bagi dengan penuh kasih sayang tu, akan dibuang tanpa sebarang perasaan sebaik saja meninggalkan khemah kenduri. pilih pilih mana berkenan, yang lain, buang! ye dop? tu blom dikira pelbagai cenderahati yang kegunaan sangat terhad tu.

ni masalah trend perkahwinan zaman sekarang, zaman dulu tiada semua ni kan? bagi telur rebus jek. so clasic and of coz tak membazir. perut kenyang lagi.

benda ni sebenarnya sangat subjektif. kita selaku tuan rumah kalau boleh nak tetamu menghargai apa yang kita buat. nak tetamu senang hati, nak tetamu rasa diraikan. tapi tetapi kalau sampai berlaku pembaziran, itu tidak baik. kan?

jadinya menjelang hari itu, marilah kita sama sama berfikir apakah method paling efektif untuk membuat tetamu senang hati dan tiada pembaziran disamping meminimakan penghasilan sisa pepejal.


tuan rumah perlu bagi apa dan tetamu nak hadiah apa?









Sunday, April 3, 2011

menabung amalan mulia..


ini tabung Adam.
dapat duit, masukkan dalam tabung. YEAY.

ni tabung Uncle ( to be..)

 ni tabung Aunty


agak agak bila penuh, boleh wat duit hantaran tak?

=)









PERCUTIAN kahh??



Ini cerita harini di Pantai Hospital Kuala Lumpur. Semoga adik cepat sihat. Jumpa nnti ok.. Love u!

Esok dan selama seminggu akan bercuti bukan untuk bersukaria semata mata. Percutian tanpa membawa laptop bermakna btol btol mahu bercuti yang sibuk.




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 1, 2011

seorang ADAM


HAIII...
nama saya ADAM MUHAMMAD ZHAFRAN.
saya berusia 1 tahun 2 bulan tapi masih tiada gigi,
TETAPI saya boleh makan macam macam dah..

sekarang, ini kesukaan terbaru saya


berlarian atas kereta buruk aunty. dah habih interior kereta saya kerjakan, sekarang saya cuba aim untuk memusnahkan exterior yang memang sedia musnah ni. Aunty pun suka saya main disini sebab aunty dah ada kereta baru  tak payah bawa saya ke tasik atau taman permainan lagi.

kesukaan saya yang kedua adalah menulis.
saya suka menulis walau dimana termasuk di pemukaan perut kalau Aunty lambat bagi kertas.


saya menulis sambil berbaring


mahupun ketika duduk di belakang pintu. sungguh saya berusaha untuk pandai kan?


selain permukaan badan, saya juga sudah pandai menulis dipermukaan dinding dan lantai.

kesukaan saya yang ketiga adalah NGEO. saya akan berdiri di depan tv selama lima minit untuk melihat bunyi bunyian binatang segala macam.
mungkin TV dirumah Aunty tidak cukup besar. saya cadangkan Aunty beli TV 50 inci beserta full HD ye Aunty.. baru clear..

sekian kisah saya seorang Adam. untuk akhirnya, saya sertakan disini gambar bajet macho saya.
hensem kah saya?


oppppssss saya lupa, paling kesukaan saya adalah berada diatas riba Aunty dan mengkonker stereng sambil Aunty menekan minyak. ini memang masyuk!!

sekian. Terima Kasih Aunty..






kekeliruan tahap satu



..PENING..
semua adalah cantik dan boleh buat mata berpinar pinar

semua nak semua nak
BOLEH?


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..