Thursday, September 26, 2013

YANG KESATU!!

Im a mommy
dan memang jadi impian keinginan semua mommy dimuka bumi utk throw one big birthday party utk anak anak. Tambah tambah kalau anak pertama di hari ulangtahun yang pertama hasil perkahwinan pertama. Apakah?? Hahahaha.

Anak kecilku,
Mommy mengimpikan celebration yg lebih besar. Macam yg dah mommy n nenek plan. We ll celebrate it kat rumah anak anak yatim sebab mommy nk kongsi rasa cinta dan rasa gembira mommy dengan mereka. Paling penting mommy nk mereka doakan anak mommy..

Tapi anak ku, we always can plan the picnic but who can predict the weather kan.. mommy sedih. Dan anakku walau kita ditempat yang mommy sendiri tiada jiwa. Mommy tetap meneruskannya. Untukmu. Biar ada suara sumbang yang kata mommy membazir sebab aisy belom tahu apa apa, tapi apa mommy peduli? Yang merasakan kesakitan kepedihan cinta keseronokkan itu mommy. Jadi mari kita raikannya.

Your 1st Birthday Cake

kek ni mommy yang pilih ikut sukahati mommy. Sorry kalau aisy x suka. Tapi mommy suka. Hihi. Usia mommy dah tua x merasa kek minnie mouse jadi mommy terjemahkan kemahuan mommy dalam hari penting aisy.  Aisy x kisah kan....

Mommy suka gambar ni. Tapi ayah tu....


Kita pakai biru on the day sebab........... sebab baju pink mommy x muat. Haha. Larik tema. Sekali lagi mommy minta maaf sebab rosakkan birthday Aisy..

Big girl yang hepi kehulu kehilir bermain

Alhamdulillah... mommy harap mommy dah buat yang terbaik untuk anak mommy. Yang paling meriah pasal birthday aisy adalah sejak dari 15 syawal smpi 2 September tak henti henti mommy ayah nenek abang nyanyikan n wish aisy. Sehari berpuluh kali.

Mommy seronok. Mommy gembira anak mommy dah besar tapi kalau bole jangan besar cepat sangat ye baby mommy. . Mommy belum puassssss...

U r growing n mommy feel sad.. hahaha. Plis b my baby always n tolong jangan lupa mommy. Kena selalu ingat mommy n kena selalu perlukan mommy macam sekarang. Kemahuan adik untuk berdikari macam orang yg dah besar sangat kadang kadang mensentapkan hati mommy tauuuuu..

Nyawa kesayangan mommy,
jadi anak yang baik.
Jadi anak yang bahagia.
Anak yang membawa khabar gembira.
membesar dengan baik dan tenangkan hati semua.
selalu ingat yang kasih cinta mommy pada adik tak bertepi dan tiada baki.

pada yang maha menjaga.
mohon jagakan dia untukku....

selamat ulangtahun pertama anakku.






Saturday, September 14, 2013

kepala batas kedah ke kuantan pahang

13 Sept 2013

sejam pertama
Bersepakat menghabiskan mata kucing yang tok ayah kirim untuk ayah

Setengah jam selepas mata kucing habis

Sampi Ipoh kedua dua beradik berpakat untuk tidur
aman damai mommy bawak kereta

Kepala Batas Kedah 4pm
Kuantan Pahang 1am

pemandu wanita yang berhati hati kaedahnya
Syukur saya dikurniakan anak anak yang banyak ragam tapi tak meragam.

saya sekarang masih dalam percutian yang ntah bila nak jumpa penhujung sebab saya masih mencari hati. Hati yang hilang utk dibawa pulang kesitu.


Monday, September 9, 2013

tak lekat emas. penyakit yang diwarisi.

Hari jumaat lepas dah selamat meraikan Aisy dalam majlis yang serba sederhana dan tak meriah mana sebab air takde. Tiga hari kot takde air. Mujur makanan semua aci order jek. Kalau tak?? Tapi masih tak best sebab susah la orang ramai2 pastu xde air. Sebulan dok KB dah 4 kali xde air. Haishhhh. Will update pasal Aisy Setahun Penuh Cinta soon.



sekarang mari nak tanya korang pasal satu penyakit yang diwarisi aisy dari mommy. Penyakit tak lekat emas atau dalam erti kata lain, asal pakai jek hilang. Mommy dlu pakai la apa pun tak jatuh kena ragut hilang. Sekarang mommy tak pakai apa sebab cincin kawen pun pernah jatuh dan nasib baik tak hilang.

Gelang tangan. Aisy setahun dah 3 utas gelang tangan.  Utas pertama nenek hadiahkan masa besday Aisy yang kesebulan. Nenek beli ayah pilih. Masa tu tak pk panjang. Asal comel berbunyi bunyi.
Gelang asalnya bulat. Bila aisy dh pndai merangkak gelang jadi leper n dah tak berapa nk bunyi dan paling tak boleh blah bulat2 yang ada 15 biji awalnya dah tinggal 12 biji. 3 biji lagi hilang p mana tak tauuuu.. gelang ni bertahan sampai usia aisy 10 bulan. Bila aisy pandai jalan. Gelang pn selamat jalan.

Nak raya nenek belikan gelang baru yang lebih praktikal. Yang leper leper. 

Hari terakhir gelang kat tangan aisy. Petang tu kami p tesco beli barang untuk kenduri aisy. Malamnya mommy perasan gelang dah takde.  Selamat.

spot subang huruf kat telinga Aisy. Ayah beli hadiah harijadi. Plan nak beli subang minnie tak tercapai sebab mommy suka design kepala tu. Tapi kaler silver. Ayah suka design minnie sekor yang mommy rasa buruk designnya. Haha. So ayah kata biar ayah beli sbb ayah yang nak hadiahkan so ayah beli huruf N. NASRUL ke NADIYAH ke.... ngelat! Eh NUUR HAYATI pun boleh kan.. Subang N tu pun dah xde sebelah. Dah jatuh.

dan harini. Tok Ayah belikan Aisy gelang baru. Sama macam gelang yang leper tu. Hadiah harijadi tok ayah kata. Pakai la 2 3 hari. Nti mommy simpan. Mommy dah tak bole nak tahan perasaan barang kemas asyik hilang.

Kisah rantai yang mommy beli masa Aisy lima bulan.  Dah sebelas kali putus dan jatuh.  Dan alhamdulilah setiap kali jatuh berjaya dijumpai. Ironinya sampai sekarang mommy tak bagi Aisy pakai dah. Simpan jek la sebelum hilang lagi.

Anak korang tak lekat barang kemas macam Aisy jugak ke? Ada yang kata kecik lagi pakai barang mas bukan tau apa... memang la. Memang anak anak bukan tau apa. Tapi biasalah. Mommy yang over eksaited. Rasa semua nak beli and semua nak kena ada. Penyakit jugak kan??


Monday, September 2, 2013

SETAHUN PENUH CINTA



INI HARINYA
hari pertama kali mommy jatuh cinta
pada satu wajah
pada satu suara
pada satu tingkah
cinta yang bermula dan takkan berakhir selagi mommy bernafas

Anakku
Kesakitan itu masih tersisa
Tapi tak terbanding dengan bahagia yang kau bawa.

Anak kecil mommy
Membesarlah. Membesarlah penuh cinta. penuh bahagia






Tuesday, August 27, 2013

RAYA 2013

Salam 20 Syawal.
ada lagi belen 10 hari nak raya.
Tapi mood makan ketupat lemang rendang semua dah habis. Bukan sebab nak jaga badan. Sebab badan dah sedia terjaga (cukup makan : gemok)

Alhamdulillah
Semalam n harini kesihatan Aisy dah kembali. 
Senyum manja Aisy dah kembali.
Aisy dah kembali macam dulu.
Sihat. Syukur.

Tahun ni raya pertama di Kuantan Pahang. Patut giliran Kota Bharu. since kamiorang dh pindah KB. So no more raya kat KB. Tahun depan dan tahun tahun tahun seterusnya selagi tak pindah dari Kelantan giliran pertama raya di rumah saya.



Raya tak berapa nk raya sebab umi tak sihat. Salam salam pun atas katil jek. Tapi syukur jugak.

Raya ketiga petang dah gerak balik KB. Tak la sedih sebab angkut umi sekali. Kalau tak angkut umi balik KB. Mau raya kelapan baru smpai KB. Kahkahkah. Jalan jam gila kot.. 12 jam baru smpi KB. Hati dah la x seronok. Jalan lak jam. Boleh la bayangkan betapa stressnya perjalanan 12 jam tu. 



 Balik KB takde la beraya pun. Balik umah FIL jek. Pastu dok rumah mngemas. Rumah tak siap siap kemas ni. Takde aura lansung nk kemas rumah. Duduk la asal bole masak bole tidur bole lepak ngan anak anak. Pasrah sungguh.

Raya kelapan malam kamiorang gerak balik kedah pulak. Baru semangat nak beraya datang balik. Ai is drive smpi Baling. Bagi husben tdo rehat. Tak rasa letih tak rasa ngantok sebab semangat nak balik kg tu lain macam sikit.hihi. Kul 11 gerak dari KB kul 5pgi dah smpi KB (Kepala Batas, Kedah)


Raya kedua belas pulang semula ke KB dengan hati yg berat bagai dirantai rantai.  Haha. Perut pun dah memberat. Poket pun. Kahkahkah.

Sampai KB esoknya Aisy demam panas 39. Malam esoknya 39.4. Tiga hari Aisy demam. Aisy hilang senyum. Aisy tak ketawa. Aisy hilang jiwa. Dan mommy terus buat kesimpulan Aisy tak sesuai dok Kota Bharu. Sama macam mommy. Hilang jiwa. Lara. Haha.


Ni yg buat poket mommy berat ni. Ahhaha
Hasil kutipan Aisy di lapan hari raya.

ayah tak bagi lagi sebab ayah kata nnti ayah nk genapkan.... nenek pun. Hihi.

Korang korang yang dekat KB. Sila la mari derak rumah deh. Open gate sokmo sokmo.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..